Wednesday, April 2, 2014

Notis dan Jadual Catuan Air Peringkat Keempat - Kawasan Baru (Zon 3 dan 4)

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu lepas ketika buat check up kandungan 33 minggu di Klinik Desa Kg. Pasir, Ampang, for the first time air tiada (saya sangka klinik tak masuk senarai) . Bayangkanlah macam mana para ibu-ibu yang nak cek perut dan bawa bayi menghadapi situasi itu. Walaupun ada disediakan air simpanan, kami semua perlu bekerjasama berjimat cermat.


Lagi tambah haru bila saya berbual dengan ibu-ibu lain, dimaklumkan kediaman mereka tiada air dan tidak mengikut jadual. Fasa kediaman saya sudah berlalu tapi saya tetap simpan air. Ada anak kecil dan diri tengah sarat mengandung perlu buat langkah berjaga-jaga agar bekalan air kami sekeluarga mencukupi.

Balik Kampung Jenjarom hujung minggu lepas pun sama. Rumah Ummi dan Abah tiada masalah tetapi Kampung Cina iaitu Sg. Jarom, menghadapi masalah ketiadaan air.

Di bawah ini saya kongsikan notis terbaru fasa 4 catuan bekalan air.


NOTIS CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KEEMPAT DAN LANJUTAN TEMPOH CATUAN DI PERINGKAT PERTAMA DAN KETIGA BAGI NEGERI SELANGOR,WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Adalah dimaklumkan berikutan keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan jumlah pengurangan pelepasan air mentah dari 500 Juta Liter Sehari (JLH) kepada 1,000 JLH dari Empangan Sungai Selangor dan 30 JLH dari Empangan Klang Gates, pihak SYABAS telah diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat untuk dilaksanakan bagi menghadapi pengurangan bekalan air terawat yang disebabkan oleh keputusan ini.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 28 Mac 2014. Perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini melibatkan beberapa kawasan baru sebagai tambahan kepada kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Pelan Catuan Peringkat Ketiga di sembilan (9) wilayah iaitu daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor. Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat akan berkuatkuasa mulai 4 April 2014 hingga 30 April 2014 atau ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa yang sama, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang sedang berjalan pada masa ini dilanjutkan mulai 1 April 2014 sehingga ke satu tarikh yang sama seiring dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat.

Adalah dengan ini dimaklumkan juga bahawa Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini akan dilaksanakan secara berasingan (separately) dengan jadual yang berlainan daripada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga (Zon 1 dan 2). Kawasan tambahan yang telibat di dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat dibahagikan kepada Zon 3 dan 4. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kawasan tambahan kepada Zon 1 dan Zon 2 pada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga seperti yang diperincikan di dalam Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini dan akan dilaksanakan mengikut jadual pelan tersebut.

Kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Zon 1 dan Zon 2 didalam Pelan Catuan Peringkat Pertama dan Ketiga ini adalah sama seperti yang disenaraikan di dalam notis yang dikeluarkan kepada pengguna masing-masing pada 25 Februari 2014 dan 7 Mac 2014 yang lalu. Bagi mendapatkan maklumat mengenai kawasan yang terlibat, para pengguna disarankan merujuk kepada notis tersebut di laman web SYABAS (www.syabas.com.my).

Untuk makluman, perlaksanaan Catuan Bekalan Air ini akan diselaras oleh pihak SPAN dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan SYABAS.

1. TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT PERTAMA, KETIGA DAN KEEMPAT

Bermula pada 27 Februari (Khamis) hingga 30 April 2014 atau satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2. KAWASAN TERLIBAT

Kawasan yang terlibat adalah:- Peringkat Pertama (Zon 1 dan 2) – seperti tersenarai di dalam notis catuan bertarikh 25 Februari 2014 Peringkat Ketiga (Zon 1 dan 2) – seperti tersenarai di dalam notis catuan bertarikh 7 Mac 2014 dan kawasan tambahan seperti di dalam JADUAL 16, 17, 18 dan 19 Peringkat Empat (Zon 3 dan 4) – seperti tersenarai di dalam JADUAL 1 hingga 15.

3. JADUAL CATUAN BEKALAN AIR

- Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air (Zon 1 bergilir dengan Zon 2; Zon 3bergilir dengan Zon 4) di peringkat masing-masing - Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari pertama zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangkaberterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu. - Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari pertama zon tersebut dijadualkan tiada air.Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu. - Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.

Jadual Agihan Air Mengikut Zon
Zon Gombak
Zon Kuala Lumpur
Zon Kuala Lumpur
Zon Kuala Selangor
Zon Kuala Selangor
Zon Petaling/Sepang
Zon Petaling/Sepang
Zon Hulu Langat
Zon Hulu Langat
Zon Klang/Shah Alam/Kuala Langat/USJ
Zon Klang/Shah Alam/Kuala Langat/USJ

Zon Hulu Selangor
Zon Kuala Langat
Zon Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Klang, Shah Alam, Kuala Langat (Peringkat Ke 3)


 Info di atas ni juga boleh didapati dalam akhbar Berita Harian (yang saya baca)

1 comment:

Anonymous said...

Bagus