Friday, June 26, 2009

~ Pesanan ~


# BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya."

# Antara pesanan Sheikh Ahmad Yaseen kepada REMAJA MUSLIM..
  • a) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjamaah, sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan al quran dan mencontohi Rasulullah saw
  • b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak untuk solat tepat pada waktunya ..
  • c) Aku amat berharap kalian semua tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat serta cinta kepada manusia dan dunia. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
  • d) Wahai puteriku, aku mahu kalian berjanji kepada Allah akan mengenakan hijab secara betul dan jujur, serta mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Haram bagi kalian melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian
# "Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara." Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain" "Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya." "Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya."

# Ku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri. Kuminta kupu2, diberi ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa, namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu2 yang cantik... Itulah jalan TUHAN, indah pada masanya!!! TUHAN tidak akan memberi apa yang kita harapkan, tetapi Dia akan memberi apa yang kita perlukan... Kadang2 kita sedih, kecewa dan terluka, tetapi jauh di atas segalanya DIA mengatur yang TERBAIK dalam kehidupan kita!!! Ingat TUHAN sentiasa mengingati dan memerhatikan kita... Tapi sebaliknya..adakah kita sentiasa mengingatinya???

# Selangkah ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan. Biarlah menangis, terluka, kecewa ditinggalkan kerana Allah daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kita tak sanggup selamanya terluka, tapi ingatlah! Setiap titisan darah dari luka dan airmata, itulah mahar kita ke syurga. Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit? Jawabnya kerana syurga itu manis. Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan di jalanNya.

# "Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."

# "Kasihanilah musuhmu, berbuat baiklah pada yang membencimu, mintalah berkat bagi orang yang mengutukmu, berdoalah untuk orang yang mencacimu."

Tuesday, June 23, 2009

.:: SAHAM AKHIRAT ::.


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :


" Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?"


Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzu’ kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzu’ Al-Quran.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.


Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka mereka berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.


Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walamyakullahu kufuwanahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


P/S: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW:


'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.


Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:


1) Sedekah/amal jariahnya


2) Doa anak-anaknya yang soleh


3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

###############################


~Selamat Datang Bulan Rejab ~

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” (Hadith)

Monday, June 22, 2009

~ Recipes For Enrichment ~


"Strive hard for success and peace, may your happiness increase!"



THE BEST IN YOU
Radiate the Warmth in you.
Develop the Courage in you.
Show the Kindness in you.
Practice the Charity in you.
Cultive the Faith in you.
Realize the Potential in you.
Share the Happiness in you.
Give the Love in you.




MOTIVATING MYSELF

Set definite and reasonable Goals

Practice Patience and Discipline

Develop a Positive Attitude

Build Confidence in myself

Show Preseverance

Take care of my Health

Choose my Friends with Care

Solve my personal Problems

Carry out my Action Plans

Try to perform My very Best

.:: Awards ::.


Award telah pun diletakkan,
Tiada kata dapat diluahkan,
Tiada balasan dapat diberikan,
Hanya persahabatan mampu dieratkan


Award~zahora (so sweet ^_^)



Award~Frodo (jadi follwer dia)



Award~whitelover (bertuah??)





Award~seloka melayu a.k.a along a.k.a yusoff (maaf baru b'kesempatan tuk letak)

~Thanks kepada pemberi award di atas~

Sunday, June 21, 2009

.:: Happy Father's Day to ABAH::.

~Assalamualaikum wbt~



I'm Happy You're My Dad


I feel safe when you are with me;
You show me fun things to do;
You make my life much better;
The best father I know is You;
I'm happy you're my Dad;
And so I want to say;
I love you, Dad, and wish You;
A Happy Father's Day!


~Anyone can be a father, but it takes someone special to be a DADDY! HAPPY FATHER'S DAY to all the Daddys in the world!! Thanks ABAH. You are My Hero ^_^ ~

Thursday, June 18, 2009

~~ Lord ~~



O Lord,
If tomorrow on Judgment Day
You send me to Hell,
I will tell such a secret
That Hell will race from me
Until it is a thousand years away.
O Lord,
Whatever share of this world
You could give to me,
Give it to Your enemies;
Whatever share of the next world
You want to give to me,
Give it to Your friends.
You are enough for me.



O Lord,
If I worship You
From fear of Hell,
burn me in Hell.
O Lord,
If I worship You
From hope of Paradise,
bar me from its gates.
But if I worship You for Yourself alone
Then grace me forever the splendor of Your Face.
(Rabi'a al-Adawiyya)

Tuesday, June 16, 2009

~ Cinta Sejati ~


Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.


Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
MORAL DAN IKTIBAR
  • Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
  • Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
  • Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
  • Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
  • Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
  • Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat
  • Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
  • Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah
  • Selalulah berselawat ke atas nabi tanda kita menyintainya ^_^