Thursday, October 8, 2009

:: 7 DON'TS AFTER MEAL ::

* Don't smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher).

* Don't eat fruits immediately - Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1hr before

* Don't drink tea - Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest.

* Don't loosen your belt - Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.

* Don't bathe - Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach.

* Don't walk about - People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.

* Don't sleep immediately - The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine

Wednesday, October 7, 2009

~ ALHAMDULILLAH~

SALAM...

Dah beberapa hari sy tak jengok blog ni..terima kasih pada yg sudi singgah..
Seperti mana yg dimaklumkan pada entri lepas, sepatutnya sy ada pembentangan/defense tesis sy pada hari ISNIN(5.10.09) tp rupanyer giliran sy adalah pada hari SELASA (6.10.09)...

Alhamdulillah, semuanyer berjalan dengan lancar..terima kasih buat SUPERVISOR sy, PN. NAZIFAH MUSTAFFHA yg sentiasa memberi bimbingan kepada sy dlm menyiapkan dan mencantikkan lg tesis sy ni..xlupa juga buat sahabat baik sy SITI AFIZA BT AB AZIZ & ASMA MOHD YUSOP (supervisor yg sama)..sgt best bersama kalian..

Sy dapat membentangkan tesis sy (in English)dgn baik..Sebenarnyer kami diberi pilihan samaada untuk menyiapkannyer dlm B.M or B.I. Jadi sy pilih B.I,lgpun xramai yg buat B.I...apalah kn...belajar dlm B.I tetibe nk alih ke B.M...senior kami pun buat dlm B.I. sy xfaham dan xreti betul...tp tak kesah la.kehendak masing2..

Assessor sy pada hari tersebut adalah PN. SUHAILA NADZRI & EN. MUKHIFFUN B. MUKAPIT...memula memang la bedebar..ntah pe la yg dorg ni nk tnye..sampai sy tak bole tdo..asyik terjaga je..memang terganggu la.huhu..tp bila bentang..Syukur sgt2..senang je..(alhamdulillah mewarisi bakat abah)..hehehe..assessor sy ni nk uji je pe yg sy faham..alah, biaselah tu kan..sape penah bentang kertas keje mesti tau kn??..JAWABLAH DENGAN YAKIN & KELUARKAN HUJAH YANG KUKUH BILA MENGHURAIKAN SESUATU FAKTA..TERIMA PENDAPAT & PANDANGAN DENGAN BAIK..GERAK BADAN & RIAKSI WAJAH PERLULAH MEYAKINKAN..tips ni..^_^. pasti dorg yg memandang tak cakap banyak dah..pape pn doalah byk2 sebelum bentang tu..hehe

Banyak lagi sy nk cerite tp tak pelah..ada mase nanti ae...now sy kena siapkn sikit2 masalah dlm tesis sy sebelum hantar by CD (PDF)..hanya format je sy kena ubah..yg lain2 tak de masalah sgt..semua berpuas hati...^_^

~the ENd~

Sunday, October 4, 2009

~ RAHSIA HANDEST UNTUK KECEMASAN? ~


Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan antaranya:


1. NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah sama iaitu 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus di dail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (keypad lock).
2. KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci kereta bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# '. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.


4. TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri? Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

Saturday, October 3, 2009

~ HELAH MENCULIK KANAK-KANAK DI CARREFOUR JB ~

Sekadar hiasan...



Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih .
Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya,"iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya" melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.
Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.
SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !
Thank you
Ihsan :

http://hidayahlela.blogspot.com/
**********************************************************
p/s: JAGALAH SETIAP AHLI KELUARGA KITA DENGAN SEBAIKNYA. KECELAKAAN SENTIASA BERLAKU DI MANA-MANA. BE AWARE!! MOHONLAH PERTOLONGAN ALLAH S.W.T DALAM SETIAP PERBUATAN KITA

Friday, October 2, 2009

..:: MAHA MELIHAT ::..


Seiring waktu berlalu

Tangis tawa di nafasku

Hitam putih di hidupku

Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi

Tiada satu yang terlupa

Segala apa yang terjadi

Engkaulah saksi

reff:

Kau yang Maha Mendengar

Kau yang Maha Melihat

Kau yang Maha Pemaaf

PadaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih

Kau yang Maha Penyayang

Kau yang Maha Pelindung

PadaMu semua bergantung

Yang dicinta ’kan pergi

Yang didamba ’kan hilang

Hidup kan terus berjalan

Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang

Andai bisa ku kembali

Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa

Kembali ulang segalanya

Tapi hidup takkan bisa

Meski dengan air mata



By: Opick feat Amanda






~ SIAPA SI DIA?? ~



Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..



Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…




Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti

Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya

Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya

Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna. Tapi bersahabatlah kerana Allah..