Saturday, September 10, 2011

Ini Kisahku - Wardina Saffiyah.mkv

Assalamualaikum w.b.t

Wardina merupakan antara artis yang saya kagumi bukan sebab dia lawa sahaja tetapi kerana ilmunya dan butir bicaranya yang mengagumkan saya. Sebelum dia berhijrah saya kurang minat sangat mungkin sebab saya tak ikuti hal dia sebagai artis. So, tak datanglah minat tu tapi saya masih tonton sitkom Spanar Jaya.. Cuma yang saya ingat, saya suka cara dia yang bersahaja. Itu memang tak dinafikan.. Pernah juga saya try buat resepi diet dia iaitu agar-agar roti. hehehe




Apa yang sahabat dapat dari klip video di atas?

Saya ni kerap je nangis bila kisah sebegini menjadi makanan saya. Tak apa.. Saya gembira hati saya masih lagi mampu menerima peringatan & teguran. Jika saya artis saya cuba buat seperti beliau. Memang tahu diri tak berapa baik tapi insyaAllah dengan pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi dan lalui membuatkan saya cuba untuk menjadi lebih baik.. Dan seboleh mungkin turut mengajar ke arah kebaikkan..At least usaha tu ada walapun tak kelihatan banyak. Janji saya nak berkongsi dengan sahabat semua..

Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau masih sayangkan aku dan masih sudi berikan ujian supaya aku sedar siapa aku di bumi Mu ini.. Sebelum ni mungkin aku lalai dengan nikmat yang diberi hingga aku tidak buat perkara yang menjadi makananku iaitu zikir dengan nama Mu.. Aku tersedar setelah adik ku menegur. Walaupun ia ibarat tiada nilai & tak sehebat para nabi & sahabat baginda yang lain..

Sejak dibangku sekolah lagi, setiap pagi selepas subuh & sebelum keluar rumah, bibir ku sentiasa basah dengan 99 nama-nama Allah. Aku sebut Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Majidu, Ya Muhaimin dan banyak lagi sehingga 1000 kali. Kira dengan tangan tanpa guna tasbih. Aku zikirkan dalam hati mengikut perbuatan yang selalu aku buat sama ada ketika study, ketika makan, kita berjalan dan sebagainya. Walaupun zikir tu bertukar setiap hari jika aku teringat tetapi aku tetap melakukannya.. Sikit2 sampai jadi banyak. Dan aku juga tak lupa selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w berserta dengan sepotong surah al-Baqarah di akhir selawat (tapi bukan ayat kursi) serta zikir-zikir hebat yang lain.

Selain itu, ketika solat, selalu aku ingatkan yang berada di hadapan aku adalah Allah s.w.t. melihat caraku bersolat selain diriku yang sangat kerdil,di kananku adalah syurga yang melimpahkan nikmat yang tak terhingga jika aku jaga hak Allah sebaiknya, di kiriku adalah neraka tempat orang yang ingkar suruhan Allah, di belakang ku adalah dunia yang sentiasa menyajikan tipu muslihat sementara. Khusyuk jadinya diriku ketika bersolat dan takut sentiasa ada dalam diri ini bila teringat apa yang aku fikirkan tadi...

Semua perilaku yang aku zahirkan demi cintaku pada Allah berlaku setelah aku membaca. Ya, membaca menjadi kegemaranku yang paling tak dapat dipisahkan & ilmu yang sangat aku sukai. Aku gembira.. Yang wajib tetap ku buat dan aku tambahkan dengan sunat. Semuanya aku buat sendiri kerana ilmu yang aku perolehi selain mendengar tazkirah ustaz & ustazah..

Tapi langit tak secerah biru yang ku lihat.. Allah beri ujian dan aku leka dengan nikmat itu. Barangkali alasan sibuk memang aku sengajakan.. Tapi itu juga yang membuatkan Allah timpakan ujian tersebut. Silih berganti sejak meningkat dewasa..

Aku masih amalkan apa yang aku buat tapi ia semakin kurang.. Tidak istiqomah seperti dulu.. Adakalanya aku cuba bersikap sebaliknya.. Ntah mengapa jadi sebegitu.. Yang pasti aku pernah dengar ceramah yang disampaikan ada menyebut,

"Jika kita alim, maka ujian yang datang adalah lebih dahsyat lagi. Jika kamu Ketua Pengawas, maka Ketua Pengawas Iblis yang akan mengganggu"

Namun yang pasti diri masih tidak putus asa walaupun diuji dan masih lagi mampu mencari sumber kekuatan dari keluarga dan insan yang terhebat bergelar sahabat setia menegur ke arah kebaikkan. Dan aku masih gemar membaca seperti dulu dan sumber bacaan aku lebih tertumpu kepada saham akhirat dan kematian. Itulah rahsiaku tika ini..

Syukur dengan peringatan yang telah Engkau berikan, Ya Allah.. Aku sedar, Engkau rindukan diriku yang dulu.. Menangis walau aku gembira sekalipun.. Aku sedar kerana aku masih dalam perhatian Mu.. Aku sedar yang Engkau begitu sayangkan diri hamba Mu ini.

InsyaAllah Ya Allah.. Aku berjanji untuk memperbaiki diriku menjadi lebih baik.. Amin Ya Rabbal 'Alamin

Hidayah Allah tu sentiasa ada buat insan terpilih dan sebagai hamba kita kena cepat ambil peluang tu dan sedar untuk kembali ke pangkal jalan semula..

Tunggulah giliran untuk menerima ujian tersebut dengan redha..

~ Maaf sebab ganti diri bertukar-tukar.. Mana yang baik ambil sebagai pengajaran.. Seboleh mungkin saya cuba nak kongsi pengajaran & iktibar yang saya lalui.. Saya nak jadikan blog ni sebagai medium dakwah yang terbaik yang saya mampu

6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum BM

Syukur
dapat menyebut nama Allah senantiasa

Wassalam

mamawana said...

Assalam,

Perkongsian yg bagus sangat. Alhamdulillah. Subhanallah.

Sekadar perkongsian. Bukan mudah utk mendapat hidayah. Alalh swt hanya beri pd org2 yg terpilih. Sebelum itu pasti Allah swt akan menguji hambanya dgn :

Kemiskinan,Kesakitan, kesaorangan, kesepian dlm dunia ini.

Sepi ditinggal ibubapa, adikberadik keluarga, sanak saudara. Tiada lagi tempat bergantung melainkan Allah swt. Apabila kita bersungguh2 bergantung pd NYA, then only you can see the light. Nur Iman, Nur Islam. Indahnya Islam dan cinta pd Allah swt dan rasul s.a.w. begitu INDAH.

Brilliant Marjan said...

Wa'alaikumsalam Rozali

Nikmat rasanya..semoga yg baik itu diambil iktibar

Brilliant Marjan said...

Wa'alaikumsalam Mamawana >>

Betul tu mama. saya dah lalui..perit sgt..tapi memang Allah sentiasa ada.. Alhamdulillah saya bangkit kembali kerana Nya..

Efa Nur said...

nice entri..thanx for sharing :)

http://efagurlz.blogspot.com/2011/09/ayat-ayat-cinta.html :)

Brilliant Marjan said...

alhamdulillah. i'm happy if we change together only for Allah =)