Friday, October 14, 2011

SENGAT PARI KELUAR IKUT PANGKAL KEMALUAN

DUNGUN: Penderitaan pekerja penyelenggaraan tertusuk sengat pari sejak lapan tahun lalu, berakhir apabila sengat sepanjang lima sentimeter terkeluar di pangkal kemaluannya, kelmarin.

Che Mohd Nurul Che Anuar, 23, terkejut selepas mendapati sengat itu terkeluar bergegas ke Hospital Dungun, sebelum menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan sepenuhnya sengat berkenaan.

Katanya, sepanjang bulan ini, dia sering mengalami sakit sekeliling pinggang termasuk kedua-dua belah kaki hingga tidak dapat melakukan kerja berat.

“Sabtu lalu, saya mengalami sakit yang amat sangat di bahagian pundi kencing dan apabila membuat pemeriksaan, saya disyaki mengalami masalah urat tersepit di bahagian belakang badan.

“Bagaimanapun, ketika hendak mandi jam 2.30 petang kelmarin, saya menjerit kerana kesakitan dan mendapati ada benda kecil tajam terkeluar di pangkal zakar.


“Ketika pembedahan saya terkejut melihat benda tajam itu adalah sengat pari yang tertanam sejak lapan tahun lalu,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, sebaik sengat itu dikeluarkan, kesakitan di sekeliling pinggang dan kedua-dua kakinya yang lenguh, hilang sekelip mata.

Menceritakan kembali peristiwa terkena sengat pari, Che Mohd Nurul berkata, kejadian berlaku ketika dia berusia 15 tahun dan berehat di tepi pantai selepas berjoging di Pantai Teluk Lipat.

Katanya, apabila menyedari sengat pari tercucuk di punggung, dia cuba menarik keluar, tetapi semakin ditarik sengat itu kian bergerak ke dalam daging punggungnya.

Beliau berkata, disebabkan gagal mengeluarkan sengat itu, dia terus ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk melakukan pembedahan.

Sumber: Berita Harian

~ Alhamdulillah.. Benda asing yang masuk biasanya tak kan kekal dalam badan. Macam tu juga dengan kaca. Pernah juga kaki masuk kaca, tak boleh nak keluarkan.. Lama juga tapi dah memang benda asing, alhamdulillah keluar juga disebabkan faktor tolakan..

Wednesday, October 12, 2011

CONTEST I'M PROUD TO BE A MUSLIMAH

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama saya peram contest ni yang dianjurkan oleh Fiqra Pancake demi mencari masa yang terbaik untuk dipublishkan. Sangat menarik hati bukan kerana hadiah tetapi sebagai peringatan bersama. Disamping itu, dapat menambah ilmu kerana rata-rata yang menyertai CONTEST I'M PROUD TO BE A MUSLIMAH ni semuanya mempunyai perkongsian dan pandangan yang sangat menarik dan bernas. Itulah cita-cita setiap wanita iaitu mengimpikan menjadi WANITA SOLEHAH.
[ Klik sini untuk join ]


Alhamdulillah semua syarat telah saya penuhi.. 
Ada yang dah  lama saya follow.. 
Kalau untuk fb tu, 
sila check ID bertulisan jawi dan ada sambungan al-safi di belakangnya.. 
(agak privasi untuk disebut..)

[Saya tertarik dengan hadiah jubah ^_^ ]


HADIS :

Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. "
(Hadis Riwayat Ahmad)

Dan saya simpulkan dengan 
M.U.S.L.I.M.AH

MARUAH DIRI TERPELIHARA
UNTUK YANG HAK SAHAJA
SAYANGI ALLAH RASUL & KELUARGA
LEMBUT PERIBADI PENUH HIKMAH
IMAN MENGUASAI
MALU MENGHIASI
AGAMA ISLAM TETAP DI HATI
HIDUP SALING BERBAGI

MADAH UNTUK WANITA SOLEHAH
Dirimu bak kasturi yang mewangi
harumannya bergentayangan di persada bakti
menjadi kebanggaan para suami
yang sanggup membela pengorbanan isteri.

Dalam erat ketaatanmu kepada Ilahi
dalam rapat ikutanmu kepada Nabi
kau sentiasa memakai jilbab menutupi diri
supaya menjadi muslimah yang sejati.

Teladanilah peribadi Ummul Mukminin
mereka memiliki khazanah watak menakjubkan
pakailah mereka sebagai tudung ikutan
yang menutupi aurat keluhuran.

Sedarilah wahai para srikandi
dirimu telah dibela Nabi
indahkanlah dirimu dengan iman di hati
pesonakanlah dirimu dengan taqwa di sanubari.

