Tuesday, September 27, 2011

MEMBACA SURAH-SURAH YANG PENDEK BAGI IMAM

Assalamualaikum w.b.t.

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang terlupa, jadi saya cuba kongsikan apa yang saya baca dari Solusi 35. Fokus diberi pada lelaki yang menjadi imam solat. Jadi renung-renungkan ye..

Selepas membaca surah al-Fatihah, teruskan dengan membaca surah-surah al-Quran yang pendek bagi solat berjemaah terutama jika menjadi imam untuk jemaah orang tua atau kawasan orang tua atau kawasan orang yang sibuk bekerja. Bagi yang solat bersendirian pula, disunatkan membaca surah-surah yang panjang.

Arahan agar meringankan bacaan bagi seorang imam di kawasan awam ialah dari hadis yang menyebut teguran Nabi s.a.w. kepada Mu'az bin Jabal r.a. yang membaca surah al-Baqarah atau surah al-Nisa' sepenuhnya sehingga terdapat makmumnya yang menamatkan solat dan beredar ketika ingin menyambung kerja lain. Apabila disampaikan kepada Nabi s.a.w., Baginda bersabda yang bermaksud: "Kamu ini memang ingin menimbulkan fitnah wahai Mu'az." (Riwayat al-Bukhari).

Juga hadis Nabi yang bermaksud: "Sesiapa antara kamu yang menjdai imam solat, hendaklah kamu ringankan bacaanmu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Antara hadis yang lain yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menjadi imam kepada manusia (ketika solat) ringankanlah bacaanmu kerana terdapat padanya (makmum kamu) anak-anak kecil, orang tua, orang yang lemah dan orang yang sakit, dan tatkala kamu solat bersendirian, maka solatlah kamu sebagaimana yang kamu inginkan." (Riwayat Muslim).

~ Ramadhan baru sudah, dan adik-adik lelaki saya ada merungut bacaan dari imam yang tua. So, kat sini dan untuk perhatian sahabat lain, suarakanlah pada pihak qariah anda mengenai imam-imam yang kurang berkeupayaan untuk ditukar kepada imam yang lebih muda. Bukan tidak hormat imam yang lebih tua tapi sebagai memudahkan makmum yang lain. Jika ada yang kerap salah bacaannya, susah juga kan?

Walaubagaimanapun, saya tetap suka bacaan sesetengah imam ketika solat yang pernah saya ikuti. Merdu sungguh sampai boleh buat kita menangis. Beruntung sangat-sangat mereka dianugerahkan dengan kelebihan yang tak ternilai tu.

No comments: