Friday, February 5, 2010

ISLAM PERLU BANGKIT!!!


Salam semua…

Saya telah menerima email dari seorang sahabat dan saya rasa tak salah untuk saya kongsikan bersama sahabat-sahabat blogger saya di sini..Selepas membaca, doa saya, kita semua perlu bangkit untuk memperbaiki keadaan di mana Islam semakin ditentang dari segenap penjuru walau dengan apa cara sekalipun dan kita yang bertanggungjawab mempertahankan agama kita ini..Mantapkan iman dan aqidah kita. Tambah ilmu sebanyak mungkin agar kita tidak dipandang rendah oleh bangsa lain..

**********************************************************

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak
Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian.. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah... Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. . .

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam.. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam..

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang.. . Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan.. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..

Thursday, February 4, 2010

.:: LOOK INTO MY EYES ::.

Jom layan lagu yang saya baru je masukkan ni..Renungkan isi lirik tersebut..Bersyukurlah dengan apa yang kita ada di bumi Malaysia yang tercinta ini..



Look Into My Eyes
Artist(Band):Outlandish

Look into my eyes
Tell me what ya see
U don't see a damn thing
Cuz u can't relate to me

U blinded by our differences
My life makes no sense to u
I'm the persecuted one
U the red, white and blue

Each day u wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thankin' God He let me rise

Ya worry 'bout your education
And the bills u have to pay
I worry 'bout my vulnerable life
And if I'll survive another day

Ya biggest fear is getting a ticket
As ya cruise your Cadillac
My fear is that the tank that's just left
Will turn around and come back

Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

See I've known terror for quite some times
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the check point on my way to school

Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother

The bulldozers and the tanks
The gasses and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds

You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land
And I'm the terrorist

Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

American do ya realize
That the taxes that u pay
Feed the forces that traumatize
My every living day

So if I won't be here tomorrow
It's written in my fate
May the future bring a brighter day
The end of our wait

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Wednesday, February 3, 2010

~ FISIOTERAPI ~

Salam semua...

Sebelum saya cerita lebih lanjut, saya berharap dan berdoa midterm test saya pada hari ini dapat dijalankan dengan baik..Ameen. Bukan tak pernah menghadapi test dalam hidup, tapi kali ini ianya berbeza dari tahun-tahun sebelumnya di mana tahap pendidikan saya telah berbeza. Jadi cabarannya lain dan suasana pun lain..Gerun sebenarnya dengan lecterur marketing ni..huhu..Moga semuanya menjadi mudah..
Click Me~

~Marketing Management (MGMM 1303*)- 9.00 A.M

~Reseearch Methodology in Business (MGMR 1303*)- 6.00 P.M

Memandang saya tinggal di asrama, dengan tak ada kenderaan bagi memudahkan pergerakkan, segalanya menjadi terbatas tapi syukurlah sekurang-kurangnya saya masih mempunyai kawan yang baik hati yang sentiasa faham tahap kebosanan yang saya hadapi. 24 jam tengok buku pun, otak boleh panas. Mana tahan maa..Dah lah saya duduk sorang-sorang dalam bilik yang agak besar ni sebab roommate saya kurang sihat dan kebetulan rumah dia dekat aje. Boleh lah berulang-alik untuk ke kuliah..


Click Me~
Buat pertama kalinya untuk tahun ini, Allah beri keizinan kepada saya untuk menemankan kakak angkat kesayangan saya, Kak Farahwaheda melakukan fisioterapi di HUKM semalam. Walaupun satu tempat pengajian, tapi masa untuk bertemu seperti dahulu agak terbatas memandangkan kami berlainan bidang pengajian. Kakak angkat saya ni bakal Peguam Syarie. Insya Allah.. Sekarang dia berada di semester akhir. Dia dapat juga tawaran master macam saya, tapi dia tak nak sambung. "Tak apa kak,1st think 1st. Habiskan perundangan akak ni dulu. Ada rezeki boleh sambung macam saya =)"

Kerana apa saya mengatakan pertama kali untuk tahun ini, sebabnya dah lama saya tak menunggu komuter untuk pergi ke destinasi yang diinginkan bersama dengan kawan saya. Kak Farah ni asyik perli je, "Ialah, orang tu ummi amik je. Ummi tak bagi keluar-keluar ni."..huhu..Nak buat macam mana, tak ada keperluan, lagipun saya banyak berjalan dengan ummi saya berbanding dengan kawan saya. Saya cukup teruja bila Kak Farah sudi bawa saya jalan-jalan untuk lihat suasana hospital dan firma guaman tempat dia praktikal nanti (mungkin tak menarik, tapi bagi saya tetap menarik sebab ilmu baru saya perolehi). Awal-awal lagi saya dah menyatakan persetujuan sebab maybe lepas ni kami dah tak dapat berjumpa dah. Kak Farah nak praktikal dekat KL, firma guaman Nor Aziah Diana & Co.

Dengan skuter merah (model lama) yang sangat cumel bagi saya, menelusurlah kami pergi ke komuter Bangi. Rasa canggung juga sebab lama sangat tak ronda-ronda dengan Kak Farah. Kak Farah nak pergi amik surat pengesahan dia praktikal dekat firm tu dulu sebelum pergi fisio sebab temujanji dia dekat HUKM 3.00 petang. Ketika itu jam baru pukul 10.00 pagi (awal lagi ni.tapi naik komuter ni bukan boleh jangka.kadang cepat dan lambat).

Setibanya kami di destinasi pertama (firma guaman), urusan yang Kak Farah nak buat semuanya telah disiapkan terlebih dahulu oleh kerani terbabit..Jadi kami tak lama di sana, sempat juga kami membeli sedikit keperluan santapan seharian kami dan mengisi perut kami dengan rezeki Allah berikan. Syukur...

Setelah urusan dibereskan, kami terus menaiki bas untuk pergi ke HUKM. Rupa-rupanya, Kak Farah ada kakak yang berkerja di sini sebagai nurse. Tu dia, orang utara katakan, so, slang utara sudah keluar! Seronok tengak pasangan adik beradik ni berbual. Bukan apa, saya ni anak Selangor, tapi abah saya berketurunan Jawa dan ummi saya, anak jati Kulim, Kedah. Jadi serba sedikit bahasa ni menjadi unik dalam keluarga kami. Saya tak janggal lah!

Sempat juga saya dan Kak Farah berehat dan menunaikan solat Zohor di tingkat satu, HUKM. Ketika itu, saya lihat ramai pemudi memakai baju putih bersih! Pemandangan yang sangat menarik. Sempat berbual dengan salah seorang dari mereka, ahli farmasi rupanya. Lepasan UIAM. Kebanyakkan baru lepas grade dan sedang melakukan praktikal di sini. Sebenarnya, saya tersilap amik sarung kaki dia..huhu..sowi2..Jadi untuk tak melepskan peluang, berborak sekejap. Ukhuwah perlu dilanjutkan lagi-lagi dengan sesama saudara seIslam. Tapi dia tak punya waktu yang lebih. Hanya setakat itu saja kami berbual.

(sekadar gambar hiasan)

Tempat fisioterapi ni di bahagian basement HUKM. Duduklah saya menemani Kak Farah menunggu gilirannya. Baru sekarang saya tahu apa ertinya menjaga kesihatan. Mungkin kita tak amik peduli dengan keperluan jasmani dan rohani diri kita. Tapi, jangan tak tahu pula, sebenarnya keperluan menjaga kesihatan berada di tempat kedua yang perlu kita titik-beratkan (berdasarkan Maslow's hierarchy of needs). Walaupun tak banyak yang saya lihat (bukan dibahagian ICU atau kes kronik), tapi ia serba sedikit membuatkan saya insaf. Sebenarnya Kak Farah pernah jatuh ketika dia di tingkatan 3 dan sekali lagi di awal  usia 20an. Tulang belakang dia sakit. Allah..saya tak tahu nak gambarkan macam mana tapi perit tu. Ada yang boleh lumpuh sebab tulang belakang adalah tulang utama yang menyokong tubuh kita. Tapi yang saya lihat di sini, Kak Farah seorang yang tabah dan cekal. Walaupun anak bongsu tapi dia jenis berdikari. Semuanya dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Click Me~
SAYANG SANGAT SAYA DENGAN KAK FARAH!! Sangat best sebab dia layan saya macam adik walaupun kami beza setahun aje. Saya ni tak ada kakak, lagi lah naik minyak!! Mahabbah Illallah..

Setibanya giliran Kak Farah, saya tak menemaninya sampai ke dalam. Sekadar tunggu di luar sahaja. Alhamdulillah, saya sangat bijak sebab sempat munggunakan masa yang ada dengan membuat sedikit revision. Tapi sempat juga mata melilau melihat gelagak orang yang keluar masuk dan sedang menunggu keluarga mereka. Rata-rata yang berada di fisioterapi ini adalah orang yang berumur. Mungkin mereka terkena strok. Ada juga yang cacat anggota sejak lahir , terlibat dengan kemalangan dan lemah tubuh badan. Paling menarik perhatian saya dan buat diri ini insaf sangat-sangat, seorang kanak-kanak lelaki Cina yang sedang berlatih (barangkali tanpa mengharapkan bantuan ibunya) berjalan perlahan-lahan tanpa sokongan. Dia mengalami kecacatan kaki (saya tak arif tentang istilah yang digunakan). Huhuhu..sedih sangat..Teringat pada Cikgu Tan Kiam Cheng (arap2 betul ejaan namanya) yang mengajar saya makroekonomi ketika di tingkatan 6 dulu dan sahabat saya, Haris. Mereka sangat tabah dan sangat berjaya...

Tepat pukul 4.15, sesi fisio yang dilakukan oleh Kak Farah tamat. Kami sempat mengambil cenderahati dari bahagian farmasi yang disediakan untuk makluman orang awam. Kak Anas, kakak kepada Kak Farah telah menghantar kami ke stesyen komuter Salak Selatan. Itu saja cerita dari saya..

~ Sesungguhnya, bagi mereka yang cukup sifatnya termasuklah saya, hargai diri anda semahunya..Kesihatan tiada tolak gantinya jika kita tidak menjaganya dengan baik..Kita sepatutnya bersyukur dan wajib berusaha keras dengan lebih baik lagi supaya kita menjadi orang yang berjaya. Jadikan diri kita contoh terbaik dan jangan memandang rendah pada mereka yang kurang bernasib baik..Ingat! Hari tak selalu indah...

* Kod 1303 ni jika diterjemah, adalah tarikh lahir saya ^___^

Tuesday, February 2, 2010

~ LELAKI SOLEH ~



“Apakah doa kamu?”


“Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat”


Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan ‘lelaki soleh’ mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.


Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud.


“Apalah suamiku ini?” rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.


Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!




Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - ‘berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari’. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.


Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai ‘rumah keduanya’. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.


Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??


Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.


Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?


Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s. a. w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.



KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS:


1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.


2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.


3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.


4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.


5. Ikhlas dalam beramal.


6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.


7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.


8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.


9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.


10. Solat malam menjadi kebiasaannya.


11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt


12. Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit.


13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.


14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.


15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.


16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.


17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


~ Wahai gadis-gadis dan para isteri di luar sana, renung-renungkanlah apakah benar bagai di kata??

~ Ni untuk lelaki yang soleh je ae..Lelaki yang menjadikan Allah sebagai cinta teragungnya. Buat lelaki yang tak memenuhi kretiria lelaki soleh, anda perlulah berusaha untuk mendapatkannya..

~ Apa-apa pun, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang tidak baik juga untuk perempuan yang tidak baik. Jika anda tidak mendapat pasangan seperti yang diidamkan, redhalah dengan ketentuan Ilahi, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Jagalah pasngan anda sebaik mungkin.

~ Jika anda seorang lelaki, didiklah para isteri sebaiknya jika anda menginginkan dia memberikan yang terbaik untuk anda.

Sunday, January 31, 2010

~ CERITA DARI HATI ~


Karya: Nurul Nazwa
Sinopsis novel: 

Aisya Humaira, seorang gadis remaja yang membesar dengan suasana zaman moden yang menuntut manusia berubah bersamanya. Namun dengan secebis kesedaran yang terdetik dalam kelopak iman, Aisya Humaira membesar dengan mempertahankan agama dalam dirinya biarpun hidup di zaman penuh arus globalisasi. Berpegang pada prinsip La illah haillallah, Aisya Humaira tabah melalui dugaan yang menimpa perjalanan hidupnya.

Hinggalah satu ketika Aisya Humaira sendiri di uji Allah. Aisya Humaira terpaksa membuat pilihan antara cinta manusia dan cinta Allah, antara cinta dan cita-cita. Aisya Humaira sukar membuat pilihan. Semakin dia istikharah, semakin dia kabur dengan jawapan-Nya. Semakin dia mengharap, dia rasa semakin disisihkan dari oleh-Nya. Sehingga dia merasakan ujian Allah padanya telah melemahkan prinsip yang dipegangnya selama ini.

******************************************************

Saat tetamu sepi mengetuk hati,

Ada satu kekosongan dirasai,

Jiwa kontang mulai menagih kasih simpati,

Pada insan yang menjual harga diri,

Demi mendamba cinta palsu yang hakiki,

Jauh dari kasih-Nya yang abadi.

Wahai jiwa yang kontang,

Inilah iman yang gersang..

Membuat hati sentiasa walang,

Merindui tuhan memberikan petunjuk,

Agar nafsu dalam sentiasa tunduk,

Pada Allah ku cuba sentiasa tawadhuk,

Agar cinta yang didambakan beralih bentuk,

Dalam hati subur mewangi,

Kasihnya Allah tiada bertepi,

Inilah cinta yang kucari selama ini,

Doa harapan ku ukir setiap hari,

Agar berkekalan cinta dihati..

****************************************************

Demi ukhuwah....demi agama...demi Islam...segaa rintangan sanggup dilalui....

Cinta Allah yang dipegangnya selama ini telah membawanya kepada cinta manusia yang turut mencintai diri-Nya

~ Jangan ketinggalan untuk memilikinya..Banyak ayat al-Quran sebagai peringatan dalam novel ni...

Friday, January 29, 2010

❤ LOVE COME SLOWLY...

Menarik kan tajuk entri kali nie..Tapi aku bukan cakap pasal movie yang disiarkan dalam hallmark tu tau..Tajuk je sama..Erm, kalau diterjemah dalam Bahasa Melayu, “CINTA DATANG PERLAHAN-LAHAN”. Aku sudah jatuh chenta??hehehe..Tapi pada siapa?? Korang dapat teka ke isi hatiku ini? Yup!! Memang aku telah jatuh chenta..Aku mula sukakanya..

Biar aku mulakan dengan perihal diriku dahulu. Memandangkan aku dibesarkan dalam keluarga yang besar dan ramai lelaki, sikap ku ini banyak dipengaruhi ciri-ciri kelelakian ketika kecil..opps, jangan fikir lain ye. Hanya sikapku sahaja yang seperti budak lelaki. Kawan dengan lelaki dan perangai macam lelaki. Rambut aku ni kontot je sejak kecil. Tapi permainan budak-budak perempuan, aku bantai main juga!