Dunia ini umpama lautan perhiasan yang indah
sepesona perhiasan adalah permata wanita solehah
yang telah terpateri jiwa ilmu dan mahabbah
kaulah sesungguhnya insan bernama wanita solehah.

Karya:
uswah teladan,
Sabah,
14 Disember 2006.


Saya juga ingin kongsikan nukilan dari rakan di fb iaitu


GADIS LIAR TRANSFORM GADIS BAIK

Siapa sangka GADIS ITU...
dahulu dia liar..
solatnya diabai sengaja..
cukup baginya hanya tidak mensyirikkan Allah..

dahulu dia komited duniawi
dunia lebih penting dari akhirat
belajar itu mesti walaupun hingga tak tidur
solat itu tak terlintas di hatinya...

dahulu dia bebas..
lebih selesa berkawan dengan lelaki dari hawa..
baginya lelaki itu simple + sempoi..
hawa itu lembut + emo..

dahulu dia 'sempoi'..
duduk sebelah lelaki itu biasa..
yang penting tidak bersentuh..
KAU AKU itu bahasa indah perbualannya..

dahulu dia tidak malu..
tepuk tampar sesama lelaki itu biasa..
sebagai bukti 'kemesraan' dalam berkawan..
bukti dia bukan minah gedik yang tepuk tampar dalam 'gedik version'..

dahulu dia 'penuh kasih sayang'..
couple itu perkara biasa..
keluar date itu indah..
tapi masih diutamakan izin dari mak tercinta..

dahulu dia pencinta muzik retro..
jika sedih, lagu itu dilayannya..
sebut sahaja liriknya serta melodi,
pantas diteka tajuk lagu yang menjadi makanannya..

dahulu dia style..
baju separas punggung..
kadangkala fit, kadangkala biasa..
seluar jeans itu kemestian..
pergi berjemput, balik berhantar..

dahulu dia separuh telanjang..
cukup baginya bertudung
pakaian tidak mendedah kulit
baginya sudah menutup aurat
sedangkan hakikat kaki masih jelas dilihat tanpa sebenang urat..

Apabila HIDAYAH MENERPA ; Siapa sangka gadis liar itu mampu dijinakkan melalui tarbiyah dari Allah SWT...

Siapa sangka GADIS ITU...
kini dia jinak..
solat dijaga sebaiknya..
takut baginya kemurkaan Allah..

kini dia komited ukhrawi..
akhirat lebih penting dari dunia..
belajar itu mesti tapi masih terjaga hak diri..
dihiasi malam tanpa tidur dengan ibadat walaupun sedikit..

kini dia terpelihara..
lebih selesa berkawan dengan hawa dari adam..
baginya hawa itu lembut dalam ketegasan mereka..
adam itu lebih mendatangkan tidak selesa padanya..
kini dia 'sempit'
berdekatan dengan lelaki pun dirasanya rimas..
semeter jauh dia berdiri dari mereka yang bukan mahramnya..
bahasa masih sempoi kerana dirinya sememangnya bukan lemah lembut..

kini dia malu..
melihat adam hawa bertepuk tampar, "astaghfirullahulazim" diucapnya..
tersentuh sedikit tanpa sengaja dengan pekedai pun dirasanya seperti terkena najis..
terasa geli lalu mohon keampunan..

kini dia kedekut kasih sayang..
hanya pada Allah, Rasul, ibubapa ditujukan kasih sayang luar biasa..
keluar ke kedai sebentar pun ditemani 2 3 orang adiknya..
amat risau jika hatinya diusik yang bukan haknya..

kini dia pencinta nasyid..
lagu nasyid cinta pun jarang dilayannya..
sesekali dengar juga lagu retro dulu kala
tapi tidak lama kerana jiwa tidak tenang
takut hatinya rosak dengar lagu lagha sepanjang masa..

kini dia simple..
tudung besar, baju labuh separas lutut, seluar longgar..
cukup menjadi perisai + perhiasan dirinya..
kadangkala pergi berjalan-jalan pun seperti ingin pulang ke kampung halaman..
biar apa orang kata, asalkan sudah cukup menjaga syariat Allah sebaiknya..

kini dia menutup sepenuhnya..
malu baginya bertudung singkat tidak menutup dada + jarang..
walau berlengan panjang, masih memakai sarung tangan..
kaki mesti ditutup biarkan seperti badut yang berstokin pink berbaju hitam..


* Seorang insan memang fitrahnya sukakan kebaikkan apatah lagi jika dia seorang wanita.
Wanita terdidik untuk memiliki akhlak yang mencerminkan sifat kewanitaan apatah lagi akhlak muslimah yang solehah.. Saya sangat berbangga menjadi seorang wanita dan insyaAllah akan cuba sebaik mungkin menjadi WANITA SOLEHAH. Amin

Saya memilih :

Penulis
Sue Unnie
Syafa

Monday, October 10, 2011

CIRI-CIRI WANITA MUSLIMAH

Bagaimanalah gambaran peribadi seorang muslimah yang benar-benar solehah? Dr. Muhammad Ali Al-Hasyimi telah menuliskan beberapa sifat, karakter dan keperibadian seorang muslimah yang solehah secara utuh, sebagaimana yang diajarkan oleh Islam dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Tidak hanya solehah kepada Rabb-nya, akan tetapi juga solehah di tengah-tengah keluarganya, rumah tangganya dan masyarakatnya. Berikut ini ringkasan dari apa yang beliau tulis.


WANITA MUSLIMAH TERHADAP RABB-NYA

1. Mukminah yang sedar akan jati dirinya
2. Senantiasa mengabdi kepada Rabb-nya
3. Menegakkan solat lima waktu
4. Terkadang mengikuti solat jamaah di Masjid
5. Menghadiri solat ‘iid
6. Melakukan solat sunnah rawatib dan solat-solat sunnah yang lainnya
7. Memperbaikikan solatnya
8. Menunaikan zakat atas hartanya
9. Berpuasa di bulan Ramadhan dan melakukan Qiyam Ramadhan
10. Berpuasa sunnah
11. Menunaikan ibadah haji ke Baitullah
12. Melakukan umrah
13. Senantiasa menaati perintah Rabb-nya
14. Tidak berkhalwat dengan lelaki asing
15. Iltizam berhijab secara syar’i
16. Menjauhkan diri sepenuhnya dari ikhtilat
17. Tidak berjabat tangan dengan lelaki yang bukan mahramnya
18. Tidak melakukan perjalanan jauh kecuali dengan ditemani suami atau mahramnya
19. Senantiasa redha terhadap qadha’ dan qadar Allah
20. Suka bertaubat kepada Allah
21. Memiliki rasa tanggung jawab terhadap anggota keluarganya
22. Orientasinya hanyalah redha Allah Ta’ala
23. Benar-benar menghayati dan mengamalkan makna ibadah kepada Allah
24. Beraktiviti dalam rangka menolong agama Allah
25. Komitmen terhadap keperibadian yang islami dan ajaran Islam yang dianutnya
26. Kesetiaan hanya kepada Allah
27. Melakukan kewajiban amar ma’ruf nahy munkar
28. Banyak membaca Al-Qur’an

WANITA MUSLIMAH TERHADAP DIRINYA SENDIRI

Aspek jismiyah-jasadiyah :
1. Seimbang dan pertengahan dalam makan dan minum
2. Rutin berolahraga
3. Bersih tubuh badan dan pakaiannya
4. Senantiasa menjaga kesihatan mulut dan giginya
5. Memperhatikan perawatan rambutnya
6. Memelihara keindahan tubuhnya
7. Tidak bertabarruj dan berlebih-lebihan dalam memakai perhiasan

Aspek aqliyah :
1. Senantiasa memelihara akalnya dengan ilmu
2. Apa saja yang hendaknya dipelajari dan ditekuni oleh wanita muslimah ?
3. Wanita muslimah rajin menuntut ilmu
4. Jauh dari khurafat
5. Tidak pernah berhenti membaca

Aspek ruhiyah :
1. Iltizam dalam beribadah dan men-tazkiyah jiwanya
2. Memilih teman-teman dekat yang solehah dan gemar mengadakan atau menghadiri majlis-majlis ilmu
3. Banyak mengucapkan doa dan dzikir yang ma’tsur

WANITA MUSLIMAH TERHADAP KEDUA ORANG TUANYA

1. Berbakti kepada kedua orang tuanya
2. Menyedari kemampuan kedua orang tuanya dan mengetahui kewajibannya kepada mereka berdua
3. Senantiasa bersikap baik dengan kedua orang tuanya meskipun mereka tidak beragama Islam
4. Sangat takut untuk menderhakai kedua orang tuanya
5. Berbakti kepada ibunya kemudian ayahnya
6. Memperbaiki cara berbaktinya kepada kedua orang tuanya
 
WANITA MUSLIMAH TERHADAP SUAMINYA

1. Menikah sesuai aturan dan tuntunan Islam
2. Memilih suami yang baik
3. Taat dan berbakti kepada suaminya
4. Berbakti kepada ibu mertuanya dan memuliakan keluarga suaminya
5. Sayang kepada suaminya dan senantiasa berusaha membuatnya redha
6. Tidak membocorkan rahsia suaminya
7. Setia di pihak suaminya dan berusaha selaras dengan pendirian dan gagasan suaminya
8. Mendorong suaminya untuk gemar berinfaq di jalan Allah
9. Membantu suaminya untuk taat kepada Allah
10. Senantiasa berusaha untuk menyenangkan suaminya
11. Berhias dan mempercantik diri untuk suaminya
12. Bersikap lembut dan pandai berterima kasih kepada suaminya
13. Menyertai suaminya dalam suka dan duka
14. Menundukkan pandangannya dari selain suaminya
15. Tidak menggambarkan wanita lain kepada suaminya sampai seolah-olah melihatnya
16. Membuat suaminya tenteram, nyaman, dan tenang
17. Pemaaf dan lapang dada
18. Berkepribadian kuat dan iltizam kepada agama sepanjang hayatnya
19. Berusaha menjadi isteri yangcemerlang

 
WANITA MUSLIMAH TERHADAP ANAK-ANAKNYA

1. Sangat bertanggung jawab atas anak-anaknya
2. Mendidik anak-anaknya dengan pendidikan yang sebaik-baiknya
3. Memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya
4. Memperlakukan sama dan adil antara anaknya yang lelaki dan yang perempuan
5. Tidak mendoakan yang buruk atas anak-anaknya
6. Sangat memperhatikan segala hal yang boleh mempengaruhi keperibadian anak-anaknya
7. Mengajarkan akhlaq yang mulia kepada anak-anaknya

WANITA MUSLIMAH TERHADAP KERABAT-KERABATNYA

1. Wanita muslimah senantiasa memelihara tali silaturahim sesuai dengan tuntunan Islam
2. Tetap menyambung tali persaudaraan meskipun kerabatnya itu tidak beragama Islam
3. Memahami silaturahim dengan maknanya yang luas
4. Tetap menyambung tali silaturahim meskipun mendapat tanggapan yang sebaliknya

WANITA MUSLIMAH TERHADAP PARA TETANGGANYA

1. Wanita muslimah bersikap baik dan penyayang kepada tetangganya
2. Gemar memberikan nasihat yang baik kepada tetangganya sesuai dengan tuntunan Islam
3. Mencintai tetangganya sebagaimana mencintai dirinya sendiri
4. Senantiasa bersikap dan berbuat baik kepada tetangganya, sesuai dengan kemampuannya
5. Berbuat ihsan terhadap tetangganya meskipun ia tidak beragama Islam
6. Mengutamakan tetangganya yang lebih dekat
7. Berusaha menjadi tetangga yang baik bagi para tetangganya
8. Bersabar terhadap sikap buruk para tetangganya

WANITA MUSLIMAH TERHADAP SESAMA AKHOWAT DAN PARA SAHABATNYA

1. Mencintai para akhowat dan bersaudara dengan mereka kerana Allah
2. Tidak memutuskan persaudaraan dengan para akhowat ataupun memboikotnya.
3. Pemaaf dan lapang dada terhadap mereka.
4. Bersikap rendah hati kepada mereka.
5. Suka memberi nasihat yang baik kepada mereka.
6. Bersikap dan berbuat baik kepada mereka.
7. Tidak memusuhi atau menyakiti mereka, dan juga tidak ingkar janji kepada mereka.
8. Memuliakan mereka.
9. Mendoakan mereka ketika tidak bersama-sama mereka.

