Wednesday, July 29, 2009

.:: Buat Mata Yang Sedang Menangis ::.

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة

Duhai mata yang sedang menangis

Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apa pun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.

Aduh!
Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya "Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Surah Maryam: 58)



Duhai mata yang sedang menangis...

Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsus-unsur berbahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semula jadi boleh membuangnya. Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata!

Duhai mata yang sedang menangis...
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar kalenjar-kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak dari[ada lelaki.

Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.

Duhai mata yang sedang menangis...

Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Lauhkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarakan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa, "Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis keran takut kepada Allah," (Riwayat Ahmad dan al-Nasai)

Oleh: Fatimah Syarha Mohd Nordin

###################################################

Sy penah je melihat lelaki menangis..bagi sy ok pe.xsalah...hargailah apa jua perasaan anda sama ada rasa nk nangis, sedih, sakit, gembira, marah, benci dsb...

Senang kata hargai diri anda, tubuh badan anda....bila dah hargai diri, hargailah juga apa yg ada disekeliling anda...nikmati hidup ini sebaiknya...ambil hikmah di atas setiap kejadian yg berlaku dari sudut positif...setiap hal yg berlaku ada cara penyelesaiannya...

Penah seorang sahabat b'kata "Buat apa hargai perasaan sedih, nangis n marah? Apa kaitan dgn kehidupan kita?".....sy jwp seperti mana yg di atas...sy sedih dgn dia...dia manusia yg perlukan bimbingan....hanya sy seorang diberitahu tentang masalahnya...uhhhhh..bantulah hambamu ini Ya Allah...

2 comments:

Faarihin said...

salam.. ilmu yang sgt bermanfaat... sy slalu menangis.. mengenang dosa2 smalam.. T__T

Brilliant Marjan said...

wslm.menangislah slgi kt mampu...tp adakah cukup tuk m'bantu sahabat sy yg terpesong???Ya Allah...hanya pada-Mu ku b'serah...