Friday, November 19, 2010

JAM UNIK

 AMARAN! ENTRI INI TIDAK BERMAKSUD SEBALIKNYA

Dunia makin canggih ni macam-macam juga idea kreatif yang terhasil.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jeng..jeng..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nah...




Sumber: Yanko




 p/s: Ajar anak-anak anda sebaik mungkin berkaitan hal kejadian manusia mengikut akalnya ketika itu..


my view: haila...(n_n)'

BAHASA ANEH??

Assalamualaikum w.b.t

(Rasai nikmatMU yang tak terperi....alhamdulillah)

Sobahul Khair untuk anda semua.. Lepas solat subuh pagi tadi, saya search info untuk assignment saya. Dan bila dah borink ni (sebab tak ketemu apa yang dikehendaki), saya jengah blog En. Hans. Sangat menarik topik yang dibualkan... Saya memang pernah terfikir..

Zaman sekarang ni, ramai dah guna bahasa short form yang biasanya orang tak tahu melainkan dia sangat mahir dengan penggunaanya sama ada dalam SMS, YM, etc.. Saya tak terkecuali.. Tapi biasanya ayat yang selalu saya guna adalah seperti OIC (oh, i see), LOL (lots of love), BTW (by the way), BF (best friend or boyfriend), BFF (best friend forever), KIV (keep in view) etc.. Semuanya itu saya tahu melalui sahabat saya..

Namun, perlu diingat, jangan sesekali menggunakan ayat ini dalam karangan ketika di sekolah atau berurusan secara rasmi. Sangat kurang sopan disamping membuatkan orang lain salah mentafsirkan tentang ayat yang kita bualkan. Anda pasti tak mahu bermasam muka hanya disebabkan bahasa aneh yang digunakan bukan?

Dan paling kurang sopan apabila bahasa aneh ini digunakan ketika berbual atau berSMS dengan orang tua kita. Aduh... Kesian banget deh.. Kadang saya pernah secara tak sengaja menggunakan ayat short form ini sehingga membuatkan Abah saya pening. Maaf Abah.. Kerap kali juga Abah atau Ummi merungut tentang SMS yang dihantar samada dari anak-anaknya atau sahabat mereka. (Tak mahu buat lagi dah...)..

Oleh itu, kembalikan jati diri anda ye. Sebab bahasa melambangkan bangsa. Berbangga ok!!!

p/s: Tak salah nak guna bahasa aneh ini, tapi tengok pada orang dan tempatnya..

Link untuk bahasa aneh: Pening (@_@)

Thursday, November 18, 2010

DALAM SUJUD CINTAKU

Assalamualaikum w.b.t

Semoga anda ceria selalu. Semalam dan sekarang ini, saya sempat melayan lagu hasil buah tangan Abdul Halim dari kumpulan Devotees. Boleh tahan juga.. Lembut dan menenangkan... Jom layan..




DALAM SUJUD CINTAKU (By: ABD HALIM BIN AHMAD)

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku...      

Wednesday, November 17, 2010

PERTUNANGAN MENURUT SYARIAT

Assalamualaikum w.b.t


Salam Aidiladha untuk anda semua. Macam mana sambutan di tempat anda? Meriah? Saya difahamkan di utara dan pantai timur sangat meriah. Namun bagi kami, ia disambut secara sederhana saja. Abah, Ummi dan Alang akan bekerja pada esok hari. Tiada cuti. Tapi, apapun, erti pengorbanan ketika Nabi Ibrahim ingin mengorbankan anaknya Nabi Ismail menurut perintah Allah s.w.t hendaklah dihayati sepenuhnya. Cumanya, situasi kita berbeza. Berkorban pada yang perlu dan seikhlas hati.

Ok, berbalik pada tajuk entri di atas, sekarang ni musim cuti dah bermula, jadinya ramailah pasangan yang memasang niat untuk mengeratkan hubungan kepada yang lebih serius. Merisik, bertunang dan berkahwin. Teruja tau. Ramai sahabat saya sudah menamatkan zaman bujang dan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. (Hanya menunggu dengan penuh kesabaran saat itu...)

Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya.
  
Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardu ain si lelaki ´benar-benar beres´ kerana suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan.


Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumah tangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja sebagai syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga.

Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi ´Queen Control´ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut hukum Islam.

Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud: “Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan sama ada mahu menerimanya ataupun tidak, cuma secara beradabnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu.


Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

Bagaimanapun, jika si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya daripada pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti menjaga adab. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua.

Contohnya, orang pada zaman ´salafusaleh´, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu nampak ´tidak cantik´, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.


Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sebentuk cincin saja.

Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan cara demikian. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.

Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud: “Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Bersabda baginda lagi yang bermaksud: “Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”


Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda.

Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham).

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya: “Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”


Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan.

Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia.



Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang ´aman´ daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.


Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat. Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang melihat tunang secara bersendiri. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita menerusi sabda baginda yang bermaksud: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud: “Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.”

Sumber: www.yadim.com.my
~ Lihat, indahnya Islam dengan tidak membebankan umatnya kepada sesuatu yang memberatkan. Mudah, tetapi tegas dan lembut..

BERKORBAN ITU INDAH?


Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.


"Apa khabar daun hijau," katanya.


Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang

"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.


"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.


"Tentu.. tentu.. dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."

Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.


Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.


Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.


Moral:Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.


Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.


Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.


Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.


Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.


Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi.

* Sumber: komuniti.iluvislam.com

~ Berkorban selagi terdaya. Istilah berkorban ini boleh dilakukan dalam apa jua keadaan sekalipun. Berkorban untuk keluarga, untuk anak-anak, berkorban dalam pelajaran, berkorban untuk sihat dengan jaga makan dan lain-lain lagi. So, jangan merungut dan rasa terbeban dengan apa yang berlaku. Nikmati hidup ini seadanya. Peringatan untuk diri saya juga =)  

Tuesday, November 16, 2010

PERINGATAN BUAT SANG ISTERI TERHADAP SUAMI MEREKA

Assalamualaikum w.b.t

Cerita yang saya paparkan di sini, pasti membuka mata semua pihak terutamanya wanita yang bergelar isteri. Ianya saya perolehi dari facebook. Jadi mana yang baik dijadikan panduan untuk menjaga diri dan yang tidak elok dijauhkan. Kenanglah jasa insan kesayangan anda.

**************************************************
(by Anton Tang)

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
****************************************
My view:
Saya rasa sedih dengan keadaan macam ni. Jika boleh, terimalah diri pasangan anda seadanya. Bantulah pasangan anda untuk kelihatan cantik sama ada luar dan dalam. Jangan melepaskan tanggungjawab dan menyalahkan di antara satu sama lain.  Siapa pun pasangan kita, dia memperlihatkan kekurangan dan kelebihan kita. Kenanglah jasanya.

Buat para suami,
Tolonglah sedar diri. Jagalah isteri anda baik2.. Tegurlah dengan berhikmah... Jangan buat onar. Jika mampu, beri duit untuk isteri anda kelihatan cantik.. Allah menilai perbuatan kamu..

Buat para isteri,
Cantikkan diri anda hanya untuk suami anda sahaja.. Hiaslah sebaik mungkin untuk mendapat redha Allah dan suami.

Untuk diriku..
Fizikal, mental, dan spiritual kena prepare before kahwin. Takut tengok godaan dunia masa kini.. Hanya kerana hal kecil, macam2 boleh berlaku... Cantik hanya untuk teristimewa sahaja..

ANTARA CINTA DAN PERSAHABATAN (◕‿◕✿)


Antara cinta dan persahabatan
Andainya ku diberi pilihan untuk memilihnya
Akan ku pilih kedua-duanya
Kerna bagiku ianya sama bererti dan bernilai dalam kehidupan



Cinta
Suatu ungkapan yang belum pasti kan keindahannya
Kerana disebalik keindahan cinta itu
Tersirat seribu kepahitan dan keperitan
Pastinyakan merentap kedamaian jiwa seorang PENCINTA SETIA
Takkala ikatan diundang kekecewaan



Namun
Ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara dibibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan Ilahi
Lahirnya dari hati seorang insan
Berakal emosi penyayang dan berperasaan




Persahabatan
Suatu ikatan yang lahir dari hati keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
Tentang impian dan pengertian hidup ini



Persahabatan yang suci dan murni
Adalah sebuah perhubungan disulami benang kejujuran
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sejati
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan



Teman yang budiman
Mengertilah maksudku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku
Sejak perkenalan kita



Kita bina tugu persahabatan
Yang dipagari besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah dilaman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar dikau SELALU MENGINGATIKU


Sumber: Cahaya Azyla Al-Munawwarah (facebook)


** Rasa sayang terhadap sahabatku tetap takkan pudar walau dirimu jauh dariku.. Maafkan aku kerana aku bukan insan sempurna... Aku tetap mendoakan yang terbaik buatmu..