Monday, August 1, 2011

GOT IMAN?



Tanya sama iman, apa sebab goyang? Nanti jawab iman, ujian yang goncang..
Tanya sama ujian apa sebab kencang? Nanti jawab ujian, tanyalah aqal..
Aqal nanti kata, aku kandung ilmu. Sampai tempat perlu, aku pun seru..
Tengok dalam hati, nampak tempat gelap, nampak nur hidayah, gelap pun hilang..
·♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥​♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥
Sedap kan lagu kat atas ni?? Teringat zaman P. Ramlee dolu-dolu.. Lagu cute di atas saya amik dari group di facebook. Rasa nak share je untuk peringatan bersama.. Lagipun hari ni first day puasa.. Apa khabar puasa anda? Dapat kawal nafsu tak? Hah. cam mana time berbuka tadi?
Kat rumah ni kami bertiga je yang ada, so awal-awal saya dah nasihatkan Ummi dan Abah untuk beli juadah berbuka yang perlu sahaja. Makan kena kawal. Jangan nampak sedap je.. Nanti semua perkara tak jadi. Bukan apa, time puasa ni niat baik tu boleh terlari dari asal sebab tak tahan godaan apatah lagi melihat menu ketika berbuka. Mata jadi rambang!
Bulan baik ni, perut kita kena tahan dari nak makan macam-macam selain tahan godaan dari mengumpat dan berbuat perkara yang sia-sia... Kawan-kawan macam mana pula?Dapat harunginya dengan baik ke?
Yang adik-adik macam mana pula? Alalalala..sabar ye..Tak tahan? Ada yang puasa setengah hari ke? Tak mengapa ye adik-adik. Waktu kecil macam nilah kena belajar untuk merasai penderitaan orang lain supaya bila dah besar nanti, adik-adik boleh menginsafi diri. Tak sombong diri dan yang penting tunaikan kewajipan sebagai hamba iaitu berpuasa. Jangan tak puasa pula ye.. Nanti buat malu je kena usung dengan van jenazah.. Tak mau tau ikut perangai macam tu...
Oklah..semoga iman kita kuat menjalani ibadah puasa ni. Saya rasa seronok sangat bila tibanya Ramadhan. Terasa kelainannya berbanding bulan lain.. Jom bertadarus, tarawikh dan qiamullail. Moga kita ikhlas kerana-Nya. Moga amalan kita diterima Allah s.w.t. Ameen.

2 comments:

Pen Biru said...

selamat berpuasa juga untuk awak :)

Brilliant Marjan said...

terima kasih..

salam ramadhan