Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda
mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja
untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.
1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan
secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang
warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau
nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan
bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar.
Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi
anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran
yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini,
ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang,
terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.
2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia
sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu.
Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi.
Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda
bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba
bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan
menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili
susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat
belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.
3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi
ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda
berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya
memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak
wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan
ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain
itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya
jika dia melakukan apa yang anda suka.
4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah
cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka
membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda
bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia
merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku,
biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada
itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda
akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.
5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara
baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak
mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus
lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor,
huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.
6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak
menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten.
Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa,
jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan
pengajaran sehingga anak anda pandai.
7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya.
Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat.
Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang
dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu
selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.
8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu
dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan
gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan
cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari.
Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.
9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak
anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah
dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk
belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang
pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik,
lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar
anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran
satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia
sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan
konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
kredit: pa&ma
No comments:
Post a Comment