Wednesday, July 20, 2011

BUAT SI PENCINTA

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik. Syukur pada Allah. Kerja di office banyak yang dapat dibereskan mengikut waktunya.

Sebenarnya isi bicara yang saya nak kongsikan di sini dipetik dari Abu Muawiyah. Promote sikit ye.. Adakalanya saya akui kita tidak lepas dari buat silap terutamanya tentang cinta. Kita melebihkan cinta manusia yang belum tentu lagi jadi milik kita berbanding cinta kita kepada Allah.

Anda renung diri sendiri betul atau tidak kata-kata saya ni? Nak lebih terang sila baca perkongsian ini.. 

***********
[weheartit.com]

Undurkanlah dirimu wahai si pencinta! Kerna dia tidak menginginkanmu!

Benarlah kata orang...untuk melihat seseorang itu jujur di dalam percintaannya, memang sukar sekali. Apatah lagi di zaman ini yang penuh dengan makar...maka cinta yang lahir itu kebanyakannya hanyalah datang dari nafsu semata-mata. 

Kata-kata yang penuh hikmah..."Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum"...Indah sekali kata-kata ini, malangnya ia mudah untuk diungkapkan tetapi sukar untuk berhadapan. Inilah realiti. Sekiranya cinta anda itu lahir dari hati yang jujur dan ikhlas, sudah tentu hal ini tampak begitu mudah sekali. Ketahuilah cinta yang jujur dan ikhlas itu tidak lahir melainkan dari hati yang jernih dengan iman...

Saban hari mengharapkan pengungakapan cinta dari seseorang yang kita cintai, tetapi...sehingga kini ia masih mendiamkan diri...hanya sabar menjadi pendinding kepada hati si pencinta. Setiap hari kita bertanyakan khabarnya, bergurau dengannya, menyelesaikan masalahnya...tetapi...si dia masih mendiamkan diri. Mungkin, si dia merasakan bahawa perkara itu bukanlah bukti bahawa si pencinta mencintainya...atau...mungkin si pencinta itu hanya sekadar 'syok sendiri'...hmmm, benar. Inilah yang sebenarnya. Mengapa tidak? Lihatlah bagaimana dia melayanimu...adakah dengan penuh keceriaan? atau...dia hanya terpaksa?...Ya. Terpaksa melayanimu atas dasar 'menjaga hati'...atas dasar 'persahabatan'...

Wahai si pencinta, tidakkah kau melihat bagaimana dia berhadapan denganmu? Adakah diiringi dengan senyuman? Bagaimana pula ketika kau menghubunginya...adakah dia menjawabnya dengan penuh kegembiraan dan sangat mengalu-alukan?...mungkin, kau merasakan dia gembira melayanimu, tetapi..ternyata dia hanya bosan mendengar suaramu...tetapi, mengapa pula dia tidak menghentikan sahaja perbualan itu?...'menjaga hati'mu wahai si pencinta...itu sahaja jawapannya...

Tidakkah kau perasan wahai si pencinta akan tanda-tanda si dia tidak menginginkanmu?

TAHU! ya, sudah tentu kau tahu wahai si pencinta...tetapi mengapa kau masih mengharapkannya? kerana kau bukanlah seorang yang mudah mengalah...bahkan kau masih mampu bersangka baik dengannya, sekalipun ianya jelas ingin menjauhimu, alangkah indahnya jika sikap si pencinta ini dimiliki semua orang...

Agama bukanlah sesuatu yang jauh dan janggal buat dirimu wahai si pencinta...kau amat mencintainya. Tidak kira sesiapa sahaja, di mana sahaja...kau pasti tidak akan jemu dari mengatakan sesuatu tentangagamamu... Kau bangga dengannya...tetapi, kau sangkakan bahawa si dia yang kau cintai juga turut menyukai hal yang sama...kau sangkakan bahawa si dia yang kau cintai juga turut gemar mendengar pendapatmu tentang agamamu...ternyata itu semua hanya lebih menjauhkanmu dari si dia. Mengapa?

Adakah si dia itu tidak menyukai agama? Oh tidak!...ketahuilah bahawa si dia bukanlah tidak menyukai dari mendengar tentang agama ini...tetapi, si dia tidak menyukai sekiranya yang mengatakannya datang dari mulutmu...Ya!, wahai si pencinta, benar sekali...si dia tidak menyukainya. Kerana...si dia melihat diri kau adalah seseorang yang 'taksub'. Seseorang yang 'keras' di dalam peganganmu...sehinggalah dia meluahkan kepadamu, ketika itulah baru dirimu merasakan sesuatu yang...sedih...hampa. Adakah kau membalasnya? Tidak...tidak sama sekali, bahkan kau mampu mengawal perasaanmu dan dengan penuh merendah hatinya, kau menerima segala kritikannya...oh, indahnya dirimu wahai si pencinta...

"Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum"...Sampailah masanya wahai si pencinta...terimalah hakikat ini! terimalah penerimaan ini! Mungkin ianya pahit untukmu, tetapi demi dirimu yang mulia, telanlah ia sebagai ubat hatimu yang terluka...kau mencintainya, tetapi si dia tidak mencintaimu...mengapa kau marah? kau sangkakan benar dia mencintaimu?!...Ya! Kerana di masa itu dia meluahkan padamu...

Benarkah? Apa yang diluahkannya?....dia menerimu?...dia mencintaimu?...dia ingin bersamamu?................................tidak.....dia hanya meluahkan padamu bahawa cintanya milik orang lain.

Menangislah wahai si pencinta, menangislah untuk kebahagian si dia....kemudian, senyumlah wahai si pencinta untuk membantunya...bantunya supaya si dia dapat bersatu dengan orang yang dicintainya...janganlah kau tampakkan kesedihanmu kepada si dia...janganlah dirimu membuatkan si dia bersedih hati...sebaliknya teruslah tersenyum, teruslah mendoakannya dan pergilah kepada orang yang si dia cintai, supaya kau dapat memberitakan khabar gembira ini kepadanya, kerana dia tidak mengetahui bahawa orang yang kau cintai itu sebenarnya mencintainya...bantulah...bantulah...kerana itulah bukti cintamu yang ikhlas dan jujur....Selepas mereka bersatu, apa lagi tugasmu wahai si pencinta?...

tiada lagi...

undurkanlah dirimu darinya..kerana...

telah datangnya keputusan Allah...

**********

Berdasarkan pengalaman sendiri, tidak kira lelaki atau perempuan, ada yang sanggup menjadi hamba cinta.. Punyalah tunggu dengan penuh setia.. Akuilah dia tu milik kamu.. Tayang sana-sini.. Banyak yang saya lihat jadi begini.. Saya malu..

Saya juga bukanlah sempurna, tapi cukuplah apa yang pernah terjadi dalam hidup saya. Kadang-kadang dengan nama CINTA ini, kita boleh tersilap dan jadi lebih jauh dari-Nya.. Namun jarang sangat kita punyai kekuatan untuk bangkit balik dari cinta yang sia-sia tadi tu..

Hanya orang terpilih je yang boleh sedar dari kekalutan tersebut.. So, bila dah ada chance untuk berubah, jangan lepaskan peluang.. Tak perlu terhegeh-hegeh dengan cinta manusia.. Faham?!

Wahai saudaraku yang amat aku sayangi, sayanglah diri anda terlebih dahulu. Utamakan yang utama dahulu.. Kejarlah impian dirimu dan penuhilah harapan orang tuamu terlebih dahulu... Jika kau mampu dan punyai kekuatan untuk memiliki hati insan lain, usahakanlah dengan cara yang selayaknya disisi Islam... Binalah kekuatan cinta itu berteraskan acuan Islam.. Kelak kau juga yang memperoleh bahagia..

~ Dalam diam, aku juga inginkan yang terbaik dalam hidupku.. Banyak yang aku belajar...

No comments: