Friday, March 7, 2014

PERINGATAN: PENIPUAN KAD KREDIT


Cerita Benar!

Berlaku pada office mate saya pada tengah hari Selasa 4 Mac 2014 ketika sedang menyelesaikan urusan pembaharuan lesennya. (Situasi kalut dan memberi peluang kepada si penipu untuk bertindak!)

Ketika tiba di office, Kak H memberitahu kami tentang masalahnya..

Kes : Memiliki Kad Kredit AmBank yang sedang digunakan di Kedai Emas KLIA berjumlah RM 3000 ++
Report: Boleh menghubungi pegawai di BANK NEGARA MALAYSIA.
Keterangan di ambil oleh: Sarjan Micheal..

Soal jawap berlaku antara Kak H dan Sarjan Micheal penipu tu..

Antara lain

1. Tidak membocorkan maklumat laporan siasatan kepada pihak ke tiga iaitu pegawai bank, bank dan sebagainya.
2. Memberi nombor laporan kes dengan segera.
3. Akan ada orang lain yang akan menghubungi anda untuk menerima report (lebih kurang macam tu la), nama En Teo
4.Tidak membuat sebarang transaksi dalam tempoh tiga hari.
5. Bertanya tentang segala maklumat yang ada tentang diri kita, rumah, tempat kerja, saving account, current account, perkongsian syarikat dan lain-lain lagi.
6. Masih cuba mengorek rahsia dengan bertanya berapa jumlah kad atm yg ada dan lain-lain lagi.
7. Meminta menukarkan kod hitam atau kata laluan yang terdapat di kad atm yang anda miliki di atm machine yang berhampiran. (Untuk maklumat sahabat, kad atm kita sekarang ni termasuk ic dan sebagainya mempunyai cip mirco ynag memang selamat dan sukar diceroboh oleh orang lain, tapi dasar penipu ni akan cuba memainkan suasana panik@reverse psychology untuk cuba mendapatkan maklumat kita).
8. Meminta anda membuang segala kertas yang dikeluarkan oleh CDM ketika anda membuat transaksi penukaran tadi.

Rabu 5 Mac 2014

Petang tu saya baru terbaca artikel mengenai penipuan kad kredit palsu, sah, Kak H sudah terkena.. Actually saya tahu cerita penuh tentang masalah Kak H pada petang tersebut. Namun sudah terlambat kerana Kak H sudah terkena..

Bila saya maklumkan kes penipuan ini, dia bertambah risau maklumlah rupanya pagi itu Kak H terlibat dengan kemalangan dan kes tipu kad kredit pula kembali berbangkit. Terus Kak H call Maybank (satu2nya kad atm yang Kak H miliki) dan membuat laporang polis.

Siap tiga report ko!!! 1 report kemalangan dan 2 report penipuan kad kredit.

Khamis 6 Mac 2014

Kak H maklumkan pada saya baki di akaun Maybank dia hanya tinggal RM 15.00 sahaja. Saya tidak bertanya jumlah duit yang hilang, tapi dari agakan saya yang saya dengar apabila Kak H memberitahu kawannya, lebih kurang RM 10,000.00 ++.

Bila ku lihat Kak H, dia sudah kelihatan redha bila hati sudah sepenuhnya berserah pada Allah. Walaupun duit tu baginya dan bagi saya sangat banyak, tapi duit boleh dicari...dari tergadai yang lain, bahaya diri.

Dalam akaun dia tu, ada duit anak jika dapat masuk asrama, duit orang sewa rumahnya, duit nak baiki kereta dia, duit insuran kereta suaminya, dan duit untung kedai basikalnya untuk 2 bulan.


Banyak hal macam ni sudah terjadi.. Boleh baca di

Oh! Taktik penipuan kad kredit

Jangan Terperdaya Dengan Panggilan Yang Mahu Maklumat Kad Kredit

Taktik Terkini Penipuan Kad Kredit

Cerita di bawah ni sebijik dan copy paste sama kes Kak H.. Saya ambil di sini

Baru baru ini aku telah menerima satu panggilan telefon yang sungguh mendebarkan dan nyaris nyaris aku tertipu......so di sini ingin aku bongkarkan satu taktik penipuan kad kredit yang terbaru dan aku akan terangkan secara jelas modus operandi mereka

1. Penipu ini menggunakan telefon bernombor 03-21788888(ni no. Ambank customer service)

2. Penipu akan menggunakan rakaman suara perempuan dan menyatakan bahawa kad kredit anda telah digunakan sebanyak bla,bla,bla...biasanya RM3600.00 dan penipu inginkan anda untuk mendail 1 utk kompem, 2 utk batal dan 5 utk bantuan dari customer service.

3. Anda yang telah kompius akan mendail 5 dan panggilan anda akan dijawab oleh seorang yang pelat bahasanya mirip berbangsa Cina.

4. Anda akan menerangkan bahawa kad kredit anda telah digunakan dan anda ingin mendapatkan lebih penjelasan.

5. Penipu akan menjawab yang kad kredit anda telah dicajkan sebanyak RM3600.00 di PohKong KLIA.

6. Anda akan panik, kemudian dia akan mengatakan bahawa kad kredit anda telah juga digunakan sebanyak RM2000.00 sebelum ini. Maka jumlahnya ialah RM5600.00.

7. Beliau akan menanyakan adakah kad kredit anda bernombor bla,bla (5455-1932-8653-2004 di pohon pada 02/04/09 di Plaza OSK). Anda akan menjawab tidak.

8. Penipu akan menyambungkan anda kepada Bahagian PEMALSUAN Kad Kredit BNM. (Camne dia sambung yer?...hehehehe.

9. Seorang perempuan berbangsa Cina yang agak pekak badak sikit akan menjawab panggilan tersebut seolah-olah beliau adalah staff Bank Negara.

10. Penipu akan menanyakan berberapa soalan berserta aku janji yang begitu meyakinkan seolah-olah anda seorang yang membuat laporan palsu dan akan menggertak anda dengan mengatakan bahawa sebarang laporan palsu akan membuatkan anda meringkuk dalam penjara.

11. Beliau akan bertanya.." Encik ada akaun bank @ kad kredit lain tak?"

12. .Anda akan menjawab ada. Dia akan meminta semua nombor kad-kad kredit dan nombor akaun bank anda.

13. Penipu akan menyuruh anda untuk tidak menggunakan kesemua kad-kad tersebut dalam masa 3 hari. Ini bertujuan untuk kononnya memerangkap penjenayah itu dalam masa terdekat jika penjenayah itu ada menggunakan kad kredit.

Ini semua adalah PENIPUAN!! JANGAN SEKALI KALI ANDA MEMBERIKAN KEPADA MEREKA NOMBOR-NOMBOR BERKAITAN BANK ANDA.

Bila terima panggilan seperti ini anda dinasihatkan supaya JANGAN PANIK. Ada berberapa kesilapan yang dilakukan oleh penipu ini.

1.03-21788888 adalah nombor AMBANK. Nombor ini hanya boleh digunakan untuk panggilan        dari pelanggan sahaja dan bukannya DARI STAFF BANK!.

2.Pengesahan belian kad kredit bukan dari panggilan rakaman tetapi adalah panggilan LIVE CALL.

3.Bank staff tidak boleh menyambungkan panggilan anda terus ke Bank Negara tetapi anda akan diminta untuk menghubungi BNM.

4.Staff BNM mahir fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan English. Bukannya seperti menalifon kedai nombor ekor.

5.BNM ada semua maklumat peribadi anda dan mereka tidak perlu bertanya sebarang nombor berkaitan akaun bank atau kad kredit anda.

6.Kalau anda tak boleh guna ATM kad seperti yang dipinta selama 3 hari.....nak makan apa kalau duit tadak?.

7.Sila buat pengesahan balik dengan menalifon bank anda dengan menggunakan nombor lain.

8.Jika anda terbagi sebarang nombor.....sila batalkan/menukar kad anda dengan segera.


10 comments:

Unknown said...

Sy nk btanye.. Sy ade menerima panggilan sebijik mcm no di atas.. Peti suara ckp kate ade hutang rm 3+++ lpstuh sambung ke sorg laki ala2 cina yg x bp nk fasih bcakap dgn keadaan line x bp clear.. Die mntk nama penuh sy & no ic.. Silapnye sy tbagi.. Lpstuh die tros snyp tp line x diputuskn sehingga sy yg putuskn line tuh.. Sy dh wt laporan polis..

Brilliant Marjan said...

Anis abdul >>

sekarang ni anis dapati ada sesuatu yang tak kena ke? lepas ni perlu berhati-hati utk melayan sebarang panggilan telefon..dah buat laporan polis tu ok lah..minta doa byk2 agar dijauhkan dari perkara yg tidak diingini..satu lagi, itu juga peringatan dari Allah..banyakkan solat taubat dan bersedekah..

Unknown said...

saya baru shj sudah terkena sbijik mcm atas.. alhamdulillah saya xbagi sebarang nombor akaun bank... dia ada minta nombor kad kredit.. dan saya cakap saya memang tak ada kad krdit.. mjur xterkena.. mmg kena berhati2 n jgn mudah percayai..

Anonymous said...

baru kena tadi.. sebijik.. hampeh.. siap suruh g bank bagai. malas layan..

Anonymous said...

saya pn baru terkena ...nombornya 0321888899. Mujurnya saya tak sempat angkat...tapi dia tinggalkan pesanan yang saya ada pending transaction sebanyak RM3854..tanpa berfikir panjang sayapn try call no tersebut untuk confirmation even saya tau sy xde card credit ambank..guess what??? no tiada dlm perkhidmatan..sy call adik saya utk minta pendapat..dia kata better call ambank centre utk confirmation ...takut ada org guna nama ke..nnti tiba2 blacklist pulak...sy pn call ambank centre ...alhamdullilah tiada dalam sistem yang saya berhutang credit card ambank....macam2 cara orang nak menipu ya....berhati-hati la bila terima panggilan ....

Anonymous said...

sama la jgk...sebijik...ayat2 yg sama jugak.........

Unknown said...

fath
as salam
sy nak tnya mcm kes sy ni sy dah terbagi butiran nama,no ic,alamat,akaun bank sy cma no akauan sy x bgi....perlu ke sy buat laporan polis?bru dapat pangilan semalam.MOHON PENCERAHAN PADA KADAR SEGERA.TERIMA KASIH.

Unknown said...

fath
as salam
sy nak tnya mcm kes sy ni sy dah terbagi butiran nama,no ic,alamat,akaun bank sy cma no akauan sy x bgi....perlu ke sy buat laporan polis?bru dapat pangilan semalam.

Brilliant Marjan said...

wslm.sy tak pasti sis..tapi baik sis buat report sbgi langkah berjaga2 sebab sis dh bg butiran diri..takut ada masalah kemudian hari je nanti..

Anonymous said...

Huhu..sy pun mangsa jugak..baru notice ptg ni slps cek duit kt ATM ..dh kna smggu sama jer situasinya..bertawakal & esok nk p wat laporan polis and cek wt bank..