WANITA MUSLIMAH TERHADAP MASYARAKATNYA

1. Berakhlaq baik.
2. Jujur dan tulus.
3. Tidak berdusta dan berkata-kata buruk.
4. Suka memberi nasihat yang baik.
5. Suka menunjukkan dan mengarahkan orang lain kepada kebaikan.
6. Tidak menipu atau berkhianat.
7. Menepati janji.
8. Menjauhi sifat nifaq.
9. Bersifat pemalu.
10. Pandai menjaga diri.
11. Tidak berbuat sesuatu yang sia-sia atau tidak bermanfaat.
12. Tidak suka memfitnah dan membuka aib orang lain.
13. Jauh dari sifat riya’.
14. Bersifat dan bersikap adil.
15. Tidak suka berbuat zalim.
16. Pemaaf dan lapang dada, termasuk terhadap orang yang tidak menyukainya.
17. Tidak gembira dengan penderitaan orang lain.
18. Tidak suka berprasangka buruk.
19. Menghindarkan lidahnya dari ghibah dan namimah.
20. Tidak suka mengolok-olok atau berkata-kata keji.
21. Bersikap baik dan sopan kepada orang lain.
22. Bersifat penyayang.
23. Beraktiviti yang bermanfaat bagi masyarakat.
24. Peka dan empati terhadap orang yang hidupnya menderita atau berkekurangan.
25. Berjiwa mulia dan murah hati.
26. Tidak mencela ketika bersedekah atau memberikan sesuatu kepada orang lain.
27. Berjiwa lembut.
28. Suka bermudah-mudah dan tidak suka menyulitkan.
29. Tidak hasad.
30. Jauh dari sikap mencari perhatian dan glamor.
31. Jauh dari sikap berlebih-lebihan dan memaksakan diri.
32. Keperibadiannya disukai banyak orang.
33. Boleh menjaga rahasia.
34. Tawadhu’ (rendah hati).
35. Seimbang dan pertengahan dalam hal pakaian dan penampilannya.
36. Memiliki perhatian yang besar pada urusan kaum muslimin.
37. Memuliakan tamu.
38. Menundukkan perilaku dan kebiasaannya pada timbangan Islam.
39. Tidak memasuki rumah orang lain kecuali setelah mendapat izin.
40. Tidak meninggalkan majlis kecuali sampai urusannya dengan majlis itu selesai.
41. Menghormati orang yang lebih tua dan orang-orang yang dimuliakan.
42. Tidak suka menyelidikkan pandangannya pada rumah orang lain.
43. Sebole mungkin tidak menguap dalam majlis.
44. Menetapi adab islami ketika bersin.
45. Tidak menggunting dalam lipatan untuk mendapatkan kedudukan.
46. Memilih pekerjaan yang sesuai dengan kewanitaannya.
47. Tidak menyerupai kaum lelaki.
48. Senantiasa mengajak kepada kebaikan.
49. Ber-amar ma’ruf nahy munkar.
50. Berdakwah dengan cara yang hikmah.
51. Bergaul dengan para wanita yang solehah.
52. Berusaha mendamaikan kaum muslimat yang saling bermusuhan.
53. Bersabar atas perilaku para wanita yang kurang menyenangkan dirinya.
54. Pandai berterima kasih.
55. Mengunjungi yang sakit.
56. Tidak meratapi mayat.
57. Tidak mengiringi jenazah.

Sumber: Ikatan Remaja Masjid

Sunday, October 9, 2011

DIET: Apa Jenis Darah Anda?

Susunan NOORZIHAN MOHAMED YIN

LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran.

Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi? Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Sumber: Yadim 

~ Kita tahu mana yang terbaik untuk tubuh. Ada sesetengah orang boleh makan yang itu tapi kita tak boleh. So, carilah penjagaan kesihatan yang bersesuaian dengan tubuh. Sebelum terlambat, jagalah kesihatan yang diberi dengan sebaik-baiknya.

Saturday, October 8, 2011

RAWATAN ACUPUNCTURE & BEKAM

Assalamualaikum w.b.t.

 
Agak bersawang blog kesayangan saya ni... Bukan tiada cerita tetapi tidak mempunyai masa untuk mencoretkan sesuatu di sini. Jujurnya, diari hidup saya sentiasa penuh dengan peristiwa tidak diduga. Ditambah pula dengan peristiwa mengejutkan dunia iaitu perginya pengasas Apple, Steve Jobs. Pembentangan bajet 2012 dan kisah gila yang melibatkan seorang bapa meliwat bayinya sendiri yang berusia 23hari.

Bunuh saja bapa yang meliwat bayinya itu. Dah tahu isteri dalam keadaan uzur, bawalah bersabar. Ini, anak yang menjadi galang gantinya. Nauzubillah. Bila teringat Tahajjud Cinta yang bikin kontroversi itu, saya rasa Ustaz Shauki tu patut diberi pengajaran. Rasa tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Bagi saya, cerita sebegini perlu ada penjelasan mengapa ia terjadi dan pengajarannya kepada orang ramai. Walaupun kisah yang dipaparkan agak terpencil, maklumat dan penerangan yang berkesan haruslah diambil kira bagi mereka yang tidak tahu dan lambat untuk faham iktibar yang ingin disampaikan.

Bila drama itu menunjukkan watak yang sebegitu, dialog itu perlu dibalas dengan hujah yang berkesan berlandaskan ilmu Allah iaitu Al-Quran dan bukan nafsu semata. Ada nasikh mansukh iaitu pembetulan kepada sesuatu peringatan. Biasanya dalam Al-Quran dan hadith. Saya suka cerita yang mempunyai message sebab boleh membuatkan kita berfikir dan menajamkan lagi neuron otak!

Tamatkan kisah drama Tahajjud Cinta. Hari ni, saya mempunyai appointment dengan pemilik Muslimah Anggun Beauty & Spa. Walaupun bekerja, tapi minta izin datang lewat sebab sudah berjanji. Alang-alang, biar perbaiki sistem badan saya ini sebaiknya. Pertama kali buat rawatan sebegini ye..

Jika sahabat ingin tahu, saya bukanlah seorang insan yang memiliki tubuh badan yang cergas sedari kecil. Namun alhamdulillah semangat yang Allah beri untuk terus hidup masih ada dan mampu bertahan sehingga kini. Dari kecil, saya kerap ditimpa sakit. Ummi dan Abah memang sedia maklum dan memang risaukan saya. Bila dah dewasa ni, keadaan tu makin menjadi-jadi. Makin bertambah penyakit yang diketahui.


Saya tak tahu nak berkongsi dari mana. Tapi yang pasti, saya melakukan rawatan cosmetic acupuncture setelah Kak Su meneliti masalah saya melalui rawatan mata. Sebelum tiba di pusat rawatan ni, kondisi tubuh badan saya berada dalam keadaan kurang selesa dan rasa nak muntah. Demam dan batuk masih belum sembuh sepenuhnya. So, segala masalah saya serba sedikit diceritakan kepada Kak Su.

Sebelum nak mulakan rawatan ni, Kak Su minta saya membaca Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Rasulullah, kaum keluarga dan sahabat baginda berserta untuk diri saya sekeluarga. First jarum dicucuk pada kepala. Ketika tu saya tak rasa sakit. Tapi bila dah pindah ke bahagian kening, muka, tangan, kaki, lutut, dan perut baru terasa sakit. Tapi sikit jelah. Kak Su cucuk jarum tu berdasarkan apa yang saya sakit. Waktu tu tekak dah rasa kembang. Bila saya adukan hal tersebut, Kak Su cucuk jarum di dagu, hidung, dan tekak. Saya diberitahu, memang bila melakukan rawatan acupuncture ni, sesetengah pesakit akan merasa mual dan loya tekak.

Masih terasa mual tapi agak terkawal. Saya semakin rasa kebas di bahagian kiri tangan menandakan saya ada masalah dalam perut dan usus besar. Actually, bila Kak Su tekan bahagian untuk masukkan jarum acupuncture tu, saya ada terasa sakit. Maksudnya, badan saya ada angin yang banyak. Bila jarum tu mula cucuk dihidung dan bawah mata kanan, air mata secara tiba-tiba mengalir. Terasa sakit yang amat! Tanda Sinus.

Dalam pukul 12 tengahari, pembantu Kak Su tolong cabutkan jarum tu. Saya sempat tanya, nak buat apa dengan jarum yang dah digunakan tu, Liyana iaitu pembantu Kak Su maklumkan untuk dihantar di hospital (buang agaknya..). Sebab jarum tu jika terjatuh secara tak sengaja setelah dibuka, tidak boleh digunakan sama sekali. Ketika jarum yang mencucuk bahagian bawah mata dan hidung dicabut, darah keluar menandakan titik tersebut aktif. Rasa sakit makin berkurang. Dan alhmadulillah, bintil di mata kiri saya juga beransur hilang. Semuanya kuasa Allah.

Setelah selesai proses tersebut, saya dihidangkan dengan minum herba Habatussauda. Kebetulan, bos beritahu, saya tak perlu datang disebabkan masalah saya ini. Jadi saya teruskan pula cadangan Ummi untuk berbekam. Saya dan Ummi melakukan rawatan yang sama mengikut masalah kesihatan masing-masing.

Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam) (Shahih Bukhari dan Muslim).

Tapi sebelum nak mula bekam tu, Kak Su tanya juga, adakah badan saya mampu menerimanya. Lagipun saya masih merasa mual. Tapi bila saya kata ok dan bukan senang nak datang lagi, Kak Su minta saya bersedia dalam bilik bekam (sama je dengan bilik nak masukkan jarum tadi). Saya memang dah lama nak buat bekam tapi biasalah takut sebab sakit. Namun saya memang tahu bekam ni merupakan sunnah nabi dan kaedah terbaik dalam perubatan. Kak Su pun sempat beritahu, kena cukur sikit rambut dibahagian kepala.

Bagusnya Allah gerakkan hati saya untuk melakukan kaedah rawatan ini. Apatah lagi bila nak mula bekam tu, Kak Su minta saya berniat "Sahaja aku berbekam mengikut sunnah Rasulullah kerana Allah Taala". Baca Al-Fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul. Rasa nak menangis pula saya...

Dalam proses berbekam tu, beberapa bahagian badan saya memang rasa sakit. Proses pertama adalah membuang angin dalam badan. Macam vakum angin lah. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Tambah terasa bila badan ditoreh sedikit. Tak henti-henti saya bertahmid dan berselawat dalam hati. Agak lucu bila bekas bekam dikepala asyik tercabut...


