Tuesday, October 25, 2011

SAMPAH TERINDAH



Sebuah kertas jadi sampah,
Sampah di awal langkah,
Sampah fitrah,
Sampah madah.

Jejari jemari kutip dari aras paling bawah,
Debu dialih, Cela di musnah.
Sampah sekeping kertas diperindah,
Seindah mawar ranum mekar,
Kembang merah gemilau sinar.

Di dada sebuah sampah,
Diukir sebuah lukisan hati,
Setiap inci ada torehan warna pelangi,
Di bingkai ada jalur air sejernih air perigi,
Ada cahaya menjadi inti,
Ada kegembiraan menjadi isi,
Siapapun melihat pasti menari,
Hati hias dengan sayang,
Jari-jemari sudahkan dengan senyuman,
Lukisan tergantung di puncak kebahagiaan.

Dan si bodoh melihat dan menilai,
Memaut mesra jari jemari seni handal,
Mata bersinar, mulut memuji,
Pujian berlegar 100 hari,
Namun bila ketahuan ia sebenarnya pernah menjadi sampah,
Lukisan diludah.

Memberi harapan sebelum mencela,
Baginya sampah tetap sampah,
Ia tetap jadi suatu yang tiada harapan,
Kudis jalanan yang wajar disingkirkan,
Tiada istilah sampah terindah.

Duhai si pemberi harapan sunyi,
Pemberi perhatian yang pudar kesudahan,
Sampah itu hidup berdestinasi,
Ia bangkit dari belukar berduri,
Matlamat hidup lagi berkilau dari jauhari.

Walau bukan sesuci sufi,
Lautan api tak lagi terlangkau oleh kaki,
Usah terpaut kemas dek diskriminasi,
Hinaan jangan dilaung bergunung,
Kerana jiwa yang tersadung,
Tak mungkin terawat dek ilmu perubatan segulung.

Nota:

Ada sesetengah orang fikir mereka terlalu mulia untuk menerima sebuah cela. Tidak salah memberi harapan kedua kerana kita juga manusia biasa. Kita manusia biasa yang mungkin akan membuat sekali lagi kesilapan. Jangan terlalu mudah menjadi Penghukum.

Sumber: iluvislam.com

~ Before go to work, saya sempat tonton MHI yang kebetulan jemputannya Dr. Rubiah dan Kamal Effendi. Isunya mengenai anak-anak yang tersilap arah (jika tidak silap). Memang menarik dan antara isinya, ibu bapa perlu betulkan diri sendiri dulu sebelum membetulkan anak. Contoh ibu bapa perlu sayangi anak dan terima anak dengan penuh tanggungjawab kerana amanah Allah s.w.t. Jangan penuhkan mereka dengan kemewahan tanpa bimbingan. Dan bila anak buat salah, terima kesalahan mereka bukan dengan melindungi mereka. Dan masyarakat juga perlu membantu sama dalam menyayangi insan yang tersilap arah tadi. We are community and need each other to make we strong. So, berikan sokongan..

HANYA PERLU SUARA

Oleh Nor Faizah Mohamed


“HELLO, selamat pagi. Apa yang boleh saya bantu?” Ringkas bunyinya dan biasa didengar kala meminta bantuan operator telefon sesebuah organisasi menyambung panggilan kita.

Namun, di sebalik suara itu, tidak ramai yang tahu apa yang berlaku, malah siapa yang mengendalikannya. Lebih buruk apabila ada pemanggil yang sesuka hati memarahi atau mengkritik mereka jika tidak dapat memberi jawapan yang diingini sedangkan mereka sendiri tidak tahu hujung pangkal situasi itu.

Berpeluang menghabiskan masa bersama sekumpulan telefonis di Kompleks Penerbangan Malaysia (MAS), Subang, baru-baru ini nyata membuka mata penulis bahawa kerja mereka tidak mudah.

Ditambah dengan masalah fizikal mereka, ia nyata mengejutkan, malah menimbulkan rasa kagum dengan kemahiran yang mereka miliki.

Mereka - Ahmad Tarmizi Buyong, Hamenah Yusuf, Shirene Tan dan Marzuki Dahman - jelas tidak menampakkan sebarang kesukaran mengendalikan pelbagai kerenah pemanggil yang kadangkala tidak masuk akal.

Ada juga yang menelefon semata-mata untuk bertanyakan soalan dangkal dan sama sekali tiada kaitan dengan MAS.

“Status sebagai OKU (orang kelainan upaya) bukanlah alasan untuk meminta simpati masyarakat jika diri kuat dan berupaya untuk bekerja seperti orang lain.

“Buta tidak pernah menghalang kami untuk menjalankan tugas dengan baik. Setiap pekerjaan ada detik senang dan susah, jadi kami meletakkannya sebagai salah satu tanggungjawab sebagai manusia.

“Saya sendiri gembira bekerja di sini dan sudah bersama MAS sejak Disember 1981,” ujar Ahmad.

Datuk kepada dua cucu itu menambah, kebolehan mereka amat terhad kerana cacat penglihatan dan bidang ini sememangnya amat sesuai untuk golongan itu berikutan ia hanya memerlukan suara.

Walaupun perlu menyambungkan panggilan ke nombor lain, mereka tiada masalah untuk menekan nombor yang ada pada telefon kerana terlebih dulu menjalani latihan sebelum bertugas.

“Ramai di kalangan kami yang menjalani kursus survival untuk golongan cacat penglihatan di Jalan Gurney (Kuala Lumpur) sebelum diterima bekerja.

“Selain belajar bagaimana menggunakan telefon, kami turut diajar aspek mobiliti untuk memudahkan pergerakan di luar bangunan dengan berpandukan bunyi, rasa dan pergerakan sekeliling.

“Itu antara aspek yang menjadi pedoman kami dalam mengharungi dunia pekerjaan ini. Walaupun teknologi bertambah maju, teknik asas menjawab dan menyambung panggilan tetap sama.

“Malah, teknologi ini banyak membantu kami kerana dengan satu butang kami dapat menyambungkan panggilan ke beberapa tempat, berbanding zaman dulu,” katanya.


Bagi Shirene, buku panduan telefon yang ditaip sendiri dalam kod huruf Braille sentiasa ada di sisinya dan kerap dikemaskini, lengkap dengan nombor sambungan terus kepada satu-satu jabatan di MAS serta nombor faks.

“Tugas telefonis ini boleh disifatkan sebagai barisan hadapan sesebuah syarikat. Kami bertanggungjawab mengendalikan panggilan telefon dan orang pertama yang perlu membantu orang awam sebelum panggilan mereka disambungkan kepada pihak sepatutnya.

“Setiap hari bermacam-macam ragam manusia perlu kami hadapi tapi kami terima semua itu dengan berusaha membantu mereka sebaik mungkin,” katanya yang juga boleh menggunakan Internet serta mampu berkomunikasi menerusi e-mel dan facebook.

Kritikan dan herdikan oleh pemanggil adalah asam garam dalam tugas mereka dan biasanya Hamenah lebih senang membiarkan dulu pemanggil melepaskan kemarahan mereka sebelum meneruskan perbualan.

“Itu perkara biasa dan kami langsung tidak ambil hati dengan apa yang mereka katakan. Biasanya apabila pemanggil hubungi kami dalam nada marah, saya biarkan mereka lepaskan apa jua rasa tidak puas hati sehingga akhirnya mereka sendiri yang terdiam.

“Ketika itulah baru saya terangkan apa yang diperlukan dan akan cuba sebaik mungkin. Ada yang hubungi kami untuk menukar tiket penerbangan, minta kami dapatkan teksi, ada pula mahu disambungkan ke hotel atau restoran.

“Semua itu kami cuba menanganinya dengan baik dan secara berhemah. Kunci utamanya kesabaran,” katanya yang sudah lebih 25 tahun di MAS dan sebelum itu bertugas sebagai kerani di sebuah sekolah antarabangsa di pinggir ibu kota.

Sementara itu, Mazuki berkata, kebajikan pekerja yang dititikberatkan dan keprihatinan majikan membuatkan mereka bertahan di syarikat itu berdekad lamanya.

“Syarikat menyediakan kemudahan pengangkutan antara rumah ke pejabat untuk kami di samping suasana kerja yang selesa dan tiada masalah di kalangan rakan sekerja yang lain,” katanya.

~ Saya jarang nak menggunakan khidmat telefonis sebab tak suka bila disambungkan dan kadang tak tahu nak tanya apa bila dah disambungkan sebab terlupa.. Macam rasa takut..huhu..pelik betul.. Tapi saya respek OKU yang berkerja sebegini, memang satu cadangan yang baik jika mereka diambil bekerja. Tapi kemudahan untuk orang sebegini perlu disediakan agar memudahkan mereka juga =)

Monday, October 24, 2011

Warrior Baek Dong Soo ost Part 1





Cerita seni dan aksi ni memang jadi kegemaran saya.
Now, episod dah sampai ke kemuncak..
Tak sabar nak tunggu apa yang terjadi antara Baek Dong Soo & kawan baik dia yang jadi jahat tu, Yeo Un.
Tapi saya boleh pula suka karekter Cheon dengan Guan Tek (yang tangan sebelah tu)..
Maybe matured kot!

Sunday, October 23, 2011

MotoGP batal akibat kematian Simoncelli

Assalamualaikum w.b.t.
Sejarah tercipta lagi..Takziah buat keluarga Simoncelli.. Actually, saya tak ikuti perkembangan dunia permotoran pun tapi bagi tadi Acik beria-ia nak tengok dekat tv siap tangguhkan menghantar Soleh ke asrama. Saya buat tak kisah je lagipun kepala rasa berat. Tup-tup dengar Alang bising tentang kemalangan..
SEPANG — Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini hari ini.
Simoncelli berusia 24 tahun.
Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.
Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Dr. Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC.
Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.
Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha, Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.
Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.
Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan. — Bernama

~ Topi tercabut tu..huhu..ish2..bagaimana nak atasinya??

GADAFI DIJULANG DAN DIBUANG


KHAMIS lalu, pemimpin Libya yang digeruni selama 40 tahun oleh Barat, Muammar Gaddafi, 69, diheret keluar dari sebuah saluran pembetung di sebatang lebuh raya enam lorong di Sirte, tempat kelahiran Gaddafi. Dia ditangkap oleh sekumpulan pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).

Kemudian, dalam video yang dirakam oleh seorang pejuang NTC, Gaddafi kelihatan cedera dan keliru apabila ditarik dari atas sebuah kenderaan dengan beberapa orang merentap rambutnya untuk menjatuhkan tubuhnya ke tanah.

Dalam tempoh sejam selepas diseksa, dia didapati sudah tidak bernyawa lagi.

Kisah kematiannya masih menjadi satu misteri. Bagaimanapun, keperibadian tokoh itu dianggap lebih eksentrik.

Musuh

Dilahirkan di dalam khemah puak Badwi berdekatan Sirte pada tahun 1942, Gaddafi seperti kanak-kanak lain mendapat pendidikan di sekolah Islam.

Beliau mempelajari asas-asas ketenteraan apabila memasuki Akademi Tentera Libya pada tahun 1961. Kekecewaan terhadap kepimpinan dunia Arab yang dimalukan oleh Israel menyebabkan Gaddafi mula menanam ideologi tersendiri.

Impian pegawai tentera muda itu ketika itu ialah mahu menyatukan dunia Arab dalam satu perikatan selain menyingkirkan sistem pemerintahan monarki Libya di bawah Raja Idris I.

Bersemangat bersama sekumpulan pegawai tentera muda, Gaddafi berjaya merampas kuasa daripada Raja Idris yang sedang mendapat rawatan di Turki dan membentuk Republik Arab Libya pada 1 September 1969.

Inspirasi beliau mengenai demokrasi, ekonomi dan sosial sebuah negara Islam mendapat pujian ramai apatah
lagi ia diadaptasikan melalui buku bertajuk The Green Book yang dihasilkan Gaddafi pada tahun 1975.

Cetusan ideanya dengan menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai musuh ketat selain membentuk Republik Arab Libya cukup memikat.

Malah, ia menjadi satu ideologi unik yang berjaya menyatukan penduduk Libya yang berpuak-puak sebelum itu.

Gaddafi juga pernah menjemput lebih 200 kerabat raja Afrika dan pemimpin puak ke bandar Benghazi yang terletak di pinggir Laut Mediterranean bagi menyokong kempen Penyatuan Afrika.

“Kita mahu tentera Afrika mempertahankan Afrika, kita mahu mata wang tunggal Afrika dan kita hanya perlukan satu pasport untuk mengembara ke seluruh negara di Afrika,” beritahu Gaddafi kepada kumpulan itu yang datang dengan memakai mahkota emas dan pakaian kebesaran berwarna-warni.

Selepas peristiwa itu, Gaddafi mula digelar ‘Raja Segala Raja’ di Afrika.

Salah satu sumbangan terbesar Gaddafi kepada negaranya ialah usahanya membina ‘sungai buatan’ bertujuan menyalurkan air bawah tanah ke seluruh negara Libya yang tandus itu. Malah bagi rakyat Libya, projek yang dikenali sebagai Great Man-Made River Project itu merupakan Keajaiban Kelapan Dunia.



Pembaharuan

Gaddafi menggunakan kepintaran dan kekayaan negara itu untuk mengairi kawasan tandus berkenaan.
Bagi mengatasi masalah mendapatkan air bersih buat seluruh warga Libya, pembinaan paip air gergasi itu dimulakan pada Ogos 1984 di Brega.

Libya tidak mempunyai kepakaran tempatan untuk membina projek besar itu. Tetapi atas kekayaan hasil minyak, Gaddafi menjemput kepakaran luar untuk membantunya termasuklah dari Korea Selatan, Turki, Jerman, Filipina dan Britain.

Pada September 1993, lengkaplah pembinaan fasa pertama projek itu yang bermula dari timur di Sarir dan Tazerbo hinggalah ke Benghazi. Tiga tahun kemudian usaha menyalurkan air dari Tripoli ke barat iaitu di Jebel Hassouna siap.


Menyingkap sejarah lalu, air bawah tanah Libya itu ditemui secara tidak sengaja ketika usaha mencari telaga minyak baharu pada tahun 1953.

Daripada analisis radio karbon, sumber air fosil itu dianggarkan berusia kira-kira 40,000 tahun.

Kini, usaha itu membuahkan hasil apabila kira-kira 1,300 kilometer persegi tanah disalurkan dengan air untuk perladangan. Sebahagian tanaman itu adalah untuk makanan di dalam negara.

Tetapi bagi ladang-ladang besar yang mendapat bekalan air itu, ia ditanam dengan gandum, oat, jagung dan barli. Semua tanaman itu perlu diimport sebelum ini.

Kini, paip sepanjang 5,000 kilometar (km) itu boleh menyalurkan sebanyak 6.5 juta meter padu air sehari ke lebih 1,000 kawasan padang pasir.

Bagaimanapun, kekejaman Gaddafi semasa berkuasa menyebabkan rakyat Libya menentang beliau. Sejak berkuasa pada tahun 1969, Gaddafi sanggup menghukum musuhnya tanpa belas kasihan.

Pada tahun 1970, beliau sendiri mengarahkan hukuman gantung sampai mati dilakukan di tempat awam kemudian. Pada tahun 1977, beliau hadir semasa pelajar-pelajar yang memberontak ke atas rejimnya dihukum gantung.

Malah, kuasanya bukan setakat di Libya malah diakui di seluruh Afrika.

Tetapi, apabila menerima tekanan dunia berikutan insiden pengeboman pesawat Pan Am Flight 103 yang membunuh 270 orang pada tahun 1988 di Lockerbie, Scotland, nada keras Kolonel Gaddafi tidak sekuat dahulu terhadap dunia Barat.

Gaddafi mula cenderung kepada sekularisme dan tidak lagi pro-Islamik.

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Ronald Reagan pernah menggelar lelaki itu anjing gila dari Timur Tengah, manakala Presiden Sudan, Gaafar Nimeiry menggelarkannya sebagai lelaki dengan dua personaliti, tetapi kedua-duanya adalah jahat.

Dengan riak wajah yang bengis diiringi renungan tajam yang menggerunkan, gelaran-gelaran tersebut hakikatnya bukanlah asing untuk Gaddafi.

Walaupun The Green Book memperlihatkan perjuangan Gaddafi sebagai seorang pemimpin Islam, tetapi retorik keagamaan yang dibawa Gaddafi sukar dibendung kerana sifat penyalahgunaan kuasa, kekejaman, mengumpul kemewahan dan kaki perempuan semakin terserlah.

Kemuncak kepada kemarahan rakyat ialah apabila pada saat rakyatnya hidup dalam kemiskinan kerana kadar pengangguran yang tinggi, Gaddafi didapati memiliki harta berjumlah AS$60 bilion (RM182.64 bilion)
Akhirnya, selepas memerintah Libya lebih empat dekad beliau dibunuh oleh rakyatnya sendiri.

Sumber: Kosmo

MARATON LELAKI 100 TAHUN

 
FAUJA SINGH mengejutkan dunia dengan menyertai larian maraton ketika usianya mencecah 100 tahun. Pelari Britain itu menamatkan maraton Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini.

Bagaimanakah pencapaian melangkaui usia itu dapat dilakukan? Padahal kebanyakan daripada kita akan bersyukur sekali gus terkejut kerana masih terus bernafas pada usia satu abad. Menyertai larian maraton pada usia sebegini ibarat nukilan novel sains fiksyen.

Namun, realitinya, Singh masih dapat mengatasi lima peserta lain yang lebih muda untuk menamatkan larian di tempat ke-3,850.

Dia meletakkan kejayaannya kepada amalan tidak merokok atau minum arak, berfikiran positif dan makan kari halia.

Namun, jika hanya semua itu yang diperlukan, jalan-jalan raya akan dipenuhi pelari berusia seabad manakala setiap rumah orang tua memiliki pasukan atletnya sendiri.

Pakar perubatan geriatrik menyatakan, rekod yang dicatatkan oleh Singh akan bertahan lama dan sukar untuk diatasi.

Larian jarak jauh membebankan tubuh manusia dengan semakin tua seseorang, semakin sukar baginya melakukan aktiviti lasak.

Jantung warga tua kurang efisien dalam menyalurkan kitaran oksigen ke seluruh badan. Darah beroksigen yang dipam oleh jantung individu berusia 60 tahun kurang 20 peratus kandungan oksigen berbanding darah pemuda berusia 20 tahun.

Selain itu, kekuatan otot merosot dengan ketara apabila seseorang melepasi had usia 70 tahun pada kadar 30 peratus untuk setiap satu dekad.

Ligamen dan tendon pula semakin rapuh, menyebabkan warga emas lebih cenderung ditimpa kecederaan manakala paru-parunya menjadi keras dan kurang efisien.

Namun, jika keadaan kesihatan warga emas berkenaan baik dan dia kerap melakukan latihan fizikal, kesan penuaan ini dapat diperlahankan.

Penjagaan kesihatan yang baik juga membolehkan semakin ramai warga emas terus berlari walaupun usia mereka memasuki lingkungan 80 atau 90 tahun.

Bagi golongan ini, Singh ialah seorang wira.

"Apa yang cuba disampaikan oleh Singh ialah saya tidak akan membiarkan diri saya dikongkong oleh norma-norma kehidupan," kata pengarah program kebangsaan Pusat Latihan Galloway di Atlanta, Chris Twigg.

Luar biasa

Tambah Twigg: "Masa memberikan kesan buat kita semua. Tetapi selagi kita berwaspada dengan cara latihan, kita sebenarnya boleh mencapai apa yang orang lain fikirkan mustahil.

"Jika mempunyai kesihatan yang baik, kita mampu menghabiskan larian selagi kita bergerak secara perlahan-lahan.

"Kuncinya adalah dengan mengurangkan tekanan ketika berjalan untuk mengelakkan keletihan kaki."
Twigg turut menasihatkan pelari agar mengurangkan hari latihan dalam seminggu untuk memberi ruang kepada badan berehat.

Majikan Twigg, bekas atlet sukan Olimpik, Jeff Galloway yang merupakan penulis buku Running Until You're 100 menjelaskan bahawa impiannya adalah untuk berlari sehingga dia mencapai usia 100 tahun dan boleh terus menulis sambungan buku itu.

Lelaki yang berusia 67 tahun itu telah melatih mereka yang berusia 70-an dan ramai yang berjaya menghabiskan larian maraton.

Namun, dia mengakui bahawa peluang untuk mencapai angka 100 tahun tanpa sebarang penyakit dan kekal sihat untuk menamatkan larian jauh adalah sesuatu yang sukar.

"Mesej yang disampaikan melalui kajian kami adalah 'gunakannya atau biarkan ia hilang'," kata Galloway.
Dr. Sharon Brangman yang merupakan Pengerusi Persatuan Geriatrik Amerika percaya bahawa Singh adalah antara warga emas luar biasa yang muncul pada ketika ini.

"Dia benar-benar seorang yang luar biasa. Maraton adalah antara punca utama yang memberikan tekanan kepada tubuh.

"Ketika usia 100 tahun kebanyakan manusia boleh mencapai jarak 10 meter sahaja. Mustahil untuk menamatkan maraton.

Tambah Brangman, maraton sebenarnya memberikan banyak tekanan kepada jantung walaupun kepada orang muda.

Pelari muda juga boleh terlibat dengan kecederaan fizikal yang lain sebelum sistem endorfin mereka mula bekerja untuk larian.

Sumber: Kosmo

~ Wah! Kagum saya. Sekarang ni pun saya lari rasa semput sebab jarang nak buat inikan maraton. Tapi ia memang tidak mustahil. Jika tubuh biasa buat senaman dan latihan fizikal yang lain, kita boleh jadi seperti atok di atas.

FENOMENA LAU KANA BAINANA


SEBIJI buah epal yang masak ranum dilihat berada di atas lantai sebuah pasar raya di Bandar Jeddah, Arab Saudi. Beberapa orang yang lalu lalang berhampiran tempat jualan buah-buahan dan sayur segar itu langsung tidak mengendahkannya.

Kemudian, apabila seorang wanita muda berjubah hitam lengkap berpurdah melalui kawasan tersebut, dia pantas mengangkat buah epal yang berada di lantai lalu diletakkan semula di tempat asalnya.

Tindakan wanita itu ternyata mengundang sekuntum senyuman buat seorang lelaki yang bersembunyi sambil memerhatikan situasi tersebut melalui kamera tersembunyi di satu sudut pasar raya itu.

Tanpa menunggu lebih lama, lelaki yang mempunyai lesung pipit di pipi itu bergerak untuk menemui wanita tersebut. Ucapan tahniah tidak lekang diucapkan kerana kelakuan baik yang ditunjukkan wanita berkenaan.
“Terima kasih saudari kerana mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang sudah pasti tidak akan suka seandainya nikmat atau rezeki dibiarkan terjatuh di lantai begitu sahaja.

“Soalan saya, seandainya Rasulullah SAW ada di hadapan saudari selama seminit, apakah yang mahu saudari ucapkan kepada Baginda?” demikian pertanyaan yang dilontar pengacara berkenaan sekali gus menusuk hingga ke lubuk hati paling dalam bagi sesiapa yang mendengarnya.

Tiada jawapan yang keluar dari bibir wanita itu melainkan mutiara jernih yang mengalir dari kelopak matanya. Sejurus menghela nafas, dia pantas mengungkapkan: “Ia satu soalan yang sukar. Duduk bersama Baginda adalah impian semua orang. Andainya ia berlaku, saya ingin meminta kepadanya agar membawa saya jauh dari dunia ini.”

Itu antara pengisian rancangan televisyen bertajuk Law Kana Bainana (Andai Rasulullah SAW Bersama Kita) yang dicetuskan oleh Ahmad Al Shugairi, 38, merangkap pengacara untuk program yang menjadi fenomena di Semenanjung Tanah Arab dan di serata dunia.

Program berbentuk dakwah itu bertujuan mengajak umat manusia untuk mengenali keperibadian mulia Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam.

Terbahagi kepada beberapa segmen, ternyata program itu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan terutama bagi golongan muda yang semakin melupakan keagungan insan bernama Muhammad bin Abdullah itu.

Bagaimanapun, inisiatif yang diambil Ahmad bagi menerbitkan rancangan sedemikian membuktikan bahawa sebenarnya segala amalan dan sunnah Nabi SAW masih menjadi ikutan serta pegangan sebahagian umat Islam di dunia ini.

Antara segmen yang terdapat dalam rancangan itu seperti rakaman kamera tersembunyi untuk mengetahui tindakan seseorang individu dalam pelbagai situasi, temu bual dengan pelbagai tokoh dalam bidang tertentu termasuk yang bukan Islam mengenai pandangan mereka terhadap Nabi SAW dan penceritaan sirah-sirah Nabawiyah secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam kepada penonton.

