Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH BUAT PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t


(Meraikan kejuaraan yang ditunggu selama 14 tahun..)

Rasanya tak terlambat nak mengucapkan tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia. Kita berjaya mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2 walapun malam tadi tewas dengan 2-1. Namun, saya rasa bangga sebab anak didik K.Rajagobal telah mengembalikan reputasi sukan bola sepak ke tempat yang terbaik.

Walapun saya tengah dalam proses akhir untuk menyiapkan tesis saya, sempat juga nak menyelit menonton tv 1 yang menyiarkan liputan sukan ini. Hahaha.. Sampai adik-adik saya pun bising kata "akak, siapkan kerja akak tu..". Padahal Andak, Utih dan Soleh sudah terjerit-terjerit bila tengok bola. Manalah akak dorang yang paling cute ni tak tergoda nak tengok.. Sepupu yang duduk kat rumah nenek pun satu hal. Jeritan dorang sampai dengar ke bilik saya bila sebut "GOOOOOOOOOLLLLLLLLL". Adeh... Dugaan betul...

Tapi itulah impaknya sukan bola sepak ini. Mungkin sudah sekian lama kita menunggu untuk meraikan kejayaan dan ia tercapai juga setelah 14 tahun menunggu malam tadi. Malaysia adalah negara keempat di rantau ini yang menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas Thailand, Singapura dan Vietnam. Tertutup sudah mulut-mulut yang hasad dengki dekat pemain kita. Adat bertandinglahkan.. Saya tak mahu ulas isu yang pelik-pelik ni. Dan yang pasti, ia adalah titik tolak untuk pemain kita menuju kejayaan yang lebih gemilang selepas ini. Jangan lupa pula untuk melihat rumput yang dipijak.. Kenang ia sebagai peniup semangat.

Dan yang paling best sekali esok cuti umum kerana kejayaan pasukan bola sepak kita mengalahkan Indonesia. Tapi, tak de cutinya untuk saya sebab saya ada kat rumah pun... Viva Malaysia vs Viva Tesis...


Lagi berita di sini: Utusan Malaysia

* Tahniah Safee Sali kerana dinobatkan sebagai penjaring terbanyak. Anda terbaik...

~ Hati ini masih rasa something... Erm, kenapa perlu jadi macam ni...

No comments: