Wednesday, September 21, 2011

SOLEHAH IKON MUSLIMAH

Assalamualaikum w.b.t.


“Tidak semua wanita mempunyai keberanian untuk mengutarakan permasalahan mereka kepada pendakwah lelaki. Sifat malu yang sinonim dengan diri, membuatkan mereka memilih untuk menyembunyikan apa yang sepatutnya diutarakan. Bukankah lebih enak jika permasalahan seperti kedudukan wanita, penyusuan, isu pembuangan bayi, isu berkahwin lewat dan seumpama dengannya dibicarakan dari hati ke hati bersama pendakwah wanita.”
“Dakwah adalah Wajib. Oleh itu setiap insan harus melaksanakannya dalam apa jua lapangan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan zaman kini. Tidak timbul isu para suri rumah tidak boleh berdakwah luar dari kerangka halaman rumah mereka memandangkan ia merupakan satu keperluan sosial. Bukankah merugikan sekiranya bakat dan ilmu yang ada tidak digunapakai. Apa yang penting, masa harus dibahagi sebaiknya. Harus bijak menggunakan dan memanfaatkan segala sumber yang ada.” - Ustaz Syed Shahridzan.

Sekarang ni bakal ada program realiti terbaru yang menunggu hari je untuk bersiaran iaitu Solehah. Selagi belum mula, saya tak boleh ulas panjang-panjang sebab tak tahu lagi isinya macam mana. Cumanya saya berharap dan berdoa, ia bukanlah medan mempertaruhkan rupa diri sahaja tetapi memberi ilmu dan menjadi medium dakwah terbaik buat remaja perempuan yang tercari-cari pilihan hiburan yang sesuai dengan mereka.

Selain itu, harapan saya, impaknya mampu membantu remaja perempuan Islam mencari sinar untuk berubah menjadi lebih baik. Memang tiada insan yang sempurna, namun jika kita mempunyai ilmu yang tinggi dan didorong untuk mencari hidayah serta kuat dengan iman di dada, kita mampu pulih kembali dari landasan yang tersasar itu.



Actually yang saya nak share, bila terbaca paper Metro Ahad lepas, saya terkejut sebab ada perserta dari kolej saya. Saya tidak mengenalinya secara rapat tapi pernah berbual sebab dia kenalan adik saya. Cuma yang saya tahu, dia sangat fasih berbahasa Arab. Macam air je. Saya kagum sebab memang pernah dengar dia berbual dengan rakan sekelas berasal dari  Kemboja, Tin Faizin.

Format program ini nyata berbeza daripada program realiti yang lain, tiada sebarang penyingkiran dilakukan di mana kesemua 10 peserta akan dikekalkan hingga ke episod terakhir. Kesemua peserta akan melalui sesi pembelajaran dan akan keluar serentak sebagai barisan muslimah yang diiktiraf.

Rancangan 13 episod ini turut menampilkan tenaga pengajar berpengalaman untuk membimbing para peserta. Antaranya ialah Ustazah Norsalehah Mohd Saleh, Ustazah Norhafizah Musa, Ustazah Suriani Sudi dan Puan Haslina Mohd Ali. 2 orang tenaga pengajar tu dari kolej saya juga.

Solehah akan mula bersiaran secara langsung mulai 23 September dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur. Bagi mengikuti perkembangan terkini peserta Solehah, TV Alhijrah turut menyiarkan kapsul harian selama dua minit khas untuk penonton setia Alhijrah.

~ Semoga berjaya buat para perserta.

No comments: