Thursday, August 4, 2011

THIS IS HIJAB & THIS IS NOT HIJAB

Buat para Muslimah, perbaikilah cara berpakaian kalian supaya kalian dikasihi dan disayangi ALLAH.  Jika benar kalian mahukan redha ALLAH, mahukan kasih sayangNYA, mahu supaya ALLAH tempatkan kalian ke dalam Syurga, mahu supaya ALLAH jauhkan dari Neraka; maka ikutilah cara yang ALLAH sukai.

[Klik gambar untuk lebih jelas]

Cara Yang Betul

Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah:
  1. Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan. 
  2. Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
  3. Mestilah kainnya tebal. Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
  4. Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
  5. Tidak berwangi-wangian.
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  7. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  8. Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.
Semoga dengan kalian menepati kesemua ciri-ciri berpakaian di atas, keredhaan ALLAH dan kasih-sayangNYA melimpahi diri kalian, amin…
 
Cara Yang Salah

Berikut pula disenaraikan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai wanita-wanita Muslimah samada mereka sedar atau tidak:
  1. Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh. 
  2. Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
  3. Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
  4. Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
  5. Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
  6. Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
  7. Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.
Mudah-mudahan dengan tersenarainya beberapa hal di atas, kita mendoakan agar saudara-saudara Muslimah kita semua dapat berubah dan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya. Bukan mereka semua sengaja mahu langgar, tapi kadang-kadang akibat salah faham dan pengaruh sekeliling, maka mereka keliru dan jauh dari petunjuk agama.

Atas dasar ukhwah Islamiyyah (persaudaraan kasih sayang dalam Islam) dan nasihat-menasihatilah, maka tulisan demi tulisan, teguran demi teguran dibuat. Supaya saudara Muslimah kita faham dan seterusnya dipeliharai ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.

Jika benar ALLAH yang kalian sayang dan kasih, ikutlah cara yang ALLAH sukai. Janganlah kerana mahukan perhatian dan pujian orang ramai, kalian langgar perintah ALLAH dan membuatNYA murka. Semoga ALLAH menyayangi kita semua, amin.

WAllahu Ta`ala A`lam.



Sumber: Muzir 

~ Sumber yang saya perolehi ini adalah dari seorang lelaki. Malu rasanya lelaki memberi nasihat sebegini tetapi ini bermakna dia mengambil berat akan saudara perempuannya. Saya juga bukan wanita sempurna, jika nafsu nak berhias tu datang, mungkin terbeli baju yang boleh menimbulkan riak pada diri. Walaupun kelihatan biasa tapi pemilihan fabrik dan warna boleh mengundang ujub. Huhuhuhu..

"Wahai saudariku sekalian, jika benar kita suka berhias untuk kelihatan cantik namun ikutlah kecantikkan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t. iaitu sempurna mengikut ajaran Islam"

4 comments:

shahrilhakime said...

sepatotnye deme ni kene le tutup aurat...bukannye balut aurat.....

Brilliant Marjan said...

teguran yang membina tu..moga ada yang terkesan..

RuMaH TuA said...

Sembunyikan aurat(sitru aurah)...

Brilliant Marjan said...

betul tu..hanya yg berhak je tau.terima kasih ye..