Tuesday, October 5, 2010

9 JENIS PEMBAZIRAN

Assalamualaikum w.b.t


Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah terdapat 9 jenis pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia iaitu:

1) Ilmu pengetahuan- Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
2) Amalan - Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
3) Kekayaan - Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
4) Hati - Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
5) Tubuh badan - Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
6) Cinta - Membazir jika terlebih dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
7) Masa - Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
8) Akal - Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
9) Zikir - Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Peliharalah diri kita dari melakukan pembaziran yang mana akan merugikan diri kita sendiri. Semoga Allah memberikan kita kekuatan dalam menghadapi hidup ini. Wallahu'alam.

No comments: