Tuesday, June 15, 2010

PERSEPSI NEGATIF MEMBURU KEJAYAAN

 

Kita tak boleh meransang diri kita menjadi orang berjaya jika di minda kita sendiri selalu berpersepsi negatif. Persepsi negatif adalah sangkaan-sangkaan buruk yang cepat timbul. Ia adalah gambaran buruk yang cepat timbul di layar minda.

Persepsi adalah respon kita tatkala mendengar sesuatu, terlihat sesuatu atau terbaca sesuatu perkataan. Bila persepsi kita negatif, kita susah nak jadi orang berjaya sebab persepsi negatif tu akan membuahkan tanggapan negatif.

Tanggapan negatif membuahkan tindakan negatif, bukan tindakan positif. Akibatnya kita tidak dapat mencapai apa-apa kecemerlangan, tapi asyik terceruk di dalam kenegatifan sebab tindakan kita semuanya negatif.

Orang berfikiran negatif tak akan dapat mencapai apa-apa. Orang berfikiran positif akan dapat mencapai apa-apa pencapaian yang dimahukan olehnya. Di mana ada kemahuan membara, di situ ada lebuh raya, bukan sekadar sebatang jalan raya.

Sumber: iMotivasi

~ Saya juga tak terkecuali berfikiran demikian sampaikan si dia kata “Selalu sangat fikir negatif tapi boleh buat punya. Orang hebat mesti boleh buat. Saya yakin.”
Tapi memang betul. Boleh buat sebab saya jenis bukan mudah mengaku kalah!! Anda juga boleh

Monday, June 14, 2010

PERCUTIAN YANG PANJANG...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan segala nikmat yang diberi kepada kami sekeluarga. Untuk makluman para sahabat blogger dan pengunjung setia blog ini, saya telah kembali berblogging semula. Seminggu juga saya tidak bersiaran untuk berkongsi bersama anda semua.

Rindu sangat tapi apakan daya kerana laptop kesayangan saya terpaksa dihantar sekali lagi ke pusat kesihatan dan diberi rawatan selama seminggu. Tapi hari ini, saya telah dapatkannya kembali. Syukur hanya tukar motherboard sahaja. Ibarat patah tulang pula.

Sebenarnya banyak cerita menarik yang ingin saya kongsikan bersama anda semua. Tambahan pula cuti seminggu pertengahan semester saya bersamaan dengan cuti sekolah. Jadi sudah pasti cuti saya kali ini diisi dengan sesuatu yang istimewa pula.

Sempat juga saya mempromosikan kain cotton yang tengah hot sekarang ni kepada seseorang yang amat rapat dalam hidup saya. Terima kasih sebab beli. Sempat cari duit poket lagi. Hehehe. Cuma agak pening bila tengok kain cotton yang beraneka jenis apatah lagi saya kurang menggemari jenis kain ini. Zaman kanak-kanak dulu mungkin ok lagi bila nak dipakai cuma dah dewasa ini saya sukakan sesuatu yang berlainan. Namun, saya tahu ramai penggemar kain cotton diluar sana yang selesa memakainya apatah lagi sesuai dengan cuaca negara kita di sini.

Kemuncak kegembiraan saya ketika cuti baru-baru ini adalah bercuti bersama keluarga di Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang. Hohohoho... 4hari 3malam tu.. Tujuan utama bercuti di sana adalah untuk mengikuti muktamar tahunan PAS kali ke 56 di Putik, Kelantan. Tapi tiada ahli keluarga saya menjadi perwakilan di dalam muktamar tersebut. Hanya sekadar mendengar, memerhati dan bercuti sahaja.

InsyaAllah, ada masa, saya akan ceritakan selanjutnya mengenai percutian saya di Kelantan. Tapi saya bukan jenis insan yang suka mengambil gambar, jadi agak kurang gambar yang bakal di edit nanti... Huhuhu...

~ Takziah buat keluarga Ustaz Hassan Shukri kerana pemergiaannya ke rahmatullah pada petang tadi. Al-Fatehah. Lagi berita mengenainya di sini.

Tuesday, June 8, 2010

MENCARI ORANG SAKTI

"Saya mencari sakti," kata seorang pemuda kepada orang tua yang ditemuinya.

"Siapakah yang anda cari?"

"Orang sakti yang dapat menyembuhkan segala penyakit. Saya dengar dia tinggal di tempat ini. Saya sedang sakit kronik. Doktor memberitahu saya hanya menunggu bulan untuk mati."

"Tidak ada yang boleh menyembuhkan penyakitmu kecuali Allah. Mintalah doa kepada-Nya."

"Hanya orang sakti itu yang didengar doanya oleh Allah," kata pesakit yang datang dari jauh itu.

Orang tua itu dengan cepat menjawab, "Tidak ada orang sakti di sini. Sebaiknya kamu pulang. Allah akan menyembuhkan kamu. Bukan orang sakti itu."

Maka pesakit itu pulang dengan sati keyakinan baru - Allah akan menyembuhkannya. Sejak hari itu, penyakitnya semakin sembuh dan hidup berpuluh-puluh tahun kemudiannya. Sehingga dia mati dia tidak mengetahui bahawa orang tua yang ditemuinya itulah "orang sakti" yang dicarinya itu.

Pengajaran:

Orang yang akrab dengan Allah lebih mementingkan kebaikan daripada gelaran, nama dan sanjungan. Mereka merasa bahagia menabur kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain. Tidak takbur, riya' dan sum'ah.

~ Walauapapun, keyakinan kita kepada Allah itu yang penting dalam merubah segala sesuatu. Jika kita yakin dengan-Nya, Dia akan memberikan segala yang kita inginkan asalkan kita berusaha dan bertawakal. Kemungkinan apa yang kita inginkan itu lambat diperolehi, jadi bersabarlah. Dia lebih mengetahui apa yang tebaik buat kita =)

** Saya tak nafikan, kebanyakkan orang baik, dia tak suka dirinya ditonjolkan. Mudah memberikan bantuan tanpa diminta dan dia tidak mengharapkan balasan!

MENGHAYATI PERJUANGAN SUMAYYAH



Sumayyah
Munsyid : Mawaddah
 

Sejarah mu dikenang sepanjang zaman
Kau berkorban jiwa untuk cinta Agungmu
Kekuatan iman menjadi tauladan
Tuhanlah segala-galanya
Kecintaanmu pada Allah menguatkan diri mulia
Sumayyah

Engkau sanggup mengorbankan nyawa
Untuk agama islam tercinta
Beruntunglah kami kerana memiliki serikandi sepertimu
Pada jasad lahir kau hamba manusia tapi hatimu hamba pada Tuhan
Kerana itulah jiwamu bebas merdeka
Walau jasadmu diseksa
Jiwamu bebas dari cinta dunia dan takut mati
Kaulah serikandi

Pengorbananmu bermakna
Untuk kebangkitan islam
Generasi penerusmu
Menjelajah seluruh dunia
Hingga kami beriman pada Tuhan
Hasil dakwah dari mereka
Pengorbananmu mendidik manusia
Hasil cinta Tuhan dan kasih sesama
Mengorbankan diri demi keimanan
Dan keselamatan seluruh manusia
Semoga kami dapat cintakan Tuhan lebih dari yang lainnya
Semoga kami dapat hidup mulia seperti mu
Wahai Sumayyah

Pengorbananmu bermakna
Untuk kebangkitan islam
Generasi penerusmu
Menjelajah seluruh dunia
Hingga kami beriman pada Tuhan
Hasil dakwah dari mereka
Semoga Allah membalasi jasamu
Dengan syurga yang kekal abadi
Semoga Tuhan sudi menganugerahkan
Kekuatan iman seperti imanmu
Semoga kami dapat cintakan Tuhan lebih dari yang lainnya
Semoga kami dapat hidup mulia seperti mu
Wahai Sumayyah

Monday, June 7, 2010

MUSIBAH: Mesej daripada ILAHI

Assalamualaikum w.b.t

Sebuah negarayang menguji kekuatan pasukan tenteranya dan kehebatan senjata miliknya, sebenarnya sedang menyampaikan mesej kepada negara lain bahawa mereka kuat. Begitu juga dengan musibah yang menimpa penghuni alam ini, ia mengandungi mesej tertentu daripada Allah s.w.t.

Renungilah hikmah di sebalik musibah seperti berikut:

  • Melatih diri agar dapat bersabar.
  • Menyucikan hati daripada sifat-sifat tercela.
  • Menguatkan iman seorang Mukmin.
  • Agar manusia lebih dekat dengan Allah.
  • Mungkin Allah rindu untuk mendengar rintihan hamba-Nya.
  • Supaya darjat umat dapat ditingkatkan.
  • Musibah juga ditimpa akibat manusia memutuskan hubungan dengan Allah. Supaya manusia dapat mengambil pengajaran daripada musibah tersebut. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran." (Surah al-A'raf 7: 130).
  • Musibah menguji tahap iman seseorang.
  • Indicator bahawa Allah itu Maha Perkasa dan manusia pula hamba yang sangat lemah dan tidak berdaya dala apa jua.
  • Musibah bagi menjadikan doa dan taubat itu betul-betul ikhlas. Manusia yang baru ditimpa musibah berada dalam keadaan yang lemah dan tawaduk. Ini boleh menghasilkan doa dan taubat yang tulus.
  • Membangkitkan orang yang diuji daripada kelalaian dengan nikmat dunia.
  • Kadangkala orang yang ditimpa musibah akibat perbuatan orang lain. Keadaannya kini dikira orang yang teraniaya. Maka Allah telah merahmatinya dengan mengurniakan doa yang makbul.
  • Musibah sumber pahala dan kebaikan.
  • Musibah juga menunjukkan bahawa dunia ini hina dan tiada apa-apa jika dibandingkan dengan akhirat. Dunia hanya janbatan ke syurga atau neraka.
  • Sesungguhnya pilihan Allah ialah pilihan terbaik berbanding pilihan seorang hamba. Begitu juga musibah, ia adalah pilihan Allah buat hamba-Nya.
  • Kadangkala manusia tidak tahu akibat sesuatu perbuatan. Dengan adanya musibah, manusia dapat mempelajari sesuatu iaitu "akibat".
~ Laknatlah Engkau wahai Israel.. Wahai kaum Muslimin di mana jua anda berada, kuatkanlah iman kita dan berbanyakkanlah amalan kita untuk persiapan hari kebangkitan kelak.. Kiamat sudah dekat...

Friday, June 4, 2010

~ PEMERHATIAN DI LALUAN HIDUPKU ~

Assalamualaikum w.b.t

Hari jumaat penghulu segala hari. Ketika entri ini ditulis, hujan lebat mengiringi menandakan rahmat Allah kepada seluruh umat Islam di dunia. Dan pada ketika ini juga berlansung HIMPUNAN AMAN BANTAH SERANGAN ISRAEL ke atas konvoi Freedom Flotilla dihadapan Kedutaan Amerika Syarikat, KL. Saya tak dapat bersama dengan para sahabat sekalian lantaran kesihatan yang tak mengizinkan.

Sebenarnya jika diikutkan hati dan diberi kemampuan yang mencukupi, rela saya bersama para sukarelawan di Palestine dalam misi memberikan bantuan dalam pelbagai sudut. Namun, saya hanya mampu menadah dan menghadiahkan doa buat saudara saya di sana. Semoga Islam menang dan bersatu kembali.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini hanyalah pendapat saya semata-mata ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebentar tadi. Banyak yang saya perhatikan dan berfikir sambil mengkoreksi diri terhadap situasi yang berlaku. Moga ia tak lari dari tajuk entri di atas dan ada pengajaran yang dapat dikongsi bersama.

SITUASI 1

Rasanya semua sedia maklum tentang koc wanita di dalam komuter. Koc wanita dikhaskan hanya untuk wanita sahaja dan berada dibahagian tengah gerebak. Saya pun tak sedar bila ia beroperasi tetapi saya tahu hal ini dibincangkan. Memandangkan saya ni jarang menggunakan kemudahan awam, jadi kuranglah saya merasainya. Walaubagaimanapun, saya tetap menyokong apa yang telah diusahakan kerajaan demi menjaga kehormatan wanita.

Tapi agak malang juga, masih lagi ada penumpang lelaki yang duduk bersama di dalam koc wanita ini. Nak halau pun tak boleh sebab mereka bayar perkhidmatan komuter yang disediakan tapi adakala rasa macam tak selamat pula. Jika yang naik itu adalah sepasang suami isteri dan membawa anak, saya rasa ampun lagilah bila berada dalam koc wanita. Tapi kalau pasangan couple ni memang tak perlulah nak berkepit juga..  Rimas dan menjengkelkan..

Alangkah bagus jika banyak lagi langkah-langkah keselamatan dan kesedaran dilakukan untuk menangani masalah keruntuhan moral yang semakin meruncing. Namun, hal yang paling baik, biar datang dalam diri kita sendiri. Nak nasihat banyak pun kadang payah juga tapi lebih penting biarlah nasihat yang berhikmah dan mampu menarik golongan bermasalah kembali ke pangkal jalan... Alamak..bebel apa ni.. '^_^

SITUASI 2

Ketika saya berada di dalam bas KL-Banting, para penumpang dikejutkan dengan perbualan telefon oleh seorag auntie berbangsa India dengan pemanggilnya. Loud speaker tu.. Ntah apa yang dibualkan pun kami tak tahu. Agak galak juga (kuatlah dia cakap dan gelak). Namun tidak lama kemudian, ntah macam mana, saya terdengar esakan yang sayu kedengaran.. Meruntun hatilah kiranya..

Sesiapa yang berdekatan dengan auntie India ni, pasti akan hairan dengan dirinya. Saya tak pasti sejak bila dia menangis tapi agak lama juga. Silih berganti pemanggil yang menghubunginya... Sampaikan sepasang suami isteri berbangsa Cina yang agak berusia tertoleh-toleh melihat ke arah auntie India ni..

Sebenarnya, boleh dikatakan ia agak mengganggu para penumpang dan saya sendiri tak menafikan, saya tak boleh nak melelapkan mata kerana mendengar esakan auntie tersebut. Macam dia ajak kita menangis bersamanya...huhu.. fenin.. fenin

SITUASI 3

Ketika berhampiran dengan bandar Klang (kalau tak silaplah), hidung saya ni dah terhidu bau yang paling saya benci dalam hidup!! Kenapa ada bau ni?? Tolonglah wahai anda yang suka kepadanya...uwekkkk

Dah tahu bas tu ber aircond, siapa yang konon pandai sangat dok hisap rokok tak kenal masa ni?! Ish..angin betul saya.. Saya ni memang tak tahan bau asap rokok tapi mujur ada juga selingan bau minyak wangi siapa ntah.. Loya tekak ni hah..

AMARAN KERAS! KALAU NAK MATI CEPAT TU JANGAN AJAK ORANG DISEKELILING ANDA UNTUK MERASAI ROKOK ANDA ITU!!!

~ Cuba prihatin kepada orang-orang tua, kaum ibu yang mengadungn, kanak-kanak dan orang yang tidak suka merokok..

SITUASI 4

Sejak dunia dikejutkan dengan serangan Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan perubatan dan sebagainya kepada penduduk Gaza, saya mudah mengalir air mata jika membaca berita mengenainya. Bukan baru je hal ini berlaku. Sudah lebih 6 dekad peperangan ini berlaku (maaf andai saya tersilap). Malah ia bukan hal yang biasa diperkatakan tetapi ia merupakan kisah unik yang juga turut disebut di dalam al-Quran.

Memang kiamat hampir tiba.. Namun, belum lagi umat Islam bersatu padu. Tapi dengan serangan yang dilakukan oleh Israel kepada para sukarelawan yang membawa bantuan kemanusiaan, moga hati-hati mereka yang keras mengingati Allah akan sedar dengan hal yang berlaku ini. Tekanan yang diberikan kepada Israel mampu membuka mata dunia tentang azab yang dirasai para penduduk Palestine sejak dahulu hingga kini. Moga Mesir membuka pintunya kepada penduduk Gaza.. Moga ada sinar yang takkan padam...

**** Hati saya berkobar-kobar untuk syahid bersama saudara saya di Palestine dan para sukarelawan yang tidak gentar menghadapi ancaman Israel... Masanya pasti akan tiba.. Saya berdiri bersama kalian.. Allahu Akbar

Wednesday, June 2, 2010

SAJAK ~ AKU HAIRAN ENGKAU TIDAK TAKUT


AKU hairan engkau tidak takut
kepada satu Zat yang kuasa-Nya mutlak
Kuasanya Maha Luar Biasa
yang tiada tandingannya
Kalau Dia ingin mengadakan atau mentiadakan
Dia akan berkata: Jadilah, maka terus jadi
Itulah Dia Tuhan yang mencipta segala-galanya
Kehendak-Nya lulus, penglihatan-Nya tembus
Pengetahuan-Nya meliputi apa yang ada
dan yang tiada
Pendengaran-Nya lulus dan peka
Apa sahaja yang bersuara mahupun yang tiada suara
semua didengar-Nya
Dia sentiasa bersama kita terlalu dekatnya,
tapi bukan dekatnya mengikut ukuran kita
Yang boleh kita kata begian-begian
jarak dekat dan jauhnya
Dekatnya adalah cara mengikut ukuran
Tuhan yang Maha Suci
Yang tidak dapat digambarkan mengikut cara kita
Cara-Nya kita tidak dapat mengukurnya
kerana Dia Maha Suci daripada penyerupaan
Tapi Tuhan dapat mengukurnya
dan dapat mengukur cara makhluk-Nya
Tuhan itulah yang engkau tidak mempedulikan
Sungguh engkau manusia luar biasa
Luar biasa yang tidak sepatutnya
Bila berhadapan dengan Zat
yang Maha Luar Biasa
Luar biasa yang keterlaluan
yang tidak sayugianya ada pada manusia
Apa sudah jadi kepada engkau
Di mana salah silapnya
Kuasa Allah yang begitu terserlah
yang mengecutkan perut
bagi orang yang mengenalnya
Tapi engkau tidak dapat menangkapnya
dan tidak dapat merasanya
Betullah otak engkau sudah gersang
Dan hati engkau telah buta

Sumber:  Sajak Islam

********************************************************


Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya adalah mati syahid.(Riwayat Muslim)

~ Hari yang dilalui membuatkan semakin banyak erti hidup yang dinikmati.. Ya, Allah! Berikanlah kekuatan buat seluruh saudaraku walau di mana mereka berada apatah lagi yang sedang mempertahankan negara tercinta. Andai aku mampu berjuang bersama para wira Palestine, aku rela syahid di sana dari melihat kerakusan tak berkesudahan, umat akhir zaman..