Sunday, August 7, 2011

KENALI AUTOGRAF PADA DUIT MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, Allah masih beri saya kesempatan lagi untuk berkongsikan sesuatu dengan sahabat-sahabat semua. Kali ini ia berkisar tentang kewangan. Semua orang suka wang tapi ada tak antara kita yang prihatin tentang siapakah yang bertanggungjawab disebalik wang tersebut. Fokus di sini adalah siapa yang menandatangani wang yang akan dikeluarkan itu. Jom kita tengok..

Sebenarnya, semenjak Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada tahun 1959 sehingga kini, BNM telah ditadbir oleh 7 orang Gabenor iaitu;

1.    Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962) - tiada info

2.    Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)



3.    Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)


  
4.    Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)
  

 
5.    Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)


  
6.    Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)

  
7.    Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)



Sumber: My Forum 

Bangga rasanya jika nama saya tercatat pada wang yang digunakan sekarang ni..huhu.. Mampukah??? Tapi bila fikir balik, nak sampai tahap di atas ni dan jadi gabenor negara pulak tu, macam payah je.. Setiap hari kena fikir krisis ekonomi, inflasi, turun naik harga pasaran dunia dan cara nak mengatasi masalah tersebut. Bukan tugas mudah tu.. Jawatan tu memang hebat tapi bila ku kenang balik saat terjebak dalam akaun ni, macam sama je lebih kurang..Huhuhu

2 comments:

emy'n said...

info menarik :)

Brilliant Marjan said...

betul tu..tambah pengetahuan..if emy'n nak join BNM, kena tahu hal ni..