Friday, November 19, 2010

BAHASA ANEH??

Assalamualaikum w.b.t

(Rasai nikmatMU yang tak terperi....alhamdulillah)

Sobahul Khair untuk anda semua.. Lepas solat subuh pagi tadi, saya search info untuk assignment saya. Dan bila dah borink ni (sebab tak ketemu apa yang dikehendaki), saya jengah blog En. Hans. Sangat menarik topik yang dibualkan... Saya memang pernah terfikir..

Zaman sekarang ni, ramai dah guna bahasa short form yang biasanya orang tak tahu melainkan dia sangat mahir dengan penggunaanya sama ada dalam SMS, YM, etc.. Saya tak terkecuali.. Tapi biasanya ayat yang selalu saya guna adalah seperti OIC (oh, i see), LOL (lots of love), BTW (by the way), BF (best friend or boyfriend), BFF (best friend forever), KIV (keep in view) etc.. Semuanya itu saya tahu melalui sahabat saya..

Namun, perlu diingat, jangan sesekali menggunakan ayat ini dalam karangan ketika di sekolah atau berurusan secara rasmi. Sangat kurang sopan disamping membuatkan orang lain salah mentafsirkan tentang ayat yang kita bualkan. Anda pasti tak mahu bermasam muka hanya disebabkan bahasa aneh yang digunakan bukan?

Dan paling kurang sopan apabila bahasa aneh ini digunakan ketika berbual atau berSMS dengan orang tua kita. Aduh... Kesian banget deh.. Kadang saya pernah secara tak sengaja menggunakan ayat short form ini sehingga membuatkan Abah saya pening. Maaf Abah.. Kerap kali juga Abah atau Ummi merungut tentang SMS yang dihantar samada dari anak-anaknya atau sahabat mereka. (Tak mahu buat lagi dah...)..

Oleh itu, kembalikan jati diri anda ye. Sebab bahasa melambangkan bangsa. Berbangga ok!!!

p/s: Tak salah nak guna bahasa aneh ini, tapi tengok pada orang dan tempatnya..

Link untuk bahasa aneh: Pening (@_@)

2 comments:

mamawana said...

Salam eid adha

Tak salah guna bhs rengkas asalkan mesej kesampaian. Seswai pd penerima mesej itu. Adik beradik mama suka guna bhs yg kami faham/ cipta sendiri apabila pergi shopping kat kedai2 cha ya nun alif. Mrk tanya awak ckp bhs apa? Kami ckp bhs Jerman. Bunyi dia memang pelik...samada diterbalikkan atau di tambah huruf K pd setiap perkataan. Its fun.

Brilliant Marjan said...

salam eid adha juga tuk mamawana =)

hehe..kami adk beradik pun mcm tu bila b'kumpul..abah dan ummi lagilah pening bl tgk sy dan adk perempuan berborak..mcm2 istilah yg kami guna..mujur xtersasul depan org lain terutamanya org luar.. =)