Saturday, November 27, 2010

SIRATAN DALAM SURATAN...KEMANISAN DALAM UJIAN

Bismillaahirrahmaanirrahiim


Assalamu'alaikum w.b.t...
 
Apa kabar antunna semua? Diharap semuanya dalam keadaan sihat. Ada ke yang tertunggu entri saya? Erm, saya sekadar mencuri masa untuk merehatkan minda. Rasanya saya tak mahu celoteh panjang.. 

Tak tahulah kenapa, saya suka sangat share apa yang saya dapat dari facebook atau email kepada anda semua. Kadang nak buang sayang sebab saya jenis tak suka email saya dipenuhi dengan banyak benda. Rimas. Jadi jalan mudah untuk tak membiarkan ilmu yang secara tak sedar itu terbiar begitu saja, saya fikir baik untuk berkongsi dengan anda semua.

Tak banyak pun tak apa ye tak? Asalkan sudi memberi... Cukuplah tambah pahala walaupun sedar diri ni tak layak sangat nak terbang tinggi...

************************************************************



Sesekali ingatan kepada peristiwa lepas menyapa di benak. Seringkali jua diri ini menepis sapaannya. Mungkin kerana sukar untuk menerima sebuah hakikat kebenaran. Dikhianati…tercalar nilai kepercayaan pada sebuah persahabatan. Namun Tuhan Maha Mengetahui, apa yg terbaik buat hambaNya…mungkin jua kerana itu Dia terus-menerus mengingatkan memori silam yg pedih dan pahit itu. Tujuannya hanya satu…berfikir!

Seketika diri ini termangu, merenung maksud tersirat di balik yg tersurat… Apakah ia sekadar mengingatkanku agar jangan mudah mempercayai orang lain? Itu ada benarnya, tapi bukan keseluruhannya. Bila tak berhasil menemui jawapannya, maka ia dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mungkin sekadar perasaan pada sebuah lamunan yg tak berkesudahan.

Dalam tak sedar, bayangan itu masih menyinggah…menarik diri, hati dan fikiran ini untuk mencari rahsia yg tersembunyi…hikmah yg terselindung. Pasti ada mesej yg ingin disampaikan.

Pada Yang Esa ku adukan segala…
Merintih, merayu, mengharap belas ehsanNya.
Agar ditunjukkan jalan kebenaran dan keselamatan.
Agar dugaan ini berjaya diharungi.
Kerana menjadi mukmin bertaqwa itu matlamat hidupku,
Menempa Syurga abadi itu cita-citaku.
Berikanlah aku petunjuk Ya Hadi,
Agar jalanku terang disuluh cahaya melalui lorong berliku ini.
Peliharalah daku Ya Muhaimin,
Agar langkahku terhindar dari dosa dan noda.

Tatkala hal yang sama diungkit lagi oleh pihak lain, diri kembali terpaku lantaran mata dan hati jauh mengimbau… mengapa setiap kali dibicarakan, hati ini akan sakit? Bukan sakit yg biasa, tapi sakit kerana pedihnya hati menanggung beban. Bagaimana dapatku hapuskan beban ini Ya Tuhan?




Ya Allah, apakah aku ada menyimpan hasad atau dendam di balik kisah ini? Ya ‘Aziz, seandainya ikhlas itu adalah syaratnya, maka kini aku ikhlaskan seluruh jiwa ragaku menerima cubaan ini. Ya Rahman, jika redha itu adalah solusinya, maka bersaksilah bahawa kini aku berlapang dada menerima takdirMu… cukuplah sakit ini mendera hati dan perasaanku… jangan biarkan ia berlarutan, sebaliknya balutilah ia dengan keampunanMu. Agar terubat luka semalam dengan sentuhan kasih dan sayangMu.


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang Berkuasa jua Mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku terhenti di pertengahan
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci

Syukurlah, kini segalanya telah kembali pulih… tiada lagi kesakitan, tiada lagi kebencian, yg ada cuma harapan pada sebuah kehidupan. Moga di akhirnya hasanah yg diperoleh. Mungkin ini rahmatNya. Dalam ujian yg kecil, Dia ajarkan banyak perkara…. Di sinilah aku mempelajari erti sabar, ikhlas, redha dan lain-lain. Namun apa yg paling berharga adalah nilaian terindah dalam membina hubungan dengan Tuhan. Mudah-mudahan sentiasa dalam rahmat dan redhaNya…

Hakikatnya, pengalaman lalu bukanlah untuk diri hilang percaya pada yang lain tetapi mengajar erti kasih sayang sesama insan. Perlu memahami dan menghormati hak sesama manusia. Tak dinafikan lagi, tarbiah Allah sangat dalam maksudnya, halus penyampaiannya tetapi indah perasaanya. Moga kita dikurniakan hikmah agar bisa menyingkap siratan makna disebalik setiap suratan ujian.

Wallahua’alam....



===

Sebuah renungan untukku, untukmu, untuk kita semua.
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci....

~ Aku masih lagi dalam peringkat ujian... Aku berharap, aku mampu menghadapinya... Walaupun aku dipandang hina, nilai cinta Allah tu hanya DIA yang layak beri... Kita ni tiada beza... Sama je di sisi Allah... Ingatlah, Allah tidak lihat rupa paras kamu, tapi Allah melihat apa yang kamu lakukan terutamnya yang tidak lansung diketahui orang lain...Contoh, menderma seiklas hati, buang sampah yang terhalang, menangis kerana taubat yang tak berbelah bahagi, buat solat sunat di sepetiga malam dll...

No comments: