Friday, November 6, 2009

~ MALAM ~



Kata orang
Malam itu adalah
Absence of light

Di kala mentari terik memancar
Menyinari bumi
Manusia mencari rezeki

Tika Bumi mengelilingi sang mentari
Bumi terus berputar mengikut paksinya
Meninggalkan kesan pada penduduknya
Adakalanya timur yang disinari
Ada masanya barat yang disinari

Pabila tibanya keheningan malam
Syahdu menusuk kalbu
Saatnya bermanja dengan sang Pencipta
Detik yang mengasyikkan
Meninggalkan keseronokan dunia
Hanya cinta Allah menghiasi malam

Di saat inilah
Waktunya bermuhasabah
Rasa keharuan memenuhi jiwa
Rindu pada yang Maha Esa
Di detik inilah saatnya
Mengadu segala rasa suka dan duka
Dengan keyakinan yang mantap
Menyakini bahawa Allah senantiasa disisi
Sedang mendengar luahan hati
Sedang melihat hambaNya

Pastinya Tuhan juga akan gembira jika hambaNya sering mengingatiNya!
Dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

Dipetik: iLuvIslam.com

Thursday, November 5, 2009

~ RAHSIA MELALUI TULISAN ~

Salam semua...



Jom kita cek tulisan kita dari hasil kajian DR. FADZILAH KAMSAH. Mane yang tulisan tak elok tu, kena ubah ae…dan yang dah sedia cantik tu, kekalkan lah..Tapi sy memiliki tulisan yg…erm..payah den nak cakap…huhu.. =)

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)




Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -




Tulisan mencerminkan peribadi... Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...(^_^)

Wednesday, November 4, 2009

~~ DERMA DARAH?



Kempen derma darah kini menjadi perkara lumrah yang dijalankan hampir setiap hari sama ada di hospital, dewan orang ramai mahupun pusat beli-belah. Namun, masih ramai memandang kempen ini sebelah mata, walaupun mengetahui seunit darah yang diderma dapat menyelamatkan satu nyawa.


Bagi kita yang sihat, keperluan menderma darah mungkin tidak meresap ke dalam jiwa.


Sesekali luangkan masa melawat wad kanak-kanak, khususnya yang menempatkan pesakit kecil penghidap talasemia dan leukemia. Mungkin selepas lawatan singkat ini, anda akan faham perasaan ibu bapa pesakit apabila hospital tidak dapat membekalkan darah sesuai untuk anak mereka.


Menderma darah adalah perbuatan mulia dan menjadi sedekah yang tidak ternilai harganya. Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru.


Jika didermakan, darah ini disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Jangan bimbang, darah yang didermakan itu pasti dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sebelum tempoh ini berakhir, ia akan diberi kepada golongan memerlukan.


Kita tidak akan mengalami masalah kekurangan darah kerana secara semula jadi badan menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang musnah akibat ‘tua’ (selepas 120 hari). Didermakan atau tidak, darah berkenaan tetap akan musnah dalam badan kita, jadi lebih baik jika ia dapat digunakan sebaik-baiknya.
Malah, pendermaan darah juga sebenarnya merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, membuatkan kita berasa lebih segar dan sihat.


Pada masa sama, kecekapan badan untuk menggunakan zat besi akan meningkat kerana ia diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang baru.


Secara tidak langsung, ia dapat membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin.


Kesannya, penderma akan berasa lebih sihat dan segar. Rata-rata penderma mengakui mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira batasan umur, kaum dan agama.


Namun lebih penting, ia membolehkan seseorang mengetahui status kesihatan mereka kerana ujian akan dilakukan setiap kali darah didermakan (walaupun anda penderma tetap) bagi memastikan darah benar-benar selamat dan ‘bersih’.


Antara ujian yang dilakukan ialah ukuran tekanan dan pengenalan jenis darah, selain mengesan sama ada penderma mengalami masalah kesihatan lain. Jika ada, usah risau kerana ia dapat dikesan awal bagi membolehkan kita menerima rawatan sewajarnya.


Berapa banyak darah yang akan diambil? Tidak banyak, hanya satu unit iaitu antara 300 hingga 450 mililiter saja, bergantung kepada berat badan anda. Selepas menderma, anda akan diberikan pil zat besi dan asid filik bagi merangsang badan menghasilkan sel darah baru.





Penerima darah

Mungkin ada yang bertanya siapa akan menerima darah anda ini? Ramai.Antaranya ialah:


1. Wanita yang tumpah darah ketika bersalin.
2. Pesakit talasemia.
3. Pesakit leukemia.
4. Pesakit haemofilia.
5. Individu yang mengalami masalah anemia.
6. Mangsa kebakaran.
7. Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah.
8. Bayi yang perlu menjalani pertukaran darah.
9. Mangsa demam denggi.

Sebenarnya, darah kita membabitkan beberapa komponen dan darah yang didermakan ini akan diasingkan mengikut komponen berkenaan iaitu darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, faktor VIII dan IX.


Semua komponen ini mempunyai kegunaan masing-masing yang diperlukan individu berlainan.


Sel darah merah contohnya, digunakan untuk merawat pesakit talasemia, leukemia, orang yang kehilangan darah dan kekurangan darah (anemia).


Manakala plasma pula penting untuk merawat mangsa kebakaran dan kebanyakan kes kehilangan darah seperti ketika menjalani pembedahan.
Nurse
Walaupun ada teknologi moden yang boleh menghasilkan bahan yang menggantikan beberapa komponen darah, sumber darah asli masih diperlukan kebanyakan pesakit.


Bagaimana pula dengan komponen lain? Pusat Darah Negara menghantar plasma beku ke Makmal Serum Commonwealth di Melbourne, Australia. Plasma ini akan menjalani proses pemecahan bagi menghasilkan faktor VIII, immunoglobulin dan albumin 20 peratus yang digunakan bagi merawat pesakit haemofilia, iaitu masalah darah lambat beku.


Jadi, tiada setitis pun darah anda akan terbuang sia-sia. Jadi, ambil peluang untuk menderma darah bagi menyelamatkan nyawa orang lain kerana giliran kita memerlukan darah mungkin tiba satu hari nanti.


Bagaimanapun, bukan semua orang layak menderma darah kerana anda perlu memiliki ciri seperti senarai di bawah iaitu:

1. Berumur 18 hingga 65 tahun.
2. Berat badan melebihi 45 kilogram.
3. Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
4. Tidak menghidap penyakit kronik.
5. Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
6. Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
7. Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

Anda dilarang menderma darah buat sementara waktu jika:

1. Demam.
2. Berat badan kurang 45 kilogram.
3. Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.
4. Tidur kurang lima jam.
5. Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.
6. Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
7. Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
8. Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
9. Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.

Paling penting, jangan menderma darah jika anda:

1. Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
2. Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
3. Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
4. Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).
5. Mengambil dadah secara suntikan.

** Sy mula derma darah ketika berusia 18 tahun..abah pun terkejut..bukan pe, sy terus nak ikut abah menyatakan sy nak derma darah juga..alhamdulillah abah izinkan..Sejak tu, sy dah mula derma darah sebanyak 3 x. Itupun tgk pada masa yg sesuai..

Monday, November 2, 2009

LUKISAN BENTUK TUBUH MANUSIA

Setiap makhluk di muka bumi ini adalah milik Allah dan Dia lah yang menjadikan kita semua termasuk tumbuhan, haiwan dll..Tapi pernahkah anda terfikir akan kejadian manusia yang unik ini dan akal yang diberikaNya?? Erm..sekadar nak share pe yg sy dapat dari seorang sahabat blogger..Korang nilailah sendiri ae..

Assalamualaikum kepada sekalian Roh Yg Masih BerJasad,

Tinggalkan dunia sementara ye. Mate bagi yang tidak buta semestinya dapat membaca taipan aku ini dan semestinya dapat melihat objek yg ada disekelilingnya. Cuba alihkan pandangan anda seketika pada sesuatu objek, apakah yg anda pandang itu ? Apakah bentuknya ? Apa ? Bulat ? Bulat macam Bola ? Ok.. Cuba anda lukis apa yg anda pandang sebentar tadi, atas sekeping kertas. Masih lagi anda katakan apa yg anda pandang pada lukisan anda sendiri tadi adalah bola kan ? Kalau anda lukis bolalah, kalau anda lukis mende lain, ikut pandai andalah.. Hahaha... Tgk bola, lukis ikan, peliklah tu... Aik ? Tersenyum depan skrin komputer ? Rilekss.....

Jadi, aku tekankan di sini, setiap objek ada lukisannya. Ok.. Serius. Rendahkan kening anda, jgn muncung pulak. Tapi tak bolehkan ? Kalau rendahkan kening, msei muncung nak keluar. Hahaha... !! Selingan.... Aku pulak tak serius. Ok serius.

Jadi, siapakah pencipta lukisan bentuk tubuh badan kite ? Jawapannya yg PASTI adalah ALLAH tetapi mana LUKISANnya ? Pernahkah anda melihat bentuk asal lukisan tubuh badan kite ?

Sepanjang perjalanan aku, aku pernah terbaca, terdengar dan mendengar bahawa sebelum jasad Nabi Adam dicipta, cahaya Nabi Mhmd sudah pun tercipta. (aku skiplah kisah ni ye... panjang kisahnya).

Huruf Jawi. Mesti anda semua tahu, tapi apakah rahsia yg ada disebalik bentuk huruf² jawi tersebut ? Kenapa ianya berbentuk sedemikian rupa ? Misalnya, huruf LAM berbentuk seperti mata kail pancing. Tak tahu ? Pergi beli sekarang dan tgk... isk isk.. Ok selingan tu..

Pernah juga aku bertanya pada seseorang yang arif ilmu agama tentang bentuk huruf-huruf ini tetapi jawapannya agak membantutkan keinginanku utk mengetahui. Tetapi tidak mengapalah, lain orang, lain ilmunya. Seperti kata pujangga IMAN TIDAK DAPAT DIWARISI. Aku pasti, mesti ada seseorang yg mengetahui tentang hakikat bentuk huruf-huruf ini. Kerana apa ? Allah mematikan ulama-ulama atau org yg dikehendakiNya kerana Ilmu yg ada pd seseorang itu (kite citer topik lain ye bab ini). Bayangkanlah, nak mati pun masih ada org kat tepi kita duk ajar mengucap 2 kalimah syahadah. Itulah ilmu utk akhirat. Tak pernah dengar pulak, org nak mati, kita duduk kat tepi dia pastu cakap, kau pergilah dulu, makanlah dulu sebelum pergi sana, kirim salam aku kat arwah ayoh, tok ngan nenek sekali ye.. tak ada, tak ada... yg pernah aku dengar, diajar mengucap 2 kalimah syahadah.

Berbalik kita pada bentuk huruf tadi. Kenapa huruf ini tidak digunapakai sekarang ni ? Maksud aku, seluruh dunialah, inilah satu-satunya huruf yg turun dari langit. Sebaliknya kita menggunakan huruf yg diciptakan oleh Yahudi. Jawapan ada pada sejarahnya.

Nabi 'MHMD'. Ejaan dalam huruf rumi 'MuHaMmaD' ttp dlm huruf jawi, MIM, HAA, MIM, DAA. Itu hanya sebutan dan baris-barisnya bagaimane pule bentuk huruf MIM, huruf HAA, huruf DAA ? Saudara/saudari semua mesti dapat gambarkannya kan ? Sy percaya saudari/saudara semua ada ilmu pengetahuan masing².

Lama sudah aku berfikir mengenai lukisan asal bentuk tubuh manusia ini. Aku mencari kebenaran tersebut dan akhirnya aku temui jawapannya. Waaahh.. Saat itu gembiranya hati ini kerana Allah menunjukkan pada aku apa yang ingin aku ketahui walaupun sedikit tapi ianya adalah pintu utk mengetahuinya lebih lanjut. Hampir sepanjang perjalananan hidup aku, memerhatikan tulisan 'mim,haa,mim,daa' ini di mana-mana tetapi bentuk tulisan yg aku lihat tidak dapat menunjukkan pada aku apa yg aku sedang cari. Akhirnya suatu hari, aku cuba menulis sendiri tulisan ini dgn tgnku yg masih berfungsi dan berulang kali aku menulisnya sambil di hati berkata 'mesti ada ketersiratannya disebalik tulisan ini' .

Paaap !!! Aku menepuk lantai kayu rumah bondaku sambil menjerit kegembiraan, "Ya Allah, Engkau telah menampakkan aku !!!". Dibawah ini, aku tunjukkan bentuk lukisan tgn aku sendiri. Tentu saudara/saudari sekarang sudah nampak apa yg aku fikirkan sebelum ini.


 'MIM,HAA,MIM,DAA' - MUHAMMAD.

Aku bermain-main dgn tulisan aku ni. Aku pusing tulisan ini kekiri (jawi bacaannya dari kanan ke kiri) dgn sudut pusingan 90 darjah. Setelah pusingan itu aku lakukan, aku dapati tulisan yg aku tulis tadi berbentuk manusia !!!. Lihat gambar dibawah.


Sejak dari itu, aku terus mencari hubungan tulisan ini dgn kehidupan seharian-harian. Aku fikir mengapa hampir semua dirumah org Islam ada digantung tulisan ini. Mengapa ??? Apakah ianya hanya sebagai hiasan atau suruhan ? Atau ada sebab lain yg tersirat. Wollohuallam....

Setelah didirikan tulisan itu, aku dapati, MIM pertama adalah mewakili kepala@akal kita, HAA mewakili tangan kita, MIM kedua adalah perut tempat dimana kita menerima makanan dariNya (secara hakikat,halal@haram) dan DAA mewakili kaki. Tersenyum puas aku tika itu. Tapi apakah yg aku perolehi ini ada benarnya ?

Aku cari, aku cari, aku jump a org tua, aku tanya tanpa segan silu kerana nafsuku terhadap ilmu membuak-buak ibarat air tanakan nasi yg sedang mendidih di dalam periuk di mana airnya berbuih-buih seperti ingin keluar dari periuk. Akhirnya, lama perjalananku, aku ketemu jawapannya disebuah pondok usang 'org tua' di atas sebuah bukit (tempatnya terpaksa kurahsiakan). Kata orang tua tersebut, dalam sembahyang kita sering menyebutnye di dalam tahiyat iaitu mengucap 2 kalimah syahadah.

Aku b'tanya lagi ' Adakah 'asyhadu anna muhammadarrosullulloh ?' Org tua berkata ' Iye hamba Allah, ianya seakan membawa maksud aku muhammad tetapi bukan kita ini muhammad !!! Jgn saloh faham katenye lagi. Roh kita ini mengingatkan kita bahawa kita ini adalah dari cahaya (nur) muhammad.Haaa mcm tu..' sambil dia tersenyum padaku.

Terangnya lagi, dalam diri kita ada cahaya (nur) nabi muhammad, jadi apa yg kita lafazkan itu adalah peringatan dari roh kita sendiri terhadap jasad kita bahawa roh kita berasal dari cahaya nabi muhammad. Ya Allah, begitu tersirat penerangannya sehingga meremang bulu romaku. Tapi bagaimana serapan lafaz itu kita nak sampaikan ke dalam lubuk hati kita ? Dapatkah kita merasai akan rasa lazat itu dengan setiap kali mendirikan solat? Setiap orang rasanya tidak sama, cuma bentuk kelakuannya sahaja yg sama. Saudara/saudari bercakaplah dengan roh (hati) saudara/saudari.

Kini, apa yg aku perhatikan dengan bebola mataku yg dikurniakan olehNya utk melihat adalah apabila aku terpandang manusia, aku ternampak tulisan jawi Nabi Muhammad, bila org mengatakan 'Al-Quran Bergerak', aku ternampak lagi tulisan Nabi Muhammad. Kemana sahaja aku pergi, inilah yg aku nampak. Aku pandang org berpangkat, org kaya, org miskin, apa-apa org lagi, inilah yg aku nampak iaitu tulisan 'MIM,HAA,MIM,DAA' bergerak-gerak di atas alam ini. Tersenyum sendiri aku bila nampak kekasih Allah ada pada bentuk tubuh manusia.

Maka Benarlah, Nabi Muhammad adalah rahmat utk seluruh alam. Walaupun baginda sudah wafat, namun tulisan baginda masih 'hidup'. Berselawatlah kalian semua...

Kisah ini hanya menyentuh bentuk lukisan manusia sahaja. Bagaimana pula tulisan ini 'hidup' ??? .. Ada masa yg diizinkan dan aku masih hidup, akan kuceritakan lagi....Semoga aku dan kalian yang membaca mendapat petunjuk dan hidayah dariNya.

Akhir kata maaf dariku, penaip tulisan yg tidak bertauliah ini jikalau ada kekurangan dan kesilapan tatabahasa yg anda tidak fahami.

Sekian untuk kali ini... Musafir Maya....
http://kunmusafirmaya.blogspot.com/

*** Renung2kanlah..."Perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w..."

PEGANGLAH API BILA TERINGATKAN ZINA


Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

''Wahai diriku, tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan, padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.

Surah An-nisa,ayat 31:
"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Surah Al-Israak,ayat 32:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Kredit : iLuvIslam.com

*********************************************************
Hal-hal yang menjerumuskan diri kepada zina hendaklah dijauhkan..walaupun bersua muka dengan kawan lelaki dan berbual denganya di telefon..ianya boleh membawa hati yang tertarik kepada nafsu dan zina.apatah lagi jika nada suara dimanja-manjakan..hiburan yang tak bermanfaatpun hendaklah dijauhkan dan ditapis sebaik-baiknya. jangan pedulikan orang lain..kerana mereka bukan menolong kau di kubur..."Aku semakin takut dengan dugaan melawan hawa nafsu ini..jihad yg mesti dilaksanakn sebaik-baiknya...lindungilah aku, Ya Allah.."

Sunday, November 1, 2009

~~ NASIHAT SEBELUM TIDUR..

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :


"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."

~ INSHA ALLAH ~

Salam semua..

Anda pasti tertanya, lagu dalam blog sy ni dari siapa? Hah..nah kenalkan..Maher Zain munsyid baru yg berasal dari Lubnan dan menetap di Sweden since 8 yr old..Banyak lagu menarik dalam album dia dan telah pun berada di pasaran..tp kt sini tak ada lagi kot..korang search lah pasal dia sendiri ae..dia pun ada facebook..tapi dalam n3 ni sy letak english version..lagu ni terdapat dalam 3 bahasa; perancis, arab n inggeris.semoga terhibur ^_^


from left: maher zain and younis khan (pakistan criket player)


MAHER ZAIN "INSHA-ALLAH"


Everytime you feel like
you cannot go on...
You feel so lost
and that you're so alone...
All you see is night..
and darkness all around
You feel so nervous
you can't see which way to go...


Don't despair and never loose hope...
Coz Allah is always by yourside...


inshaAllah.. .inshaAllah.
..inshaAllah
You'll find your way.. (2x)


Every time
you can make one more mistake
You feel you can't repent...
and that it's way too late
You're so confuse....
wrong decisions you have made
Haunt your mind
and you heart is full of shame


Don't despair and never loose hope...
Coz Allah is always by yourside...


inshaAllah.. .inshaAllah.
..inshaAllah
You'll find your way.. (2x)


Turn to Allah...
He's never far away
Put your trust to Him...
raise your hands in pray


Huu Ya Allah,
guide my steps
don't let me go astray...


You're the only one to show me the way...
show me the way...
show me the way...
show me the way...



* Maher feels blessed to able to finally find the right way, and feels like it’s his turn now to help others through his music to do the same: “If I had one thing I’d like to tell people out there it would be that it’s so easy to see the right way if we just open our eyes and look properly; that’s what happened to me.”

*Lagu ni banyak menyedarkan sy..sy penah rasa sedih sehinggakan sy mengelakkan untuk mendekatiNYA..padahal DIA masih lagi  memberi peluang tuk sy bersamaNYA..huhu..syukur sy masih sedar dan sy masih ada DIA...CINTA HAKIKI PADA-MU YA ALLAH..