Sunday, May 16, 2010

HARI YANG PENUH BERMAKNA

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kerana DIA memberi saya peluang untuk mendiami bumiNYA lagi. Bangun pagi tadi, saya rasa agak malas sedikit kerana keletihan yang melampau (agaknyalah). Tapi, walau macam manapun, saya tetap gagahkan diri bagi menyelesaikan kewajipan yang sepatutnya.

Sebelum terlupa, SELAMAT HARI GURU buat semua guru di seluruh Malaysia. Sejuta penghargaan buat guru di PASTI Nurul Hidayah, Madrasah Darul Mujahiddin, SKKM, SAMTTAR, SMKTPG, SMKSM, UNISEL dan KUIS. Jasa kalian takkan saya lupakan kerana tanpa kalian, saya tidak akan berada di tahap sekarang ini. Terima kasih untuk segalanya (maaf andai saya terlupa nama dan wajah guru yang pernah mengajar saya..banyak tempat saya belajar..huhu).

Tak lupa juga buat PERMATA HATI saya yang tiada tolok bandingan, UMMI tersayang. Ummi juga merupakan seorang guru tetapi saya belum pernah lagi menjadi anak murid Ummi ketika di sekolah. Memang saya pernah menuntut di tempat sama dengan Ummi mengajar tetapi ketika itu saya berada di tingkatan empat sedangkan Ummi mengajar di tingkatan tiga. Tiada siapa tahu saya merupakan anak Ummi. Bahkan bila berselisih pun, saya selamba mengucapkan "Assalamualaikum Teacher". Kami bukan jenis kecoh. Tapi bila saya masuk tingkatan lima, baru ada yang bertanya dan mengetahuinya.. Kakak sayang Ummi =)

Sebenarnya, semalam satu hari kami (saya, utih, Ummi dan Abah) berada di luar untuk mencari barang keperluan. Sungguh letih tak terkata! Tempat pertama yang ditinjau adalah kedai batik di Mydin, Subang Jaya. Ummi dan Abah bercadang memakai baju batik untuk hari tersebut. Warna yang dipilih adalah hijau seperti tema yang dicadangkan. Boleh dikatakan sedondon la pasangan comel ini..hehehe

Rambang mata dibuatnya bila berada di kedai tersebut dan harga yang ditawarkan pun boleh tahan mengikut standard yang sepatutnya. Gembira hatiku melihat Ummi mendapat kain yang diidamkan. Saya dan Utih hanya memerhatikan saja. Tapi Utih ni, erm, tak sudah-sudah dengan komik dia. Mujur juga ada keinginan untuk membaca.. Tanpa berlengah, Abah tempah baju di kedai tersebut juga.

Seterusnya, kami pergi ke bahagian barang borong di Mydin. Aduh!! Serabut aku tengok dengan barang yang banyak disusun di sini. Macam-macam ada. Kami beli barang yang dikehendaki dalam kuantiti yang sepatutnya. Ketika itu, Angah turut serta bersama kami. Dalam RM 500 juga habis.

Sebenarnya, saya sempat membeli sehelai kaftan berwarna pelangi dan jubah berwarna pink. Sangat cantik. Biasalah dah namanya perempuan, apa-apa yang menarik dipandangan mata, akan dibelinya. Tapi saya bukan perempuan yang inginkan segalanya. Cukuplah apa yang perlu sahaja. Berhias sekadar perlu. Bukan berhias untuk tatapan mata jahat lelaki. Nauzubillah...

Perjalanan kami tidak terhenti di Mydin, Subang Jaya saja tetapi berlanjutan pula di Center Point, Klang. Nasib tidak baik kerana baju yang sesuai tidak dijumpai. So, solution tersebut adalah Jusco, Bukit Tinggi. Alhamdulillah ada juga baju yang dicari. Biar matching semuanya.

Dalam pukul 9 malam baru kami sampai di rumah. Bayangkan dari tengahari kami mencari barang keperluan. Sangat memenatkan!! Boleh jadi karangan bagi kanak-kanak sekolah agaknya..huhu

~ Semoga hari yang dinanti akan berjaya sepenuhnya.. InsyaAllah. Amin..

No comments: