Sunday, October 2, 2011

KENALI PASTA

Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah nikmat dapat berehat dihujung minggu. Sambil-sambil tu jom kita santai mengenali pasta. Sebelum tu, saya memang penggemar pasta. Sape yang minat pasta maknanya sekepala dengan saya. Boleh terliur bila bayangkan hidangan pasta ditabur keju yang banyak tu..Tapi..saya tetap Melayu..Jadi jangan risau ye.. Ulam-ulaman tetap pujaan hati!

Bila bercakap tentang pasta, satu yang harus kita ketahui bahawa ia adalah makanan yang berasal dari Itali yang juga merupakan makanan ruji negara itu.

Namun keenakan hidangan pasta telah mendapat tempat di seluruh dunia termasuklah penggemarnya di Malaysia.

Pasta diperbuat daripada tepung spesies durum. Jenis gandum durum sahaja yang sesuai digunakan untuk membuat pasta.

Tepung ini juga sangat tinggi dengan kandungan protein yang membuatkan produk pasta lebih kenyal dan tidak mudah hancur ketika direbus. Gandum daripada jenis durum ini selalunya akan diproses menjadi tepung yang lebih halus yang dikenali sebagai tepung durum. Bagi yang sedikit kasar dikenali sebagai durum semolina. Kedua-duanya berwarna kekuningan.

Bahan untuk membuat pasta juga ringkas kerana hanya menggunakan tepung durum, air dan telur. Pasta boleh dimakan sebagai pembuka selera, sup atau makanan utama selain boleh juga dimasak dengan pelbagai cara seperti dibakar atau digoreng.

Bagaimanapun cara yang paling biasa adalah dimakan dengan pelbagai jenis sos bersama parutan keju yang serasi dengan hidangan pasta ini.

Terdapat beratus-ratus jenis pasta mengikut rupa bentuknya. Antara pasta yang begitu popular adalah spageti yang berbentuk seperti mi. Terdapat jenis yang lebih halus dan pendek seperti mi hoon yang dipanggil angel hair.

Makaroni pula adalah pasta yang berbentuk silinder lurus dan bengkok yang mempunyai ruang kosong di tengah-tengahnya.

Jenis pasta ini selalunya dijadikan juadah seperti makaroni bakar ataupun sup. Walaupun namanya berlainan mengikut bentuknya tetapi bahan asas pembuatannya tetap sama.

Teknik merebus pasta juga ada caranya tersendiri kerana anda perlu meletakkan sedikit minyak terutamanya jika anda merebus pasta yang jenisnya mudah melekat ketika anda merebus seperti spageti, fetucine dan tagliatelle.

Namun ada jenis-jenis pasta yang tidak mudah melekat seperti makaroni, fusilli dan bow pasta yang tidak memerlukan anda meletakkan minyak ketika merebus kerana ia tidak mudah melekat ketika anda merebus.

Selain itu pasta perlu direbus sehingga mencapai tahap kemasakan tertentu iaitu sehingga al dente - merujuk kepada rasa yang ‘tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras’. Jika menggigitnya terasa kenyal itulah yang dimaksudkan dengan al dente.

Anda boleh menguji tahap kemasakannya dengan mematahkan pasta itu. Jika anda melihat masih ada bahagian yang bertepung di tengahnya maka anda perlu memasaknya lagi.

Air perlulah sebaik-baiknya dibiarkan mendidih dahulu sebelum merebus dan ketika merebus anda perlu mengacaunya sekali sekali supaya ia tidak melekat.

Jika tidak mahu pasta yang telah direbus melekit dan melekat serta menjadi kering apabila terdedah pada udara, gaulkan ia dengan sedikit minyak zaitun atau minyak jagung.


Sumber: Minggan Malaysia.

~ Memula terjebak masak spageti buat style mee goreng. Saya reka kuahnya dengan menggunakan carrot yang dikisar berserta daging. Meriah dengan segala bahan yang ada. Alhamdulillah semua suka. Lepas tu try juga beli pes yang banyak dipasaran. Saya suka jenama Kimball (betul ke eja gini?). Tapi biasanya mesti saya reka cipta kuahnya. Kalau nak buat style carbonara, saya buat cara saya lah.. Ntah apa saya letak pun saya tak tahu... Janji makan..

Friday, September 30, 2011

KERONSANG PEMBERAT

Assalamualaikum w.b.t.

Entri ni dibuat bukan untuk menyinggung mana-mana pihak cuma sekadar teguran buat diri sendiri dan saudara wanita saya.

Jika ada yang perasan, semakin banyak hiasan yang dipakai oleh golongan wanita ketika bertudung. Ada yang letak reben, bunga, dan pin atau keronsang. Tapi yang keronsang ni, paling saya tak boleh lupa yang serupa macam gaya etnik tu. Besar yang amat!

Sama ada keronsang tu diletak kat bawah dagu atau hiasan tepi tudung. Korang boleh nampak keronsang tu terjuntai megah je dan berayun-ayun bila golongan yang cun ni berjalan. Aduhai, sakit mata saya.. Maaflah ye.. Sederhana nak bergaya tu sudahlah.. Tak perlu lebih-lebih..

Saya bukan apa, teringat sewaktu menghadiri rumah terbuka Gemilang Travels & Tours, sewaktu nak beratur ambil sate, ada beberapa remaja perempuan belasan tahun yang bergaya macam banyak duit, sibuk bergosip sesama sendiri berborak dengan kawannya yang berada di depan saya. Semua tayang muka lawa termasuk hiasan keronsang bergayut dikepala. Tapi nampak serba tak kena je bagi saya..

Rupa-rupanya, macam-macam trend zaman sekarang ni. Saya akui itu. Kadang bila dilihat ia berlebihan pula. Wanita memang fitrahnya untuk dilihat cantik dan memang suka kepada kecantikkan. Saya pun sama. Cuma fikirlah secara bersederhana. Tidak ke terfikir, keronsang yang berjuntai secara berlebihan itu boleh membawa mudarat kepada diri jika tersangkut? Maybe belum ada kes kot, tapi beringatlah sebelum terlambat..

~ Kawan saya kata, lagi panjang keronsang tu, lagi megah dan best! Betul ke??? Saya tak tahu..

Thursday, September 29, 2011

Doodle dari SayaDoodle.com

Assalamualaikum w.b.t.

Saya menghargai hasil seni. Jadi saya nak share doodle dari SayaDoodle. Korang boleh terjah blog Eny untuk tengok lebih banyak hasil karyanya.. She's from Malaysia.





Wednesday, September 28, 2011

BACA AL-QURAN TAPI TAK FAHAM MAKSUDNYA. APA FAEDAHNYA?

Assalamualaikum w.b.t


Jom muhasabah diri. Pagi tadi lepas subuh ada baca al-Quran tak? Adakah korang fahami maknanya? Mana yang faham tu alhamdulillah tapi mana yang tak faham tu, jom kita ikuti kisah ini.. Menarik tau.. Mana yang dah tahu tu tak apa, just untuk peringatan diri je supaya tak terlupa termasuk diri saya juga..

Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,

"Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?".

Dengan tenang atuknya menjawab, "Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?"

Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung. Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa jerman ke atau bahasa perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.

Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.

Mikail kehairanan memikirkan apa yang disuruh oleh atuknya itu. Namun tanpa berfikir panjang, dia lakukan juga. Selepas beberapa kali cuba, dia tidak dapat mengisi air ke dalam baldi tersebut. Mikail akhirnya berputus asa. Lalu dia pun berkata kepada atuknya,

"Atuk, dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak sebab air keluar daripada bakul ni. Macam mana?"

Kemudian atuknya memberitahu,

"Begitulah juga kalau kamu membaca Al-Quran tetapi tidak dapat menghayati isi kandungannya sebab tak faham. Meskipun baldi tersebut tidak dapat diisi, tapi bakul smapah tu tadi yang kotor sekarang sudah bersih. Begitu lah juga dengan hati kamu. Selagi kamu membaca Al-Quran, selagi itulah hati kamu akan sentiasa bersih."

Sumber: Scorpinside

~ Saya kongsikan satu perkara, tak dinafikan kadang saya pun kurang faham sangat apa yang dibaca ketika membaca al-Quran. Ayat-ayat mudah je yang saya ingat ketika belajar bahasa Arab dulu. Biasanya saya jarang nak baca tafsir al-Quran sebab tiada. Tapi kebetulan saya pernah duduk sebilik dengan seorang adik yang mungkin telah menjadi ustazah sekarang ini. Saya selalu dengar dia baca al-Quran tapi berhenti dan baca balik. Saya tak tanya kenapa dia baca macam tu tapi saya tengok dan dengar je.

Dan baru saya perasan, dia baca tafsir al-Quran dan selang seli dengan memahami maknanya. Alhamdulillah.. Secara tak lansung saya dapat ilmu baru yang saya terlepas pandang. So, senang kata dan nak mudah faham bila membaca al-Quran tu, korang perlu juga sediakan tafsir al-Quran sebagai peneman setia. Tak faham boleh rujuk tafsir dan lagi baik tanya kawan-kawan yang mahir al-Quran atau Ustaz dan Ustazah.

Lagi afdhal, istiqomah dengan bacaan al-Quran korang sebab seronok sangat-sangat. Tak tahu saya nak cakap. Bila tak baca rasa gundah gulana dan bila lama tak baca, nafas rasa pendek dan suara jadi tak merdu. Sedih tau..

Tuesday, September 27, 2011

SWEET QUOTES

[weheartit.com]
If love is like a song, one verse will be of hurting and another of hatred one of sadness but in the end the chorus will be of happiness, joy and confidence.

It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone and a day to love someone but it takes a lifetime to forget someone.

At the touch of love, everyone becomes a poet.

Being deeply loved by someone gives you strength; loving someone deeply gives you courage.

The fate of love is that it always seems too little or too much.

[weheartit.com]
Love waits for one thing, the right moment.

There is no difference between a wise man and a fool when they fall in love.

The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched – they must be felt with the heart.

Love can sometimes be magic. But magic can sometimes…just be an illusion.

You don’t love a woman because she is beautiful, but she is beautiful because you love her.

Patience is bitter, but it bears sweet fruit.

[weheartit.com]
It is terrible to be alone, and it is terrible to be in love, but one is cheaper than the other.

A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.

Friendship is always a sweet responsibility, never an opportunity.

There are some errors so sweet that we repent them only to bring them to memory.

Work like you don’t need the money. Love like you’ve never been hurt. Dance like nobody’s watching.

Sources: Cool 

~i'm not feeling very well..just share what i want

MEMBACA SURAH-SURAH YANG PENDEK BAGI IMAM

Assalamualaikum w.b.t.

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang terlupa, jadi saya cuba kongsikan apa yang saya baca dari Solusi 35. Fokus diberi pada lelaki yang menjadi imam solat. Jadi renung-renungkan ye..

Selepas membaca surah al-Fatihah, teruskan dengan membaca surah-surah al-Quran yang pendek bagi solat berjemaah terutama jika menjadi imam untuk jemaah orang tua atau kawasan orang tua atau kawasan orang yang sibuk bekerja. Bagi yang solat bersendirian pula, disunatkan membaca surah-surah yang panjang.

Arahan agar meringankan bacaan bagi seorang imam di kawasan awam ialah dari hadis yang menyebut teguran Nabi s.a.w. kepada Mu'az bin Jabal r.a. yang membaca surah al-Baqarah atau surah al-Nisa' sepenuhnya sehingga terdapat makmumnya yang menamatkan solat dan beredar ketika ingin menyambung kerja lain. Apabila disampaikan kepada Nabi s.a.w., Baginda bersabda yang bermaksud: "Kamu ini memang ingin menimbulkan fitnah wahai Mu'az." (Riwayat al-Bukhari).

Juga hadis Nabi yang bermaksud: "Sesiapa antara kamu yang menjdai imam solat, hendaklah kamu ringankan bacaanmu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Antara hadis yang lain yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menjadi imam kepada manusia (ketika solat) ringankanlah bacaanmu kerana terdapat padanya (makmum kamu) anak-anak kecil, orang tua, orang yang lemah dan orang yang sakit, dan tatkala kamu solat bersendirian, maka solatlah kamu sebagaimana yang kamu inginkan." (Riwayat Muslim).

~ Ramadhan baru sudah, dan adik-adik lelaki saya ada merungut bacaan dari imam yang tua. So, kat sini dan untuk perhatian sahabat lain, suarakanlah pada pihak qariah anda mengenai imam-imam yang kurang berkeupayaan untuk ditukar kepada imam yang lebih muda. Bukan tidak hormat imam yang lebih tua tapi sebagai memudahkan makmum yang lain. Jika ada yang kerap salah bacaannya, susah juga kan?

