Monday, July 15, 2013

BAZAR RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t.

 Ihsan google
Diam tak diam dah 6 hari kita berpuasa. Sekejap sangat rasanya. Waktu berbuka pun sat lagi je.. Buat masa ni, saya dah jejak 2 tapak bazar Ramadhan.

Jangan kata saya tak masak ye.. Alhamdulillah, saya masih mempunyai kekuatan dan kesempatan untuk menyediakan menu air tangan sendiri buat santapan keluarga. Cuma pergi bazar Ramadhan ni sekadar beli pencuci mulut dan air yang diingini.

Bercerita tentang bazar Ramadhan ni, harga di bandar dan di kampung memang jauh berbeza. Ada juga yang memang nak cekek leher pembeli. Tapi biasanya kami tak beli la kalau yang mahal ni.. Suami den akan soal balik orang tu adalah.. hahah. Lagipun dah masak. Sekadar cuci mata dan dengar promosi yang berjalan je..

Kadang, ada juga gelagat yang membuatkan saya tertarik dan tergelak. Sebagai contoh di Bazar Ramadhan Taman Melawati - near tapak pasar malam ( Selasa, Khamis dan Sabtu ). Ada seorang mamak (si ayah- kelihatan agak comel) sibuk mempromosikan hasil jualan rojak dan nasi briyani nya. Saya tak tahu kenapa saya boleh tergelak tapi mungkin ayat yang digunakan. Dan kebetulan, suami saya pun tukang cucuk jarum cuba bertanya apa yang dijual ( nakal!)..

Rizman Khuzaini pun turut berniaga juga. Waktu tu saya tertarik tengok bannernya tapi orangnya tak nampak.. Tup2, anak dia agaknya bagi pemplet.. Ada Nasi Ambeng dan lain-lain lagi..

Tapi ni yang paling kreatif bagi kami suami isteri dan ini yang paling saya tertarik, anak beranak kalau tak salah, ayah dan anak lelaki hanya menjual tempoyak daun pucuk ubi dalam periuk belanga yang diletak di atas meja. Itu sahaja. RM 4.00 tu.. Bekas kecil dari taufufa.. Kalau nak petai tambah singgit...

Macam-macam kaedah orang boleh buat duit ni. Tapi kita yang pembeli ni jangan ikut nafsu sangat. Kadang satu tabiat kita ni, bila nampak ramai orang bertumpu kat satu tempat tu, kita pun dok ngekot sama sebab nak beli apa yang sedap dijual.. Tu yang tak sedar tangan dah penuh walhal makan satu atau dua mulut je..

Tak dinafikan memang ada yang sedap hasil air tangannya cuma senang kata, perlu berhati-hati... Bagi penjual tu, janganlah letak harga macam setahun tak berniaga. Tak salah harga tu berpatutan lagi-lagi membantu orang untuk menjamu selera tapi perlu pastikan ianya selamat untuk dinikmati dan bersih.

Ok.. Selamat memikirkan menu untuk berbuka ye.. Jangan lupa ngaji juga ye..

~ Saya tak suka perasa tambahan, so better saya masak sendiri.

No comments: