Friday, October 5, 2012

Romney Menang Debat Dengan Obama


DENVER, Colorado (AS) – Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Republikan, Mitt Romney tampil dengan gaya yang meyakinkan semasa berdebat dengan Barack Obama di Universiti Denver di sini kelmarin.

Menurut laporan agensi berita AFP, Obama yang juga Presiden AS kadangkala kelihatan gementar dan tidak bersedia untuk berdebat dengan Romney.

Debat pusingan pertama itu diadakan selama 90 minit menjelang pilihan raya presiden AS yang dijadualkan berlangsung pada 6 November depan.

“Romney menang. Kejutan terbesar ialah kemenangannya amat jelas,” kata seorang profesor sains politik di Universiti Negeri Youngstown, Paul Scracic.

Menurut agensi berita Reuters, tinjauan pendapat saluran televisyen CNN mendapati kira-kira 67 peratus orang memilih Romney sebagai pemenang.

Pengarah Pusat Politik dan Hal Ehwal Awam di Kolej Franklin dan Marshall, G. Terry Madonna turut menyatakan Romney menjadi pemenang.

“Saya tidak berpendapat terdapat sebarang keraguan bahawa Romney menang,” katanya yang memantau pilihan raya presiden AS sejak 1960.

Obama, 51, bertanding buat kali kedua bagi mempertahankan jawatannya.

Romney, 65, yang merupakan bekas gabenor Massachusetts dan seorang jutawan menyelar Obama berhubung isu defisit AS, kadar pengangguran, pengurangan beberapa cukai, dasar ekonomi dan kesihatan.
“Jika presiden dipilih semula (Obama), anda akan menyaksikan golongan pertengahan tertekan,” kata Romney.

Obama menyerang balas dengan mendakwa Romney tidak mempunyai sebarang rancangan terperinci untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

“Anda tahu, empat tahun lalu, saya menyatakan bahawa saya bukannya seorang lelaki yang sempurna dan saya tidak akan menjadi presiden yang sempurna. Ia mungkin janji yang difikirkan Romney akan saya teruskan,” kata Obama daripada parti Demokrat.

Pusingan kedua dan ketiga debat calon presiden itu akan diadakan pada 16 dan 22 Oktober depan.

Sumber: Mynewshub.com

~ Pemimpin kita ada berani ke debat secara begini? Biar rakyat tengok kebenarannya..

1 comment:

iKhRam said...

saya pun teringin jugan nak melihat debat sebegini..

pemimpin kita
berdepan

bercakap dan berdebat
mengenai isu-isu dan masalah semasa..

pengangguran, kelhiran anak luar nikah, pendatang asing,
sains dan isu tenaga dan sumbaer hasil dalam negara

bukan lg
serangan peribadi yang tiada kesudahan.