Thursday, April 12, 2012

KEHIDUPAN YANG MEMENUHI HIDUPKU

Assalamualaikum w.b.t.

Tulisan terus dari hati saya. Lama dah tak buat sesi luahan secara peribadi di sini. Yang kerap ada, perkongsian info dan maklumat terkini yang bukan milik saya..

Alhamdulillah, setelah dua bulan lebih menjalani kehidupaan sebagai seorang isteri memberikan saya banyak ilmu yang perlu saya fahami dengan lebih mendalam.Pengorbanan yang bukannya sedikit bahkan banyak. 

Teringat kali terakhir sewaktu melangkah keluar dari rumah Ummi Abah setelah saya memutuskan untuk berhenti kerja di tempat lama sebelum mengikut suami (alasan yang sangat kukuh dan hanya yang tahu dan faham mengapa saya berbuat demikian), air mata tak henti-henti mengalir... Terlebih sudah dari Ummi sendiri. Hah, saya dilihat sangat cengeng... Manja barangkali!

Tambahan ketika keluar, Abah tiada di rumah kerana mempunyai urusan di Kelantan. Itu yang membuatkan hatiku bertambah sayu dan pilu.. Hanya SMS dan telefon menjadikan segalanya dekat dihati.

Mungkin normal jika anak perempuan menangis ketika mengikut suami. Tapi yang lucu, waktu akad nikah berlaku, mata ni tak mahu pula nak keluarkan mutiara jernih. Ish3.. Terbalik agaknya...

Sebenarnya, ketika ini saya menetap sementara bersama Abah dan Mak mentua saya. Pada mulanya, agak ganjil dan janggal dirasakan... Saya perlu tabah! Moga cepat urusan pindah rumah diselesaikan. Tapi banyak yang saya belajar terutamanya masakan Kelantan! Buat masa ni saya tak dan nak merasai budu! Maaf !

Bila dah masuk alam umah tangga, banyak betul yang kita kena fikirkan... Perlu kuat dan perlukan banyak pembacaan! Apatah lagi perbezaan yang amat ketara antara kami berdua. Tang selera makan dah beza, sikap jauh menyimpang, hobi tu boleh adjust lagi.. dan lontaran idea pun tak sama.. Dugaan!

Memang masuk dunia baru kata orang... Teringat semalam, suami kata,

"Rupanya, dinda ni suka masin ye.. Suka tempat yang standard ye.."

Terdiam saya.. Nangis lak tu...

"Sekali sekala la..bukan selalu..Tak apalah, guna duit saya.." (nada merajok gitu).

Bla..bla..bla

Secara jujurnya, saya masih mencari kekuatan untuk mendapatkan pekerjaan yang selayaknya dengan saya. Puas mohon itu ini tapi belum kunjung tiba. Jika boleh, nak tempat kerja yang dekat dengan kediaman. Ada sebabnya mengapa saya menginginkan sebegitu. Sebelum ni bukan tak dapat kerja yang menarik, tapi saya terpaksa tolak kerana alasan yang munasabah.

Apa lagi ye yang saya nak kongsi....?

Hah, alhamdulillah, kami bakal menerima ahli baru tidak lama lagi.. InsyaAllah.. Dan yang paling manis, kemungkinan serentak bersama Alang dan Kak Lang. So, Abah Ummi dapat  2 cucu serentak...InsyaAllah..

Moga berita ini mampu menceriakan kami seluruh keluarga. InsyaAllah ada pengganti Ajwad. Walaupun tidak sama tapi doakan kami ye, Muhammad Ajwad Naufal. Musyamnyew...(your Mommy mesti bengang..hehehe).

Moga rezeki berumah tangga dan rezeki anak yang bakal lahir ini terus mengiringi kehidupan dan kebahagian untuk saya dan suami. Amin.

Dah tau ke punca saya nangis kenapa? Teringin nak makan spagetti carbonara, yogurt, dan garlic bread. Selera orang putih ko!

Agaknya bosan dah makan nasi, tekak nak tukar selera.. Tapi alhamdulillah dapat juga rasa walaupun tak banyak.. Cuma spagetti tu jadi fettucini pulak. Thanks kanda ^^

Yang lawak, saya teringin nak makan kueh masak lodeh (kueh yang ada kacang dhal tu..). Asyik tak dapat je.. Ntah cam ne, suami g cari merata tempat, katanya 3 kedai mamak dan lastly baru jumpa. Banyak ok suami saya belikan..hahaha. Thanks!

Oklah.. Salam..

~ Para suami, tolong fahami gerak tubuh si isteri ye...

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum BM

moga Allah memberkati keluarga BM

Brilliant Marjan said...

wa'alaikum salam atuk

amin.insyaAllah.sentiasa mengharapkan yang terbaik dan tunjuk ajar.. ^^

Bancik said...

singgah