Tapi semakin meningkat remaja, aku sedar yang aku tak boleh selamanya berperangai seperti lelaki dan macam-macam lagi. So, seiring itu juga aku mula berubah lebih lembut sikit (boleh caya ke??woha..not totally k). Walauapapun, aku tetap aku...


Dulu, aku selalu mengatakan yang memasak ini hanya untuk budak perempuan sahaja (tak sedar diri tu ke cik Marjan??awak perempuan kan??aipp..dulu kecik apa tau..hahaha). Tapi sebagai anak sulung yang baik hati, aku tetap ke dapur juga bantu mana yang mampu ketika itu. Tak silap aku, ketika darjah 4, jari manis dan jari hantu aku ni pernah masuk minyak panas ketika membuat jemput-jemput. Leka berangan ke apa ntah!! Aku memang rajin tolong ummi kat dapur walau mulut ni bebel kata memasak hanya untuk budak perempuan. Lawak kan??hahaha

Aku memang allergic betul bila sentuh bab memasak ni. Tak tau sebab apa tapi aku boleh memasak dengan baik tau. Start masak lauk special masa form 2 ketika bulan puasa. Time tu, ummi jaga periksa, so, untuk ringankan beban ummi, aku memasak..Ummi aku tak ajar pun, tapi aku tengok buku resepi yang ummi beli dan sejak itu, aku boleh masak hidangan yang menyelerakan..hahaha..Tapi still tabiat pelik dengan membebel benci memasak dan memasak untuk perempuan..Adoi..parah-parah..

Sebenarnya, aku pun still benci kasut tumit tinggi, make up dan handbag yang banyak digayakan oleh kaum hawa..Kawan-kawan pernah tegur, “Ada, kau kan perempuan juga, satu hari nanti, kau mesti pakai dan guna macam tu juga”, “cubalah sopan macam si polan ni, ayu je dengan lemah lembut cam tu”, “Ada, kenapa tak pakai beg tangan?”, “Ada, kenapa pakai beg sekolah ni, sandal je..bla bla bla”..

Woi..busan la dengar ayat korang ni. Tak de ayat lagi mencabar ke? Cuba la kata “Wah, smart la kau dengan selebet ni” atau “Ada, ko nampak macho la tanpa palitan tiruan ni. Baru rock!!” Ada ke yang nak cakap cam tu kat aku?? Tapi kan seingat aku, sorang kawan aku ni pernah kata “Hah, macam nilah Adawiah yang aku kenal..Ko sama cam dulu lagi..Kekalkan sifat muslimah tu..”..Orang ni tak hentam pun aku dengan hal pelik-pelik yang buat aku sakit telinga..Aku cuma tak pakai handbag, tak makeup, tak macam girlish lah katakan, pun kena marah ke???? Salah ae? Aku tak kutuk orang pun. Aku suka gak kaum hawa yang pandai berdandan ni tapi biarlah dandan untuk yag sah. Itu lagi aku tabik spring la kat korang.


OK, berbalik pada LOVE COME SLOWLY, korang dapat teka apa yang buat aku jatuh chenta? (jatuh cinta lagi…lagi2 ku jatuh cinta..ikut nyanyi cam Matta Band ae). Dapat teka tak?? Yahoo..Aku suka memasak!! Sangat best memasak ni..Walaupun mulut bising ketika kecil dulu tapi semulajadi aku ni dah ada bakat memasak tu cuma ada lagi yang aku tak korek dalam diri aku ni..Aku memang dah jatuh hati la dengan masak lemak daging salai, spaghetti bolognese, char kueh tiaw dll..

Aku pun suka makan dan menikmati makanan dengan tekunnya. Kadang boleh tahu bahan apa yang diletakkan. Aku tak cerewet bab makan ni. Makan asalkan halal dan rezeki aku pada hari itu. Makan juga adalah untuk menyambung kelansungan hidup ae..bukan tujuan hidup untuk makan sahaja..Banyak lagi aku nak fikir tau..

Aku cadang nak belajar masak sebenarnya untuk menajamkan skill aku ni dan nak makan banyak-banyak...hahaha. Memasak secara professional ni boleh mendatangkan keuntungan.. Aku nak masak sendiri bila kenduri aku tiba nanti..Best kan?? Aku jeles betul bila dengan Kak Faezah, masak lauk mewah, namanya masak kapitan (tak silap aku lah..) untuk kenduri kahwin dia dulu. Sebelum kahwin, hubby dia hantar pergi kursus masakan selama 6 bulan tau..sponsor lagi..Aku sangat jeles maaaa…Ada tak laki yang nak sponsor duit dia suruh aku belajar masak dan dalami ilmu masakan??

Memang aku belajar bab-bab business ni, so, itu pasal aku nak ceburi bidang masakan sebab kalau ekonomi meleset sekalipun, bidang makanan ni, tak pernah kering la. Ada je orang yang nak makan kan?? Tapi wajib kreatif, efficient dan effective la bila buat business makanan ni..Setuju?? Dan paling penting halal dan kerja sendiri ae..Tak mau makan gaji..Tapi apa-apa pun aku kena study MBA sampai habis..Berangan boleh tapi aku mesti ada visi untuk mencapai impian aku tu..Semoga ianya termakbul..ameen

~ Aku suka lelaki pandai masak sebab aku nak dia sama-sama tolong aku memasak dan menjana pendapatan dengan hasil sendiri. Dia juga mesti rajin. Sweet je masak ngan suami sendiri..(oohh..aku berangan lagi..)

Thursday, January 28, 2010

JAMUAN MAKAN TOK GURU

(gambar hiasan)

SEORANG Tok Guru telah dijemput ke suatu majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana, Tok Guru itu pun pergi ke majlis tersebut.


Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak dirai atau dijemput untuk makan. Tuan rumah lebih mengutamakan orang kenamaan; orang kaya, orang berpangkat dan ternama mendapat keutamaan. Tok Guru dipinggirkan.


Menyedari sikap “pilih bulu” tuan rumah, Tok Guru pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaiannya. Kali ini beliau memakai pakaian yang mahal dan gemerlapan.


Kemudian dengan segera beliau pergi semula ke majlis tersebut. Kali ini dia disambut dengan mesra dan dijemput dengan hormat menjamu selera makanan yang lazat-lazat oleh tuan rumah.


Tiba-tiba Tok Guru menuangkan lauk-lauk dan makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah ke atas bajunya, seluar dan seluruh pakaian yang mahal-mahal itu.


“Mengapa?” Tanya orang ramai.


Tok Guru menjawab, “Tuan rumah hendak menjamu pakaianku, bukan diriku!”


PENGAJARAN: Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita. Inilah yang dikatakan harga diri. Dan inilah syarat utama untuk Berjaya dalam hidup.


Jadi, jangan risau kalau kita tidak dihargai, tetapi risaulah kalau benar-benar diri kita sudah tidak berharga. Harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita pakai atau miliki, tetapi pada ilmu, akhlak dan takwa yang ada di dalam diri.


~ Suka saya berkata, saya hormatkan semua pandangan yang ada..apatah lagi pandangan yang membina..Tapi saya tetap sayangkan diri saya kerana kita yang diamanahkan untuk menjaga dan menyayangi diri kita sendiri..saya tak kesah tentang pandangan orang terhadap saya, tapi saya tetap ambil nasihat yang diberi untuk memperbaiki diri..Cuma nilailah orang secara jujur..kenali dirinya dahulu sebelum sesedap rasa nak pandang serong dan anggap diri tu baik dan sempurna..


~ “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta-hata kamu tapi Allah melihat hati dan perbuatanmu.” (H.R. Muslim).