Sunday, September 11, 2011

SEGMEN : AWAK SUKA MAKAN KUIH RAYA APA ???

Assalamualaikum .w.b.t.

Jalan-jalan terjumpa pasal kuih raya.. Kuih ke biskut? Sebut apa-apa pun boleh lah..Mood raya pun ada lagi kan? So, apalagi..Saya pun terjah segmen ni..
 
[ Klik sini untuk join ]

Bila sebut pasal kuih atau biskut raya, dah terbayang macam-macam aneka biskut yang ada dan menjadi kegemaran ramai. Cuba tengok bawah ni.. Terliur tak?


Bagi saya, semua jenis biskut saya akan try nak rasa walaupun saya kurang gemar biskut sebenarnya. Manis dan rasanya yang macam-macam buat saya kurang gemar sikit.. Huhu.. Time kanak-kanak dulu, saya cukup gemar biskut milo buatan nenek dan bila dah besar, saya try buat sendiri dan memang lesap sebelum tibanya Syawal. Adik-adik termasuk saya sendiri berserta sepupu suka makan. Tapi itu yang buat saya geram sebab habis awal dari biskut lain. Malangnya gambar biskut milo tiadalah..


Atas ni biskut samperit antara yang paling saya suka. Sedap sampai tak ingat dunia. Cuma baru ni kami sekeluarga beraya di rumah Pak Ndak kat Kedah tu hah, jumpa biskut ni.. Wah! Marvelous betul biskut yang Mak Ndak buat ni. Serius! Rupanya resepi tu sepupu saya, Fatin ambil dari kawan sekolahnya.. Pandai ko Fatin! Dia tak buat tapi suruh maknya buatkan resepi biskut samperit ni..


Kat atas ni tau tak biskut apa? Ni pun saya suka juga.. Tat gulung ke tat biasa ke atau tat blueberry ke..saya try juga.. Sebab memang ada yang sedap! Cuma kena pandai buatlah supaya rasa kulit luar dan intinya serasi..

Ada banyak lagi biskut raya yang menjadi kegemaran termasuk almond London, cornfleks madu, biskut cornfleks selain kerepek pisang, meruku ayam, meruku udang dan aneka jenis kekacang.. Laju je saya kunyah makanan ringan ni terutamanya masa study dulu jika tengah stress atau pun boring.. Sampaikan room mate merangkap class mate cemburu melihat mulut saya yang tak berhenti mengunyah kerepek atau kacang di sebabkan kata kawan saya ni gigi dia jarang tak macam gigi saya.. ^_^

Jom join sebelum terlambat.. malam ni je tinggal ~ tarikh tutup : 11 /09/11 - ahad - 11.59 pm

p/s: gambar di atas saya google je.. bukan kepunyaan saya..

Saturday, September 10, 2011

Ini Kisahku - Wardina Saffiyah.mkv

Assalamualaikum w.b.t

Wardina merupakan antara artis yang saya kagumi bukan sebab dia lawa sahaja tetapi kerana ilmunya dan butir bicaranya yang mengagumkan saya. Sebelum dia berhijrah saya kurang minat sangat mungkin sebab saya tak ikuti hal dia sebagai artis. So, tak datanglah minat tu tapi saya masih tonton sitkom Spanar Jaya.. Cuma yang saya ingat, saya suka cara dia yang bersahaja. Itu memang tak dinafikan.. Pernah juga saya try buat resepi diet dia iaitu agar-agar roti. hehehe




Apa yang sahabat dapat dari klip video di atas?

Saya ni kerap je nangis bila kisah sebegini menjadi makanan saya. Tak apa.. Saya gembira hati saya masih lagi mampu menerima peringatan & teguran. Jika saya artis saya cuba buat seperti beliau. Memang tahu diri tak berapa baik tapi insyaAllah dengan pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi dan lalui membuatkan saya cuba untuk menjadi lebih baik.. Dan seboleh mungkin turut mengajar ke arah kebaikkan..At least usaha tu ada walapun tak kelihatan banyak. Janji saya nak berkongsi dengan sahabat semua..

Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau masih sayangkan aku dan masih sudi berikan ujian supaya aku sedar siapa aku di bumi Mu ini.. Sebelum ni mungkin aku lalai dengan nikmat yang diberi hingga aku tidak buat perkara yang menjadi makananku iaitu zikir dengan nama Mu.. Aku tersedar setelah adik ku menegur. Walaupun ia ibarat tiada nilai & tak sehebat para nabi & sahabat baginda yang lain..

Sejak dibangku sekolah lagi, setiap pagi selepas subuh & sebelum keluar rumah, bibir ku sentiasa basah dengan 99 nama-nama Allah. Aku sebut Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Majidu, Ya Muhaimin dan banyak lagi sehingga 1000 kali. Kira dengan tangan tanpa guna tasbih. Aku zikirkan dalam hati mengikut perbuatan yang selalu aku buat sama ada ketika study, ketika makan, kita berjalan dan sebagainya. Walaupun zikir tu bertukar setiap hari jika aku teringat tetapi aku tetap melakukannya.. Sikit2 sampai jadi banyak. Dan aku juga tak lupa selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w berserta dengan sepotong surah al-Baqarah di akhir selawat (tapi bukan ayat kursi) serta zikir-zikir hebat yang lain.

