Sunday, April 5, 2009

Menyedikitkan Makan

Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada satu tempatpun yang diisi oleh anak Adam lebih buruk daripada perutnya, cukuplah baginya beberapa suap, untuk menguatkan tulang belakangnya supaya dapat tegak. Apabila ia tidak dapat menghindari, hendaklah sepertiga makanan sahaja, sepertiga lagi untuk minumannya dan spertiganya lagi untuk nafasnya."
(HR. Tarmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Rasulullah SAW telah memberitahukan kepada kita supaya membatasi makan. Sebab orang tidak akan dapat melindungkan dirinya dari kelemahan, kelumpuhan serta berbagai macam penyakit tanpa menyedikitakn makan. Membatasi makan dapat memberikan waktu istirehat bagi tubuh dan akal serta memelihara keduanya dari bahaya berbagai macam penyakit.

Di dalam Al-Quran juga dijelaskan supaya manusia itu berlaku sederhana, tidak melampaui batas dalam perkara makan dan minum. Sebagaimana firman Allah yang ertinya:

"Makan minumlah (tetapi) jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan."
(Al-A'raf:31)

Bagi mereka yang makan terlalu kenyang hingga melampaui batas akan menimbulkan berbagai macam gangguan, antara lain; tidak sanggup berfikir secara baik, lemah otaknya dan dapat menyebabkan mengantuk dan malas. Sebab barangsiapa yang banyak makan, banyak pula tidurnya, dan barangsiapa yang banyak tidurnya, banyaklah kebaikan yang lepas padanya. Seperti kata orang: "Orang telah mengelilingi dunia, sedangkan dia masih tidur dan mendengkur."

Kerana banyak tidur, banyaklah waktu terbuang, padahal waktu sangat berharga dalam kehidupan seseorang. Allah SWT berfirman yang ertinya:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran."
(Al-'Ashr:1-3)

Dalam perkara makan ini Lukman Al-Hakim memeberikan nasihat kepada anaknya: "Wahai anakku! Apabila perutmu penuh, tidurlah fikiranmu, hilanglah kebijaksanaanmu dan lemah longlailah seluruh anggota badanmu sehingga malas beribadah. Adapun orang-orang yang suka menyedikitkan makan dan minum, hatinya akan jernih, fikirannya terang, pandangannya tajam, syahwat nafsunya dapat dikalahkan, jiwanya dapat dituntun dan di bimbing."

Dari itu wahai kaum wanita, ketahuilah bahawa tujuan hidup seseorang yang beriman itu adalah mengabdikan diri kepada Allah, dan berusaha untuk tidak berlebih-lebihan dan keterlaluan atau bermewah-mewah dalam perkara makanan yang mungkin akan membawanya kepada berbagai ancaman kerosakkan dan kemudharatan.

Sumber: Dr. Kasmuri Selamat "111 Wasiat Rasulullah SAW untuk Wanita Solehah"

* Teringat saya pada seorang sahabat yang pernah memberitahu bahawa makciknya (keluarga berada) suka menganjurkan majlis makan-makan tetapi hanya untuk kaum keluarga sahaja dengan menu hidangan yang cukup banyak sehingga membazir dan dibuang begitu sahaja..dan makciknya mentertawakan sahabat saya ini apabila sahabat saya merasa sedih dengan makanan yang tidak habis itu dan dia cuba untuk menghabiskan baki makanan tersebut.. Makciknya beranggapan bahawa makanan yang lebih itu hanya untuk dibuang ke tong sampah sahaja..Sungguh menyedihkan tanggapan tersebut..Saya hanya mampu menasihati sahabat saya ini..( Semoga Allah memelihara makciknya agar tidak membazir)

Saya juga cukup tidak suka bila makanan tidak dihabiskan. Korang semua pernah buat macam tu tak? Sisa terakhir makanan di pinggan kita perlulah dihabis dan dilicinkan kerana itu sunnah Nabi Muhammad SAW. sehinggakan baginda menjilat jari.. Mudahkan? Lain kali makan ikut keperluan bukan ikut nafsu.. Sayang sangat tengok makanan tak habis.. Cuba bayangkan orang-orang miskin dan saudara kita yang tengah dalam konflik perang dan sebagainya tak dapat makan??? Insaf dan bersyukurlah..

For u..


AS I LIVE EACH DAY,
MAY I DO MY PART,
TO MAKE A DIFFERENCE AND TOUCH ONE HEART,
EACH DAY IT IS MY GOAL,
TO BRING SMILES & LAUGHTER
INTO A SOUL...

Saturday, April 4, 2009

That's NOT Hijab!




Datuk Seri Najib - PM Ke-6

YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bersalam dengan Najib selepas Seri Paduka mengurniakan Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, pagi semalam.
1- Bebaskan 13 tahanan ISA
2- Kaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri
3- Tarik balik larangan Harakah, Suara Keadilan
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri semalam, memulakan pentadbirannya dengan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta membuat kajian semula terhadap akta itu.

Dalam perutusan sulungnya sebagai Perdana Menteri yang disiarkan menerusi TV1 malam tadi, Najib turut mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, pembebasan tahanan ISA dan penarikan larangan penerbitan akhbar parti pembangkang yang digantung permitnya bulan lalu itu bagi mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berkuasa.