Pintu hati terbuka

Ironinya, Ahmad sendiri mengakui bahawa dia bukanlah seorang sheikh atau pendakwah yang memiliki ilmu agama yang luas dalam mengajak manusia mengenali Rasulullah SAW. Namun, rasa cinta yang menggunung tinggi terhadap Baginda SAW merupakan faktor utama dia berbuat demikian.

“Saya bukan seorang sheikh. Tetapi, apabila mula belajar untuk mengenali ketokohan Rasul Junjungan, saya terus jatuh cinta kepada Baginda dan berusaha mempelajari sirah-sirah yang menceritakan tentang keistimewaan Nabi Muhammad SAW,” ujar Ahmad ketika ditemu bual oleh akhbar The New York Times pada tahun 2009.

Menyingkap latar belakang Ahmad yang berasal dari Arab Saudi, dia pernah melalui zaman gelap sebagai seorang anak muda yang lalai daripada melakukan tuntutan agama.

Dilahirkan pada tahun 1973 dalam sebuah keluarga kosmopolitan yang kaya, Ahmad kemudian melanjutkan pengajian di sebuah kolej di Long Beach, California pada usia 17 tahun.

Bertitik tolak dari situlah, dia mula mengabaikan suruhan agama seperti tidak bersolat dan tidak berpuasa. Sama seperti anak muda lain, Ahmad lebih gemar menghabiskan masa dengan acara hiburan dan keseronokan. Merokok, berseronok dengan wanita dan meminum arak antara perilaku negatif yang pernah dilakukan pemuda itu.

Cuma, apabila mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia 22 tahun, Ahmad berusaha menjalani kehidupan menurut ajaran Islam yang sebenar. Dia turut menyesali kehidupan bebas yang dilalui ketika remaja.

Rentetan itu, Ahmad bertindak kembali ke Arab Saudi di samping mahu menguruskan perniagaan milik bapanya. Namun, isterinya tidak mahu mengikut corak hidup Ahmad yang mula berubah ke arah lebih Islamik dan ia membuatkan pasangan itu mengakhiri perkahwinan mereka dengan perceraian.

Di sana, Ahmad mula belajar dengan seorang ulama bernama, Adnan al-Zahrani yang mendedahkan kepadanya tentang idea bahawa kekuatan Islam datang daripada kepelbagaian dan keterbukaan dengan cara-cara pemikiran yang baharu.

Buat kali pertama, Ahmad menemui satu cara untuk mengimbangi gelodak jiwanya yang berperang dengan kehidupan sendiri di Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Di Jeddah, Ahmad kemudian membuka sebuah kafe yang dinamakan Al-Andalusia untuk golongan muda mempelajari lebih lanjut tentang Islam menerusi koleksi buku-buku Islamik yang disediakan di kafe tersebut.
Sebelum menerbitkan rancangan Law Kana Bainana, Ahmad telah berjaya menarik perhatian dan menjadi inspirasi kepada ribuan pemuda pemudi di tanah Arab melalui program televisyen bertajuk Khawater (Pemikiran) sejak tahun 2004 hingga 2010.

Rancangan tersebut memberi tumpuan tentang bagaimana kehidupan Muslim pada masa dahulu dan zaman sekarang. Ia kemudian diiktiraf sebagai program paling berjaya di dunia Arab yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun.

“Orang Islam dahulu kala merupakan cendiakawan dalam pelbagai bidang termasuk sains, perubatan, astronomi dan matematik. Justeru, kita harus bangkit kembali untuk memastikan kegemilangan Islam akan terus berkekalan pada masa akan datang,” tutur Ahmad kepada Rahima al-Balushi, wartawan akhbar Times of Oman.

Bagi wartawan The New York Times, Robert F. Worth yang pernah menemu bual Ahmad, dia menganggap lelaki itu seorang bintang generasi baharu yang dikenali sebagai sheikh satelit.

“Menerusi beberapa rancangan televisyen yang diterbitkannya, Ahmad banyak membantu masyarakat dunia dalam meningkatkan pemahaman sebenar terhadap Islam yang sering dipandang serong.

“Pendekatan dakwah yang digunakan Ahmad sangat berhemah dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang didekatinya,” kata Robert.

Sumber: Kosmo

~ Bagi yang belum tengok rancangan ni, baik tengok. Tak rugi pun. Boleh lihat dalam tv al-Hijrah (114 astro) atau di youtube. Saya juga pernah menyentuh berkenaan rancangan ini di sini.