Walaubagaimanapun, saya tetap suka bacaan sesetengah imam ketika solat yang pernah saya ikuti. Merdu sungguh sampai boleh buat kita menangis. Beruntung sangat-sangat mereka dianugerahkan dengan kelebihan yang tak ternilai tu.

Saturday, September 24, 2011

CATATAN 26 SYAWAL 1432 H

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni asalnya nak berziarah ke rumah sahabat karib yang tinggal di Pahang namun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Alih-alih saya terpaksa menemankan Ummi & Abah.

Gemilang Travels & Tours

Masha Allah! Semua tau tempat tu paling sesak. Bagaimana penduduk di situ boleh bertahan sedangkan saya rasa pening kepala menghadapi situasi terbabit. Sebenarnya, 9 jam saya bertapa di Dewan Dato' Ghazali di Ampang. Ramai kakak atau makcik di situ menyangka saya antara perserta yang bertuah mendapat peluang menunaikan haji pada tahun ini. Amin doa saya.

Cuma saya sekadar tetamu tak diundang dan tetap memasang niat tersebut jika diizinkan Allah. Pergi tanah suci dalam usia yang muda memang menjadi idaman. Segala input yang diperolehi secara tidak lansung, insyaAllah amat berguna kepada saya kelak.

Apa yang paling saya teruja adalah kehadiran Finalis Akademi Al-Quran 5 dan merupakan perserta istimewa tajaan Gemilang Travel ke tanah suci nanti. Jeles i!

Hati sayu dan jiwa pasrah serta bergenang air mata mendengar alunan merdu nyanyian dari perserta iaitu Husaini Mahmur (bila dia tarik tu, rasa meremang yang amat sangat dan terpaku beberapa ketika), Syah Nakriz, dan Nasir. Yang perserta perempuan tidak turut serta kerana tuntutan pelajaran. Rasa semangat nak menunaikan haji sama.

Terserempak juga dengan Mursyid Imam Muda 2 iaitu Ustaz Izhar Ariff yang kebetulan rancak berborak dengan Abah. Ustaz ni penah ngajar dekat kolej saya dulu tapi sekarang dah berhijrah ke UKM. Ustaz turut membawa zaujahnya bersama.

Kakak doakan Ummi & Abah dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna dan terbaik iaitu mendapat Haji Mabrur. Moga sentiasa sabar dan redha dengan segala kemungkinan yang berlaku dan paling penting ianya kerana Allah s.w.t.

Apa-apa pun, saya berasa sangat istimewa bila berada di dalam dewan tersebut dan merasai taklimat akhir tadi. Namun sempat juga mata ni menatap serta membaca novel yang dibawa sehingga khatam disamping tidur 15 minit dengan selambanya berbantalkan beg tangan di atas meja. Depan lah juga.. Terlampau pening dan mengantok, tak boleh tahan uuuuuu..

Intekma Resort

Lepas je selesai taklimat terakhir haji tadi, terus shoot menghadiri Jamuan Raya dan Rumah Terbuka anjuran pelajar IPRO (UK & Ireland). Ingatkan kami lewat tapi rupanya kami antara yang terawal.

Most of tetamu jemputan semua muka yang sama, cuma yang junior je saya tak berapa cam. Opps, jangan tersilap ye. Mereka semua ni kenalan Abah saya. Kenalan saya pun hanya kebetulan sebab pernah melaksanakan program bersama-sama.

Berdampingan dengan insan hebat dan cerdik pandai membuatkan saya turut merasa tempiasnya. Orang kata bau wangi terpalit sama. InsyaAllah saya akan menyusul jejak tersebut. Amin.. Doakan tau kawan-kawan. Saya nak buat PhD lepas ni..

Menu yang dihidang memang terbaik dan kami makan awal sebab nak tunggu hingga cukup ahli ntah bila nak tamat kan? So, saya merasa semua yang ada. Sikit-sikit je makan. Cara hotel pun... Saya suka kerabu mangga dan soto. Perrrgggghhhh.. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri ^_^

Wassallam..

~ Nak belajar Al-Quran secara bersanad dan dapat ijazahnya..