Tiga belas tahanan ISA yang dibebaskan itu ialah tujuh anggota Darul Islam Sabah iaitu Pakana Selama, A Artas A Burhanuddin, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Mohd Arasad Patangari, Idris Lanama dan Binsali Omar. Turut dibebaskan dua pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), iaitu R Kenghadharan dan V Ganabatirau. Seorang lagi ialah anggota Jemaah Islamiah (JI), Wan Amin Wan Hamat.

Tiga lagi yang dibebaskan ialah warga asing yang ditahan atas kesalahan memalsukan dokumen keselamatan, Sundaraj Vijay dari India dan dua rakyat Myanmar, Amir Hussain serta San Khaing.

Dalam perutusannya, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya akan membawa pembaharuan bagi menempa satu zaman baru demi menjelmakan kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.

"Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tiada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional."

"Kita juga akan merapatkan hubungan rakyat dan kerajaan bagi mengelak masyarakat dikelirukan atau diperdaya oleh permainan muslihat politik," katanya.

Sambil mengajak seluruh rakyat untuk bersama melaksanakan transformasi besar berteraskan semangat 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' Najib berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat bagi membela nasib rakyat.

"Dalam situasi penuh mencabar ini, saya komited untuk memastikan kepemimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia."

"Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia," katanya.

Perdana Menteri mahu mengambil manfaat dari kejayaan kini dan iktibar dengan pengajaran masa lalu berhasrat meneruskan agenda besar kerajaan membasmi kemiskinan, menstruktur semula masyarakat, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, serta meniupkan semangat generasi baru untuk berkhidmat kepada negara.

Najib berkata, dalam waktu terdekat ini, beliau akan bertukar pendapat dengan pelbagai lapisan pemimpin masyarakat dari seluruh negara dalam menentukan keutamaan kerajaan.

Katanya, beliau akan mengambil inspirasi daripada dorongan Allahyarham bapanya untuk melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya serta mengajak seluruh rakyat Malaysia memulakan satu langkah perjalanan hebat untuk negara.

Sumber: Berita Harian

* Apakah yang akan berlaku kepada politik dan kepimpinan Malaysia selepas ini? Adakah sekadar untuk menarik undi di pilihan raya kecil bagi 3 kawasan; Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air atau terdapat misi lain? Mampukah korupsi ditangani, ekonomi dipulihkan dan pengangguran dikurangkan?

Think about that...

Friday, April 3, 2009

10 Jenis Orang Islam yang Kejam

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah":
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin yang lain.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
*Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu> ayat..."

Introduction to Islam

The literal meaning of Islam is peace; surrender of one’s will i.e. losing oneself for the sake of God and surrendering one’s own pleasure for the pleasure of God. The message of Islam was revealed to the Holy Prophet Muhammad (peace and blessings on him) 1, 400 years ago. It was revealed through angel Gabriel (on whom be peace) and was thus preserved in the Holy Quran. The Holy Quran carries a Divine guarantee of safeguard from interpolation and it claims that it combines the best features of the earlier scriptures.

The prime message of Islam is the Unity of God, that the Creator of the world is One and He alone is worthy of worship and that Muhammad (peace and blessings on him) is His Messenger and Servant. The follower of this belief is thus a Muslim - a Muslim’s other beliefs are: God’s angels, previously revealed Books of God, all the prophets, from Adam to Jesus (peace be on them both), the Day of Judgement and indeed the Decree of God. A Muslim has five main duties to perform, namely; bearing witness to the Unity of God and Muhammad (peace and blessings on him) as His Messenger, observing the prescribed prayer, payment of Zakat, keeping the fasts of Ramadhan and performing the pilgrimage to Mecca.

Islam believes that each person is born pure. The Holy Quran tells us that God has given human beings a choice between good and evil and to seek God’s pleasure through faith, prayer and charity. Islam believes that God created mankind in His image and by imbuing the attributes of God on a human level mankind can attain His nearness. Islam’s main message is to worship God and to treat all God’s creation with kindness and compassion. Rights of parents in old age, orphans and the needy are clearly stated. Women’s rights were safeguarded 1,400 years ago when the rest of the world was in total darkness about emancipation. Islamic teachings encompass every imaginable situation and its rules and principles are truly universal and have stood the test of time.

In Islam virtue does not connote forsaking the bounties of nature that are lawful. On the contrary one is encouraged to lead a healthy, active life with the qualities of kindness, chastity, honesty, mercy, courage patience and politeness. In short, Islam has a perfect and complete code for the guidance of individuals and communities alike. As the entire message of Islam is derived from the Holy Quran and indeed the Sunnah and Hadith (the traditions and practices of the Holy Prophet, peace and blessings on him) it is immutable in the face of change in time and place. It may appear rigid to the casual eye, in actual fact it is most certainly an adaptable way of life regardless of human changes.

Islam teaches that the path to spiritual development is open to all. Any individual who searches the One Creator can seek nearness to God through sincere and earnest worship; it is central to establishing a relationship with the Almighty. This positive message for humanity fills hearts with hope and courage.

At present there are more 1.5 billion Muslims worldwide and they form the majority in more than 50 countries of the world. Today Islam is the fastest growing faith in the world - its beautiful message is reaching millions in the far corner of the earth.

Pesanan Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang 2 '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali: ' Apa yang paling berat didunia ? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Marilah kita bermuhasabah diri bersama-sama.. Amalkannya..