Friday, October 23, 2009

~MELAKA ( PART 1 )~

Salam semua..

Seperti yg dijanjikan, sy ingin b’kongsi sedikit cerita sewaktu meronda2 bandar Melaka.. Kalau nk diikutkan sy dah penah pegi waktu time sekolah dlu, tp disebabkan ajakan dan rancangan kwn2 BBAEC 6 yg nk sgt g Melaka, sy tak keberatan nk join.. Memandangkan inilah sem terakhir dan sy pun dah settle hal yg wajib, sy minta izin dari ummi n abah sy..Alhamdulillah dapat join..

Serius, sy tak gemar nk ikut aktiviti budak2 kelas sy, tak tau lah nape..Sy tak kan ikut klu best friend (FIZA) sy tak ikut.. Begitulah sebaliknya.. Tapi tgk keadaan jugaklah..

12 Oktober 2009

Hari yg dinantikan tiba..Ktorg tak buat preparation yg hebat pun..Just last minit..Tga ari tu, K-On n Kak Ta masak menu tuk kami mkn kt Melaka t..Just bihun goreng n megi goreng je..Bawa juga bekalan roti n kacang. Sy ni tlg je mana yg patut cz kt umah Jia. Tak beranilah nak memandai..

Ahli rombongan berjumlah 11org, 7 perempuan dan 4 lelaki..Ktorg pegi ngan 3 buah kete..Actually tak ramai nak pegi cz time ni ktorg semua kena betulkn tesis (lepas VIVA) bg sape2 yg ada teguran..Tetibe ntah cam ne Kak Nor n Jah nk join last minit. Tu yg jadi 3buah kete tu. Kami kena bayar RM50 sekepala tuk makanan, penginapan, minyak kete dll. Pegi pun tak lama, just 2 hari 1 malam.

Sampai kt Melaka dlm pkul 5.30 tak silap. Lagipun kami dah bertolak lewat dari Vista. Tempat 1st yg dicari adalah tempat tido. Cari yg sesuai ngn bajet beb. Nati bayar lebih lagi susah..Akhirnya kata sepakat telah dibuat setelah survey byk tempat dan ktorg setuju tido 1malam kt Klebang Beach Resort. Tempatnyer ok gak! Cantik n selesa. Hero2 kelas sy yg ciput tu suka sgt cz ada kolam renang..Girls tak minat!

Laki dok 1 bilik n girls yg 7 org ni dok 1 bilik..Pandai2 lah nk tido nati cam ne..Kak Ta pilih bilik ni cz katil dia de 2 n double lak tu..so tuk girls, ok lah..hehe. Lepas solat maghrib n bersihkan diri, ktorg pakat ramai2 mkn kt gazebo..Makan bekalan siang
tadi..Alhamdulillah share lah mane yg boleh..Banyak gak..Dayah Kasah pun bawa bekal nugget, chicken ball n kentang goreng..Wah!! Sedap n meriah..

Kebetulan time kami makan nie, rase sejuk menyapa kt muka masing cz cm nak ujan lagi2 dok tepi pantai..Sonoknyer…Plan ktorg lepas nie, nak pegi kt Eye on Melaka, Menara Taming Sari n jalan2 sekitar bandar Melaka..Harap2 tak ujan

Oklah ae..stop sini dulu..penat taip..


 

Thursday, October 22, 2009

Mesti tengok!!! Agak2 bape kita dapat??????



Kalaulah Allah s.w.t tukarkan pahala ngan duit....mesti sume orang akan melakukan kebaikan...btol tak? Contohnye cm nie...kalau solat sendiri tu Allah bagi kita RM1 n solat jemaah tu Allah s.w.t bagi kita RM27.00. Yang mane kita nak??????

Kalau lima waktu kita solat berjemaah dah dapat RM135.00...Ade ke kat dunia ni senang2 jer orang nak bagi kita RM135.00 sehari...gabenor bank negare pon tak leh wat tau..huhuh..kalau sebulan?????agak2 bape kite dapat?RM4050.00 kan?... agak2 same banyak ngan gaji sape nih?same ngan gaji lecturer tau...kite tak payah susah2 nak amik master baru bleh dapat duit banyak tuh....dalam setahun kita nyer duit simpanan RM48,600.00.. cume ngan solat jer...bezanyer ialah Allah tukarkan duit tu dengan pahale jee..

So sekarang bape duit dalam simpanan yang dah kita kumpul.....???? tapi yang pastinya duit simpanan kita ni kita tak penah kuarkan malah DIA kekal dalam simpanan kita...skang ni kita pilih nak solat jemaah atau solat sendirian...renungkanlah...maka rugilah orang2 yang meninggalkan solat...

Jom kita same2 kira income statement the year ended!!! macam akaun plak....huuhuu..
untuk solat berjemaah n solat sendiri...

SOLAT BERJEMAAH
27 x 5 =135 (day)
135 x 30=4050 (month)
4050 x 12=48600 (year)


 


SOLAT SENDIRI
1 x 5 =5 (day)
5 x 30=150 (month)
150 x 12=1800 (year)


 

Kite pikir lah sendiri!! Ini blom termasuk kebaikan yang lain kita lakukan...kalau niat ke arah kebaikan pun dapat pahala ni kan plak lakukan kebaikan tuh...pemurahnya Allah s.w.t..
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar!!

Wednesday, October 21, 2009

~@ WATCHIN' TV @~

I don’t really like watching TV, since most of the time at my college and need more attention 4 my thesis! But, not know. I'm freely..Therefore, I’m quite picky in ‘spending’ my time to watch TV.
SmileyCentral.com


I started love being in front of that magic box from ASTRO. I love National Geographic, Discovery Channel, AXN, Hallmark, HBO and others. TV 3 also!

So without further do, here are some of my favourite shows. Let’s see whether we have something in common or not :)


CSI: ALL CSI SERIES
I love all the characters. Want to be a doctor but rezeki tak ada.. =(


 

OPRAH TALK SHOWS
Mula jinak tengok sejak temankan my mom..BIG GIVE la..byk la..




DRAMA LEGENDA
Just release tension..love Julia Juli and Sumpah Bunian..laen, I’m not interested!





~THAT’S ALL~

Tuesday, October 20, 2009

~CERITA VIVA~

Salam semua..

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya xtau nak mula dari mane tp sy cerita serba ringkas la ae pasal VIVA sy. Sape yg penah wt tesis ni tau la pe VIVA tu. Tapi nk cite gak pe VIVA ni. Biasenyer VIVA ni dibuat tuk m’huraikan hasil dapatan kajian yg telah dilakukan dlm bidang yg dikaji. Ia adalah hasil terbaru daripada pihak penulis yg m’buat kajian t’hadap sesuatu yg ingin dikaji. Maknanyer projek ilmiah la. Student yg buat degree atau master yg akn wt VIVA ni. Depend on university or kolej ae..

Pada hari yg ditunggu, 6 Oktober 2009, sy m’bentangkan hasil kajian sy “HOW EFFECTIVE IS E-BANKING IN PERSONAL TRANSACTION – PERSPECTIVE OF EMPLOYEE AT TNB, PETALING JAYA”. Sepatutnya giliran sy pada pukul 11 pagi tapi mula lambat la pulak..Seperti mana yg telah diceritakan dientri lepas,sy dapat melakukan dengan baik..Alhamdulillah..

Dengan itu,setiap pelajar yg sudah VIVA akan diberi masa selama 14 hari tuk membetulkan mana2 kesilapan yg telah dilakukan..masukan mana yg perlu ditambah..Tuk tesis sy, tak de masalah major pn tp ada sikit2 je yg perlu dibaiki..

Jadi, sekali lagi sy terpaksa bersengkang mata nk cari kesilapan dlm research findings sy..adoi..jenuh ler..Sesiapa yg berada disekeliling sy pasti kena tempiasnyer..selagi sy tak dapat cari, sy akan cuba sedaya mampu tuk bertanya pada yg tahu..Thanks a lot to my supervisor, Pn Nazifah..

