Wednesday, June 12, 2013

[Tips] Gambar Bayi Comel Dapat Mengembalikan Dompet atau Beg Tangan Yang Hilang?

Tentu anda pernah melalui saat di mana anda tertinggal dompet atau beg tangan samada di restoran, panggung wayang atau kenderaan awam.

Apa yang anda lakukan pada waktu itu adalah pergi semula ke tempat yang sama untuk mencari semula dengan harapan ada orang baik yang akan simpankan dan beri semula kepada anda.

Tidak banyak yang kita dapat lakukan.

Namun terdapat tips menarik untuk anda meningkatkan kebarangkalian dompet atau beg tangan ini dikembalikan kepada anda.

Menurut sebuah kajian, saintis mendapati gambar bayi comel dalam dompet atau beg tangan anda dapat menyelamatkan anda.

Kajian dilakukan dengan meletakkan 240 dompet di sekitar bandar Edinburgh dengan gambar bayi, anak anjing, keluarga bahagia dan gambar pasangan tua.

Hasil kajian mendapati, hanya gambar bayi comel membuatkan orang yang menjumpai dompet itu menjadi lebih lembut dan berhati mulia untuk mengembalikannya kepada tuannya. Gambar bayi juga membuatkan si pengambil dompet berfikir mengenai generasi masa depannya.

90% daripada dompet yang mempunyai gambar bayi comel dikembalikan kepada tuannya.

Ini adalah tips baik kepada mereka yang sering tertinggal dompet dan beg tangan untuk meletakkan gambar bayi comel seperti di dalam gambar.
Sumber: Facebook & Shahabuden Jalil

5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum

tak pernah dengar cara macam ini

anak dah besar2
kena letak gambar cucu la pula ...

D_08 said...

ehhhh...tak penah pulak awok dengo pasei ni.... tapi tak salah kalo letak gambo baby ni dalam dompet kite....... kite pun dapat tengok gambo deme selalu.....

Brilliant Marjan said...

atuk>>

wslm.sy pn xpasti sejauh mana kebenarannya.cuma, logik sendiri, sy pn akan terberhenti dri melakukan sesuatu apabila terpandang bayi comel..

Brilliant Marjan said...

D_08>>

tengok gambar ank dlm purse tiada salahnya..jiwa pn tenang selain beri motivasi pada kita..

izan mama mia said...

ehe..yer ker..leh laa cuba nnt