Kak Su tanya pada saya bahagian di kepala mana yang saya rasa sakit maklumlah saya memang ada migrain dan selalu sakit dan pening kepala. Pendek cerita, Kak Su toreh di bahagian tengah kepala. Senang katanya. Selepas ditoreh sedikit, memang agak tragik bila bekas bekam tu sedut darah kotor yang ada di kepala. Kak Su tak henti-henti bertasbih sebab darah di kepala saya kelihatan mendidih-didih bila keluar. Terus dia panggil Ummi dan Anjang. Patutlah saya asyik mengadu sakit katanya. Memang saya sakit betul. Bukan main-main.

Sebanyak 10 titik bekam dilakukan di badan dan kepala saya mengeluarkan darah kotor berupa ketulan yang menyerupai hati. Sangat banyak sehinggakan Kak Su kata macam nak pitam. Pembantunya pula tak sanggup nak tengok. Tapi Anjang sempat usik saya, nak buat baik dengan saya dan tak nak gaduh lagi. Waktu tu saya dah nangis sebab tercapai juga hasrat saya untuk menyembuhkan diri kerana Allah. Alhamdulillah. Memang tak tertahan sakit yang saya tanggung walaupun saya kelihatan ceria orangnya. Tapi Ummi lah pendengar paling setia dan Ummi tak perlu risau lagi.

Sekali lagi saya dihidangkan dengan air minuman Habatussauda. Kepala pun macam dah berpinar-pinar. Kak Su minta saya buat rawatan lagi. Sempat dia doakan supaya segala masalah kesihatan saya dapat pulih sepenuhnya. Dan barulah diketahui punca darah kotor yang keluar tu bukan sebab ubat doktor tapi memang dari masalah kesihatan tubuh badan saya.

Alhamdulillah syukur pada Allah. Saya hanya berusaha dan selebihnya terserah pada kehendak-Nya. Terasa juga badan bertambah ringan walaupun masih terasa pening dan berpusing sedikit. Bawah mata saya pula kelihatan sedikit bengkak.

~ Maknanya apa yang selalu saya adukan dan rungutkan pada Ummi ada asbab yang tersendiri. Tapi masalah yang saya hadapi itu perlu saya tangani dengan berdepan masalah tersebut iaitu berada ditempat sesak. Saya tak boleh berada dalam situasi yang boleh membuatkan saya lemas dengan orang ramai walaupun saya suka melihat gelagat orang. InsyaAllah saya boleh. Amin. Doakan saya sihat ye sahabat  ^_^

Monday, October 3, 2011

DARAH O TAPI DIBERI DARAH B

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang baru melahirkan anak ketiganya mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada kecuaian kakitangan hospital yang tersilap memasukkan darah jenis berlainan ke tubuhnya.

Kejadian itu berlaku 22 September lalu dan Faridah Abd Aziz, 34, yang juga pegawai bank kini terpaksa menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas beberapa hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

Suaminya, Ku Nazri Ku Yaakob, 34, mendakwa petugas hospital berkenaan memasukkan darah jenis B ke tubuh isterinya yang mempunyai darah jenis O dan kesilapan itu boleh mengundang maut.

“Ketika kejadian, isteri saya baru melahirkan anak ketiga kami secara pembedahan, jadi dia kekurangan darah dan memerlukan doktor memasukkan darah ke dalam tubuhnya,” katanya yang ditemui di Balai Berita di sini, semalam.

Ku Nazri berkata, isterinya terpaksa menjalani rawatan susulan dan terlantar sakit di HKL serta diberitahu akan dibenarkan pulang dalam tempoh dua minggu lagi.

Katanya, kejadian itu memberi kesan emosi yang teruk terhadap mereka sekeluarga, malah anak ketiganya itu tidak dapat diberikan susu ibu.

“Saya mengambil cuti sejak 10 hari lalu untuk menjaga isteri di hospital dan membawa ibu berusia 74 tahun dari kampung di Jitra, Kedah, untuk menjaga bayi kami,” katanya.

Katanya, pihak pengurusan hospital sudah memanggilnya dan mengakui kesilapan mereka yang cuai terhadap pesakit, malah satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian terbabit.

Susulan itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang 23 September lalu dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Saya sudah memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa, namun sehingga kini saya tidak dihubungi bagi mendapatkan penjelasan perkembangan semasa kes isteri saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan terbabit dan memberi maklum balas dalam masa terdekat.

Sumber: Harian Metro

** Sebaik mungkin hal kesilapan di hospital atau klinik hendaklah dielakkan. Diminta para doktor atau jururawat berada dalam keadaan rehat yang mencukupi dan stabil.