Boleh dikatakan sy lah org pertama yg siap convert dlm PDF dan burn dalam CD..Jumaat, 16 Oktober 2009, sy dah boleh hantar dah..supervisor sy pn dah puas hati dengan hasil usaha sy..tp..adoi..Pn Hanizah plak minta hard bound tesis sy dan dia bagitau sedikit kesilapan dalam borang pengesahan tesis tu..jenuhnyer..berkampunglah sy kt VISTA, umah kwn sy, Nazihah..TENSION sgt..Nak balik……

Tapi…akhirnya..semalam, 19 Oktober 2009, sy hantar juga tesis sy tanpa hard bound. Lambat siaplah. Mujur dah explain elok2. Actually yg penting hantar CD PDF tu. Lepas hantar tuh, tak tau nk ckp. Rasa bebanan yg ditanggung dah tak de. Saya, Fiza n Kak Asma senyum puas lepas tu..makan sama..tapi sy tak sama tempat ngn dorg..Fiza balik Pahang n Kak Asma balik umah mak dia kt Penang cz suami dia keje luar..bawalah haluan kami..huhu..MISS U

Monday, October 19, 2009

~@ AFTER VIVA (PRESENTATION/DEFENSE THESIS) @~


"teman,andai Hassan Al-Banna kisah perjuangan, andai Umar Abd Aziz kisah pemerintahan, andai Bilal kisah kehambaan, maka kau dan aku adalah kisah persahabatan.. Andai bunga indah kerana warnanya, andai laut indah kerana birunya, maka persahabatan kita indah kerana ingatannya.. siiru 'ala barokatillah.. asifah 'ala kulli haal-anal faqiiru ilallah.."

Grad '09 Thumbs Up

Sunday, October 11, 2009

~@ Siapalah Hamba Mu Ini @~




Tika Dikau memilih para anbia

Siapakah yang layak

Buat menjadi kekasih Mu

Sabda Muhammad :

"Siapalah hamba Mu ini?

Hanya yatim piatu tak punya apa"

Lalu Kau angkat Muhammad

menjadi kekasihMu yang agung


Tika Dikau bertanya si penghuni samudera

Siapakah yang pantas

Buat menelani Yunus Mu

Keluh Nun :

"Siapalah hamba Mu ini?

Cuma si kecil cuba berenang

disamping si perkasa

Manakan bisa menyainginya"

Lalu bermuhasabahlah Yunus di dalam perut Nun


Tika Dikau menduga si paksi bumi

Siapakah tepat

Buat menjadi pelabuhan buat bahtera Nuh Mu

Bisik Judi :

"Siapalah hamba Mu ini?"

Cuma si kecil dihimpit

gunung yang gagah

Manakan bisa menandinginya"

Lalu berlabuhlah bahtera Nuh di pergigian Judi


Kini ku bertanya :

"Siapalah hamba Mu ini?"

Bukan si kecil Nun atau Judi

Jauh sekali Habibullah Mu

Yang Kau angkat mertabatnya

Kerana rendah dirinya mereka

Dalam mencari keredhaan Mu


Dan aku masih mencari...

Siapalah hamba Mu ini

Tiada istimewa cukup cuma

Mencari keredhaan mu

Dalam mencari tempat di dalam firdausi Mu


By: Ati


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Erm….keluh, resah, gelisah….
Di mana halatuju ku….
Aku bingung dengan apa yang telah aku lakukan…
Siapalah aku ini, Ya Allah??
Layakkah aku menerima keampunan Mu??
Setelah aku menjauhkan diriku dari Mu
Aku biarkan nafsu menguasai diriku….
Aku biarkan diri ini tertipu dengan dunia…
Padahal ia sementara cuma…
Ya Allah….
Betapa hinanya diriku ini….
Tapi…
Hanya Engkau yang layak mengukur ku…
Dari pandangan Mu….
Ampunkan dosa hamba Mu ini…
Sedarkanlah aku…
Ingatkanlah aku…
Aku takut…aku takut….
Ampunkanlah dosa ku ini, YA ALLAH...
By: Marjan (My Self)

Friday, October 9, 2009

KENALKAN ALLAH KEPADA HATINYA….


Kata pepatah:
Melentur buluh biarlah dari rebung
kerana bila sudah menjadi buluh…
diurut payah dilurut patah
mendidik biar sewaktu kecil
….bagai mengukir di atas batu
mendidik ketika dewasa
….bagai melukis di atas pasir
Tapi bagaimana kiranya
jika di peringkat rebung lagi
aur sudah sekah,
sudah reput dan sudah rekah
rosak sudah di pangkal,
punah sampai ke hujung
keruh sudah di hulu,
kelodak sampai ke hilir
di awal alpa Bismillah
di akhir tanpa Alhamdulillah
Jenayah di peringkat sekolah
masalah lama terus terserlah
barah yang sudag lama membengkak
kini meletus mengeluarkan nanah
kata sesetengah pihak – ini masalah ‘kecik’
tak sampai ke tahap kronik
peratusnya tak sampai satu
tak perlu diheboh-hebohkan dulu
kata sesetengah pula – ini masalah Negara
tunas generasi sudah tercalar
kanak-kanak lagi sudah tercemar
apakah jadi bila remaja?
apatah lagi nanti dewasa?
Mari kita tafakur sebentar
menganalisis produk dari kilangnya
melihat kuih dari acuannya
menghitung nasi serta kuahnya
menilai rintik si anak dari borek bapanya
mari kita susur ke akar
mencari jati diri pada hakikat
mentafsir asal mula pada yang tersirat
justeru jenayah atau apa sahaja
ialah buah, ialah natijah,
asal-muasal daripada
mukadimah yang salah!
Awal bermula dipertemuan ibu bapa
perkenalan dan cinta jangan dicemari dosa
pertunangan dan pernikahan
disusun penuh syariat
nikah yang berkat bersendikan hukum Allah
ketika hendak ‘bersama’
dimulakan dengan doa….
agar anak yang bakal dikurniakan
selamat daripada gangguan syaitan….
Di rahim ibu benih anak disimpan
dibajai dan disuburkan dalam belaian al-Quran
surah Luqman, Yusuf dan Maryam
….agar degup jantung,aliran darah
dan denyut pernafasan
dalam selubung kebaikan,
dalam lindung keredaan
Lahirnya dilaungkan seruan azan
iqamat, tahnik, akikah lalu dinamakan
Muhammad….sempena insan teladan
Adam, Isa, Ilyas, Yusuf….
berkat nabi dan rasul pilihan
di kalangan para pejuang
dan penegak kebenaran
di kalangan para sahabat dan siddiqin
para syuhada dan solehin….
Dididik putera-puteri mengenal Allah
diteraskan al-Quran, berasaskan al-Sunnah
diajar beradab dan beribadah
menerusi sejarah hidup Rasulullah
biar program awalnya bersih putih
akar tunjangnya teguh kukuh
jiwa, akal, emosinya gagah
bersendikan – Awwaluddin Makrifatullah
(Awal agama mengenal Allah)
Ajarkan dia menghitung dosa
disamping belajar menghitung angka
asuhlah dia membaca
dengan roh ‘Iqra’ daripada Yang Esa
ketika sudah pandai menulis
dia seharusnya telah sedar
akan tipuan iblis!
Ajar dia mengenal yang dicipta
berasaskan iman kepada Pencipta
ketika berinteraksi sesama insan
jangan lupa komunikasi dengan Tuhan
ketika meneguk nikmat
ingat Pemberi Nikmat
jangan asyik mengkaji tumbuhan dan haiwan
hingga lupa mengenal Tuhan…
kenalkan Allah kepada hatinya,
nescaya kenallah dia kepada ibu bapa,
masyarakat dan negara
tetapi kalau lupa pada DIA…
dia akan lupa segala
juga pada dirinya!
Berhenti sejenak di satu destinasi
istirehat sejenak mengatur koreksi
kita tidak boleh lagi terus-terusan begini
menghasilkan penghuni Pusat Serenti
menghasilkan manusia bohjan bohsia
masalah dadah dan juvana
ini bukan lagi soal pendekatan
tapi soal prinsip dan keyakinan
jangan persoalkan kecil besar
banyak atau sedikit
ini bukan soal statistic atau data
bukan soal diskusi, forum dan seminar
tetapi soal manusia
ya, siapa menyemai gelombang
dia akan menuai badai
bila rebung-rebung menjadi rentung
kita perlu kembali ke benih
betulkan mukadimah….
Indahlah natijah
Dari: Abu Asif (SOLUSI)