Selain itu, ketika solat, selalu aku ingatkan yang berada di hadapan aku adalah Allah s.w.t. melihat caraku bersolat selain diriku yang sangat kerdil,di kananku adalah syurga yang melimpahkan nikmat yang tak terhingga jika aku jaga hak Allah sebaiknya, di kiriku adalah neraka tempat orang yang ingkar suruhan Allah, di belakang ku adalah dunia yang sentiasa menyajikan tipu muslihat sementara. Khusyuk jadinya diriku ketika bersolat dan takut sentiasa ada dalam diri ini bila teringat apa yang aku fikirkan tadi...

Semua perilaku yang aku zahirkan demi cintaku pada Allah berlaku setelah aku membaca. Ya, membaca menjadi kegemaranku yang paling tak dapat dipisahkan & ilmu yang sangat aku sukai. Aku gembira.. Yang wajib tetap ku buat dan aku tambahkan dengan sunat. Semuanya aku buat sendiri kerana ilmu yang aku perolehi selain mendengar tazkirah ustaz & ustazah..

Tapi langit tak secerah biru yang ku lihat.. Allah beri ujian dan aku leka dengan nikmat itu. Barangkali alasan sibuk memang aku sengajakan.. Tapi itu juga yang membuatkan Allah timpakan ujian tersebut. Silih berganti sejak meningkat dewasa..

Aku masih amalkan apa yang aku buat tapi ia semakin kurang.. Tidak istiqomah seperti dulu.. Adakalanya aku cuba bersikap sebaliknya.. Ntah mengapa jadi sebegitu.. Yang pasti aku pernah dengar ceramah yang disampaikan ada menyebut,

"Jika kita alim, maka ujian yang datang adalah lebih dahsyat lagi. Jika kamu Ketua Pengawas, maka Ketua Pengawas Iblis yang akan mengganggu"

Namun yang pasti diri masih tidak putus asa walaupun diuji dan masih lagi mampu mencari sumber kekuatan dari keluarga dan insan yang terhebat bergelar sahabat setia menegur ke arah kebaikkan. Dan aku masih gemar membaca seperti dulu dan sumber bacaan aku lebih tertumpu kepada saham akhirat dan kematian. Itulah rahsiaku tika ini..

Syukur dengan peringatan yang telah Engkau berikan, Ya Allah.. Aku sedar, Engkau rindukan diriku yang dulu.. Menangis walau aku gembira sekalipun.. Aku sedar kerana aku masih dalam perhatian Mu.. Aku sedar yang Engkau begitu sayangkan diri hamba Mu ini.

InsyaAllah Ya Allah.. Aku berjanji untuk memperbaiki diriku menjadi lebih baik.. Amin Ya Rabbal 'Alamin

Hidayah Allah tu sentiasa ada buat insan terpilih dan sebagai hamba kita kena cepat ambil peluang tu dan sedar untuk kembali ke pangkal jalan semula..

Tunggulah giliran untuk menerima ujian tersebut dengan redha..

~ Maaf sebab ganti diri bertukar-tukar.. Mana yang baik ambil sebagai pengajaran.. Seboleh mungkin saya cuba nak kongsi pengajaran & iktibar yang saya lalui.. Saya nak jadikan blog ni sebagai medium dakwah yang terbaik yang saya mampu

Friday, September 9, 2011

HOTLINKI

Assalamualaikum w.b.t.

" RM0. Valued customer, pls note effective 15/9/2011, 6% service tax will be charged on purchases of prepaid reloads & starter paks. Pls visit hotlink.com.my "
Saya dapat message kat atas ni semalam (08/09/2011) jam 2:55 petang. Mulanya saya tak perasan sebab ingatkan iklan atau promosi. Bila tengok betul-betul, biar betul.. Aiseh..

Bila tengok berita malam tadi, sah lah.. Semua syarikat telekomunikasi terlibat... Alasan remeh diberi adalah kadar panggilan & SMS bertambah.. Nak bagi kompetitif katanya..

Terbeban bagi golongan berpendapatan rendah.. Secara kasar nampak sikit tapi bertimbun-timbun jadi apa? Banyak kan.. Cekek darah & rasa tercekek..

Untuk lebih tahu, sila baca sini

~ Siapa yang dapat hasilnya??????

Thursday, September 8, 2011

SUKA LA

Assalamualaikum w.b.t.

Sebagai insan normal adakalanya perasaan saya ni suka juga pada benda-benda yang cute. Macam terasa muda kembali. Lagi teruja dan rasa bersemangat nak buat kerja bila tengok benda kat bawah ni..






6 set klip kertas semuanya.. cute kan?

Kat bawah ni pun ada lagi...




semuanya USB Flash Drive

Biasanya korang rasa nak makan ke atau sayang nak gunakan??

Kalau saya, rasa nak makan pun ada dan sayang nak gunakan pun ada.. Tapi jika dah terdesak, guna je la.. Cumanya saya takut saya jahanamkan je.. Maksudnya rosakkanlah.. Saya guna lasak ooo
Tak pun kan, mesti ada yang hilang sebab ada orang lain yang geram juga tengok benda-benda alah ni.. Terutamanya my adik or sepupu saya yang kecil.. =)

Untuk lebih info, sila click Small Idea. Banyak tau barang-barang dorang yang cute..

Contohnya ni



Kreatif kan??

Korang boleh?
 Saya?
Boleh lah sikit-sikit..
Ada tergantung lagi kat rumah ni hah.. Crocheted Home Sweet Home..
Punya gigih saya buat setelah Ummi tak boleh buat..
tapi Ummi tolong sikit-skit je..
So, terbuktilah yang tangan saya ni ada seninya..
Sekarang, malash den nak wat dah..

p/s: saya ada klip paper bentuk love tau.. cute sangat2 ^_^

Tuesday, September 6, 2011

JIN Menganggu Perbualan Telefon Rancangan TV!



~ Kuatnya wanita ini untuk berkongsi ceritanya sehinggalah Jin mengganggunya.. Terasa seram, bila dengar Jin tu ketawa..

* Tinggi ilmu ustaz dalam video ni..

Wallahualam

Sunday, September 4, 2011

ABANG NAK BELI KUIH..?

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


"BerPrasangka Baiklah kepada ALLAH dalam apapun juga keadaan.Kerana Kasih Sayang ALLAH itu mendahului Kemurkaan~NYA."

Perkongsian dari: Ummu Ainries

Sedikit sentuhan saya:

Saya menangis di perenggan kanak-kanak tu mendermakan duit tersebut kepada orang buta dan menyatakan pendiriannya. Sejuk perut ibunya dan semoga kanak-kanak itu menjadi anak yang soleh dan amanah serta berjaya dalam hidupnya dengan sikap yang ditonjolkan. Didikan ibu bapa memang penting walau siapa pun dia. Miskin harta bukan bermakna miskin jiwa. Saya puji betul golongan yang sebegini. Masih ada harga diri yang sangat tinggi.

Saya suka melihat orang meniaga tak kira apa jualannya kerana dia masih mampu mencari rezeki yang halal dengan segala keupayaan yang ada. Bahkan saya terfikir, berapakah untung mereka? Apakah hasil jualannya laku?
Lagi saya suka jika mereka berniaga makanan ataupun minuman. Bonusnya sedap, bersih, selamat & tidak menipu jualannya. Jika mereka buat dengan cara yang sihat, insyaAllah, pembeli akan membeli lagi dan Allah akan membantunya juga.

Adakah kita bersikap seperti kanak-kanak itu? Mencari rezeki yang halal tanpa mengambil kesempatan.. Wahai hatiku dan jiwaku, insaflah kamu...

PERJALANAN JAUH TAK KU RASA....

Assalamualaikum w.b.t.

Hamdalah buat Maha Suci Tuhan Sekelian Alam kerana memberikan nikmat dan keupayaan buat kami bertemu sanak saudara nun jauh di utara. Masih terasa keletihan walapun bukan saya yang memandu.. Kami selamat sampai di teratak lebih kurang pukul 10.20 malam dari Nibong Tebal.

Menjadi kemusykilan saya bila bertolak dari teratak hari Jumaat lepas, awal je tiba. Masa perjalanan tak terasa lambat tapi malam tadi terasa berjauh batunya. Nak kata kenderaan penuh memang betul penuh tapi macam siput belaka. Tak tahu mana silapnya apatah lagi di lorong memandu laju.

Namun apa yang saya perhatikan dan memang boleh buat rosak mood adalah sikap pemandu. Rata-ratanya memandu sambil makan angin di lebuh raya. Sebolehnya semua orang memang nak cepat sampai ke rumah atau destinasi pilihan tapi fikirkan juga orang lain yang berkongsi kemudahan yang sama.

Sungguh saya tak boleh terima bila kereta di bawa perlahan ketika di lorong laju. Bertolak balik dari Nibong Tebal (lebih tepat Sg. Chena'am yang bersempadan dengan Parit Buntar, Perak) dalam pukul 4.00 petang. Saya anggarkan kami akan tiba dalam pukul 9.00 malam. Sepatutnya lagi awal boleh sampai. Memang dah biasa dah kami sampai dalam tempoh yang sebegitu tapi semalam jadi lain.

Ada beberapa kawasan yang menjadi pusat pemanduan perlahan semalam iaitu susur keluar Nibong Tebal, sebelum nak sampai terowong (sesiapa yang biasa lalu faham agaknya) dan ada tempatnya lagi tapi saya lupa namanya. Mana yang bukan berbukit tapi orang still memandu slow tu memang menghairankan.

Bagi pendapat sahabat, apa yang korang rasa?