** Sesiapa yang memiliki darah jenis O memang dermawan sebab dia sanggup berkongsi kepada orang lain akan darahnya. Namun, inilah bukti kes di mana hanya darah jenis O sahaja boleh dimiliki di dalam tubuh insan berdarah O. Saya antaranya..

Sunday, October 2, 2011

KENALI PASTA

Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah nikmat dapat berehat dihujung minggu. Sambil-sambil tu jom kita santai mengenali pasta. Sebelum tu, saya memang penggemar pasta. Sape yang minat pasta maknanya sekepala dengan saya. Boleh terliur bila bayangkan hidangan pasta ditabur keju yang banyak tu..Tapi..saya tetap Melayu..Jadi jangan risau ye.. Ulam-ulaman tetap pujaan hati!

Bila bercakap tentang pasta, satu yang harus kita ketahui bahawa ia adalah makanan yang berasal dari Itali yang juga merupakan makanan ruji negara itu.

Namun keenakan hidangan pasta telah mendapat tempat di seluruh dunia termasuklah penggemarnya di Malaysia.

Pasta diperbuat daripada tepung spesies durum. Jenis gandum durum sahaja yang sesuai digunakan untuk membuat pasta.

Tepung ini juga sangat tinggi dengan kandungan protein yang membuatkan produk pasta lebih kenyal dan tidak mudah hancur ketika direbus. Gandum daripada jenis durum ini selalunya akan diproses menjadi tepung yang lebih halus yang dikenali sebagai tepung durum. Bagi yang sedikit kasar dikenali sebagai durum semolina. Kedua-duanya berwarna kekuningan.

Bahan untuk membuat pasta juga ringkas kerana hanya menggunakan tepung durum, air dan telur. Pasta boleh dimakan sebagai pembuka selera, sup atau makanan utama selain boleh juga dimasak dengan pelbagai cara seperti dibakar atau digoreng.

Bagaimanapun cara yang paling biasa adalah dimakan dengan pelbagai jenis sos bersama parutan keju yang serasi dengan hidangan pasta ini.

Terdapat beratus-ratus jenis pasta mengikut rupa bentuknya. Antara pasta yang begitu popular adalah spageti yang berbentuk seperti mi. Terdapat jenis yang lebih halus dan pendek seperti mi hoon yang dipanggil angel hair.

Makaroni pula adalah pasta yang berbentuk silinder lurus dan bengkok yang mempunyai ruang kosong di tengah-tengahnya.

Jenis pasta ini selalunya dijadikan juadah seperti makaroni bakar ataupun sup. Walaupun namanya berlainan mengikut bentuknya tetapi bahan asas pembuatannya tetap sama.

Teknik merebus pasta juga ada caranya tersendiri kerana anda perlu meletakkan sedikit minyak terutamanya jika anda merebus pasta yang jenisnya mudah melekat ketika anda merebus seperti spageti, fetucine dan tagliatelle.

Namun ada jenis-jenis pasta yang tidak mudah melekat seperti makaroni, fusilli dan bow pasta yang tidak memerlukan anda meletakkan minyak ketika merebus kerana ia tidak mudah melekat ketika anda merebus.

Selain itu pasta perlu direbus sehingga mencapai tahap kemasakan tertentu iaitu sehingga al dente - merujuk kepada rasa yang ‘tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras’. Jika menggigitnya terasa kenyal itulah yang dimaksudkan dengan al dente.

Anda boleh menguji tahap kemasakannya dengan mematahkan pasta itu. Jika anda melihat masih ada bahagian yang bertepung di tengahnya maka anda perlu memasaknya lagi.

Air perlulah sebaik-baiknya dibiarkan mendidih dahulu sebelum merebus dan ketika merebus anda perlu mengacaunya sekali sekali supaya ia tidak melekat.

Jika tidak mahu pasta yang telah direbus melekit dan melekat serta menjadi kering apabila terdedah pada udara, gaulkan ia dengan sedikit minyak zaitun atau minyak jagung.


Sumber: Minggan Malaysia.

~ Memula terjebak masak spageti buat style mee goreng. Saya reka kuahnya dengan menggunakan carrot yang dikisar berserta daging. Meriah dengan segala bahan yang ada. Alhamdulillah semua suka. Lepas tu try juga beli pes yang banyak dipasaran. Saya suka jenama Kimball (betul ke eja gini?). Tapi biasanya mesti saya reka cipta kuahnya. Kalau nak buat style carbonara, saya buat cara saya lah.. Ntah apa saya letak pun saya tak tahu... Janji makan..