Saturday, December 11, 2010

MUHASABAH BERSAMA ~ SUATU RENUNGAN

Assalamualaikum w.b.t

Saya dapat info menarik sebagai renungan bersama..



Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj adalah kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dari-Nya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak menjalankan cara ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Contoh yang mudah. Adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. Apakah itu yang kita mahu?

Oleh itu, mari berfikir bersama, apakah yang akan timbul di dalam hati kita apabila insan yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kita berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan... Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kita? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj…

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Silap tu.. Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada ALLAH bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tetapi keredhaan ALLAH S.W.T yang kita cari sebagai bekalan dan tanda syukur kita pada setiap pemberianNYA.

Maka jangan risau bila kita tidak berjaya mendapatkan apa yang kita inginkan. Cuba dan usaha lagi. Hubungan keimanan kita dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu kita perhatikan. Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya…

Sebenarnya, ALLAH suka menguji hamba-hamba-Nya yang beriman.. :)

* Sumber dari facebook dan blog Peribadi Rasulullah..

~Kehidupan memang sangat kompleks dan unik... Tiada yang sempurna kecuali Allah... Hanya yang beriman akan mengambil iktibar di atas apa yang berlaku... Mereka mampu berfikir untuk melihat hikmah yang terjadi..

Friday, December 10, 2010

KEKUASAAN ALLAH

Kerajaan semut di bawah tanah sebagai renungan dan tanda berfikir dari semua aspek;rajin bekerja, tolong menolong, hidup ini bukan milik kita tetapi milik Allah, ilmu Allah sangat luas,luaskan pandangan,insaf dengan diri dll...

Sleeping vs. Prayer فاكرين؟ الصلاة خير من النوم؟



Pilih lah untuk mendekatkan diri pada Allah dari hasutan syaitan...

Thursday, December 9, 2010

LAST KELAS...

Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar sahabat semua? Agak lama juga kan saya tak menyiarkan sebarang ilmu untuk dikongsi.. Mohon maaf andai ada yang menunggu.. Saya terpaksa mendahulukan hal yang penting.. Dan, semuanya sudah selesai..

Hari ini merupakan kelas terakhir untuk subjek Islamic Financial Planning (IFP) dan kelas terakhir untuk semester terakhir ini.. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah s.w.t kerana saya berkesempatan mendalami ilmuNya yang maha luas.. Mungkin ramai yang tak biasa dengar tentang IFP apatah lagi ia masih baru lagi diperkenalkan di Malaysia. Dan kebetulan rata-rata yang menceburi bidang Financial Planning ini adalah dari kaum Cina..

Serba ringkas mengenai IFP atau dalam Bahasa Melayu nya Perancangan Kewangan Islam..

  • Perancangan kewangan yang membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan terutamanya yang berlandaskan prinsip syariah.
  • Antara contohnya; berkahwin, beli rumah, kereta, pendidikan anak-anak, pergi haji, memulakan perniagaan, takaful, pelaburan, perancangan selepas bersara dan juga untuk saham akhirat seperti waqaf, hibah dll.
Subjek ni memang menarik sebabnya mendidik kita untuk lebih berdisplin dalam berbelanja dan menguruskan kewangan untuk jangka masa panjang. Bagi sesiapa yang suka menghabiskan duit tanpa memikirkan kesan jangka panjang, baik anda semua berfikir dan bertindak dari sekarang. Sikap berfoya-foya sakan haruslah dijauhkan. Melaburlah kepada yang lebih menguntungkan anda untuk hari tua anda juga dan paling penting melabur untuk hari akhirat.

Saya pun sudah memikirkan untuk memiliki tanah sebagai pelaburan disamping emas dan perak. Wah, menarik tu.. Wealth accumulation for the future.. Semua tu merupakan tajuk kajian saya ketika di semester akhir ini... Tu yang cita-cita nak kumpul harta semakin menebal di kalbu...

(untuk mas kahwin)

(untuk nikah)


~ Hai Cik Abang, mas kahwin nanti saya nak dinar emas tau... Pelaburan tu..
~ Alhamdulillah, mak dan ayah si dia sudah selamat kembali ke tanah air.. Saya tak sempat lagi nak melawat.. Tunggu Ummi balik..
~ For my mom, chayok3x.... Ummi boleh buat untuk exam induksi tu...

* Gambar di atas hanyalah angan2... namun mampukah dia....

Sunday, December 5, 2010

RAHSIA DISUKAI RAMAI (◕‿◕✿)

Assalamualaikum w.b.t.

Meh sini kawan-kawan. Saya ada petua untuk anda disukai ramai. Tapi pastikan niat kita ni baik dan ikhlas.. Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :
  • Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
  • Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
  • Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
  • Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
  • Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
  • Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.
  • Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.
  • Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
  • Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
  • Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.
  • Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
  • Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
  • Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
  • Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
  • Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
  • Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).
  • Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.
  • Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.
~ Yang penting, kita buat bukan kerana berpura-pura.. Lain hasilnya nanti.. Just be yourself... Kita tidak boleh menjadi seperti orang lain tetapi tonjolkan kelebihan yang kita ada kepada orang lain.. Happy bukan bila kita hidup dalam penuh semangat walaupun jauh disudut hati, hanya Allah yang tahu perasaan kita.. Pilihan ditangan anda... So, lets make your self cheer up with wonderful colour...

Saturday, December 4, 2010

~ ANEKA JENIS CENDAWAN ~

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi semua. Mulakan pagi anda dengan senyuman. Dalam hati sedih tak mengapa, at least anda semua ada semangat untuk memulakan hidup baru. Apa yang berlaku semalam tu, kita tak boleh nak ubah balik. Cuma kita mohonlah kekuatan pada Allah agar kita semua dapat melalui hari mendatang dengan penuh keazaman... Setuju??? Yeah....

Saya tak kan sedih-sedih... Saya nak hidup saya ceria dengan cerita baru... Bulan 12 pun bakal habis, so, azam baru kena ada kawan-kawan....

Hari ini, saya nak cucikan mata anda dengan keindahan ciptaan Allah s.w.t. Moga kita merasai nikmat yang Allah telah beri ini dengan penuh rasa syukur... Walaupun ia adalah dari cendawan yang tumbuh meliar...


 









*** Sumber: Carian google

~ Saya suka sup cendawan, cendawan goreng, nasi goreng cendawan dll.. Tapi hati-hati ye kawan-kawan, cendawan ni ada yang jenis beracun...

Wednesday, December 1, 2010

BULAN DAN BINTANG 1.12.2008

Assalamualaikum w.b.t



Sebening pagi saya tersedar dari lena..Bukan tidak biasa tapi sejak kebelakangan ini tidur tidak menentu, jadi itu menyebabkan saya jarang bangun seperti kelaziman.. Maksudnya, sebelum ni saya tidur awal dan bangun awal tapi sejak nak exam dan menyiapkan segala assignment, tidur macam tak tidur saja.. Bangun pun lepas azan subuh.. Muka pun sembab.. Namun pagi ini, aura terasa berlainan.. Mungkin bebanan presentation sudah selesai..

Yup, malam tadi lepas maghrib, itulah kelas terakhir untuk subjek Strategic Management. Tekanan sangat manis... Betul ke? Saya yang merasakan begitu. Semakin hampir untuk menamatkan pengajian. Now, preparation for the final exam that can be start on December 13rd, 2010. Ya, Allah.. Mudahkanlah segala langkahku untuk mendapatkan ilmuMu.. Aku tidak mahu ilmu itu hanya di sini saja tetapi dikongsi untuk kemaslahatan bersama. InsyaAllah.. Amin..

Walaupun saya bukan yang terbaik di dalam kelas namun kami adalah yang terbaik di antara sekalian manusia yang berpeluang untuk belajar diperingkat yang lebih tinggi.. So, don't feel stress and down because of you are not in that level but try to get and strive for success to make an effort about what you have done. Be the best in your position.

Lets talk about the entry..

Dah lama juga kami saling mengenali... Sungguh.. Rasa tak percaya pun ada.. Tapi pada tarikh keramat itu, 1.12.2008, ia menyapa... Anda masih ingat lagi kejadian alam pada tahun tersebut?? Guess what? =) MOON & STAR SMILE TO THE NATION... Remember that??

Tapi mungkin ramai yang tak perasan kot... Saya pun tak dapat melihat... Dalam pukul 8.00 lebih..

"Awak, cuba tengok kat luar. Cepat.. Bulan dan Bintang tersenyum, awak.."

Dalam hati... Hantu ke apa? Ish..merepek je...

"Awak nampak tak?"

"Mana ada. Saya tak nampak. Ish...Pelik betul... Gelap je..."

"Betul awak... Cantik.. Tersenyum je Bulan dan Bintang tu..."

"Saya tak nampak..."

....................................

Itulah kenangannya.. Hehehe.. Betul rupanya ada Bulan dan Bintang tersenyum.. Puas saya sumpah seranah.. Ganggu je..

Bila saya utarakan hal tersebut kepada sahabat saya keesokkannya, sahabat saya mengiakan keadaan itu.. Terkejut kau..(Alamak..tak tipulah...)

"Aku nak gi cafe belakang dengan Wa, ntah tetibe, Wa yang cakap.. Kak, Bulan dan Bintang tersenyum tu..."

"Kitorang tengoklah..Lama juga kejadian tu..."

Baru saya sedar, Bulan dan Bintang tu menghala ke timur... Memanglah saya tak nampak sebab tingkat bilik saya menghadap ke utara. Lagipun terhalang dengan bangunan...

Aduh.. Rasa rugi pula.. Angah pun tengok apabila saya ceritakan keadaan itu kepadanya.. Saya punggah balik paper kat rumah sebab nak tengok macam mana rupanya Bulan dan 2 Bintang yang membentuk wajah tersenyum... Allah... Indah....

...................................

Sudah 2 tahun...Sangat indah ciptaan Allah bagi mereka yang berfikir...

2 tahun juga, kami kenal.. Dia telah menjadi sebahagian dari saya sekarang ini... Tunggu masa je kami jadi satu...





~ Manusia memang tidak puas dengan apa yang dimiliki.. Namun itulah kelemahan saya.. Hukhuk.. Saya cuba belajar menerima apa yang telah dijodohkan untuk saya...Itulah redha Ummi dan Abah saya...