Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, August 19, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR BATIN

Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh tak update blog. Mohon maaf banyak-banyak. Tak terlewat saya nak ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN'.


Semoga kerja kita sentiasa update walaupun dalam mood beraya. Harini saya pakai baju baru dan tudung baru sempena nak dapat mood kerja yang paling optima dan ceria. Maklumlah lama bercuti (ter awal cuti). Kalah orang yang baru bersalin. Hehehe..

Entri pantas

~ Raya sangat meriah sebab kami dah bertiga. Banyak fokus untuk anak
~ Walaupun fokus untuk anak, tapi kami suami isteri tak mahu kalah. Baju baru serba mahal tapi berbaloi dan spek mata baru.
~ Raya kat Kelantan, Perak dan Selangor.
~ 1st time raya jauh dari Ummi dan Abah.
~ Anak masuk wad pada 5 Syawal. Sob sob -_-
~ Lif di kediaman kami rosak kesemuanya. Sangat sadih!
~ Malam tadi jamu tetamu pertama kami dengan tom yam segera - masak ikut sempat.

Saturday, September 15, 2012

HADIAH DARI KELANTAN

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat berhujung minggu semua. Sebelum tu, saya nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk adik bongsu perempuan saya, Hidayah. Lepas zohor nanti kami nak celebrate birthday dia secara kecil-kecilan.

Terus ke tajuk utama, dah lama saya nak share cerita ni tapi tak sempat..Tapi rasanya tak basi lagi. Tetap memorable!! ^_^

Memandangkan suami saya mempunyai darah campuran Perak dan Kelantan (saya Kedah dan Jawa Selangor),  jadi raya tahun ni, kami boleh dikatakan ronda-ronda Malaysia. Kami beraya di Selangor, Perak dan Kelantan.

Nak kata pengantin baru pun ia juga kami ni. Sebab suami tak bawa saya melawat saudara di sebelah Kelantan lagi. Bila datang Tumpat pada raya ke 4 baru ni, sambutan yang diterima sangat mesra. Orang baru lah katakan + bakal dapat orang ketiga pula..

Datang rumah adik beradik Abah (pak mentua) dan tok sedara yang lain di Chabang Empat & Kg. Simpangan, Pengkalan Kubor, ada je barang yang diberi sebagai hadiah. Saya terima je walaupun segan.

Rupanya, adik ipar (Nor) sempat berbisik, ini memang cara orang Kelantan jika sambut ahli baru dalam keluarga yang baru pertama kali datang. Saya tak pasti betul ke tak..tapi saya ok je.. Orang nak bagi, kita terima dengan tangan terbuka.

Adik ipar yang bongsu (Jiha), sibuk bertanya, "Kak dapat apa?" "Bertuahnya akak dapat hadiah! Jiha pun nak kahwin dengan orang Kelantan jugalah!"

Saya senyum je.. Tapi rasa teruja juga walaupun hadiah yang diberi kecil saja..

Hah, ni dia antara barang yang saya dapat...Tapi abaikan latar gambar ye..

[ Telekung..Tok Da bagi ke atau anaknya yang bagi..Lupa dah ]
[ 8 helai kain batik.. Untuk suami kain pelikat tapi  satu je ^_^ ]
[ Kain ela.. Tunggu lepas bersalin baru buat baju]
[ Ni saje nak interframe.. Kad raya dari member sekolah yang telah menjadi penulis novel, Noraz Ikha dan Dysha blogger doodle yang comel, kawaiidyshastudio. ]

Itu je coretan saya buat masa ini. Ada lagi yang saya nak kongsikan... Stay with me ya!

~ From bottom of my heart, thank you so much for the lovely present. Only Allah can bless them!

Friday, August 10, 2012

IKLAN BERNAS YANG SANGAT TOUCHING! - Hari Raya 2012 (The Journey)

Assalamualaikum w.b.t.

Malam tadi selepas solat Isyak, saya sempat melihat iklan raya baru yang sangat meruntun jiwa. Sebelum ni iklan Petronas yang mengambil tempat. Tapi bagus, BERNAS juga buat kelainan yang mampu membangkitkan kesedaran. Jom layan...



Moral

1. Hargai dan syukuri nikmat yang Allah beri pada kita. Sebab ada orang lain lagi teruk atau susah dari kita.
2. Ambil peduli jika nampak kanak-kanak yang berkeliaran. Mesti ada sebab kenapa mereka berkeadaan begitu.
3. Hargai ibu bapa yang masih ada kerana merekalah punca kita berada di dunia walau siapa pun mereka.
4. Jangan ambil kesempatan terhadap kesulitan dan kesusahan orang lain. Saya risau je ada yang nak buat jahat pada kanak-kanak yang jalan bersendirian..

~ Tak tahu nak berbuka apa hari ni.....