Saturday, October 22, 2011

LAMBAIAN KAABAH

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah tiba giliran penerbangan KT65 iaitu penerbangan yang membawa insan kesayanganku. Alhamdulillah malam tadi kami adik beradik selamat menghantar Ummi dan Abah ke Kelana Jaya.

Tepat 10.03 malam kami bertolak ke sana dengan diiringi takbir dari Pak Usu. Waktu tu, saya rasa sayu. Rasa syahdu. Sebelum tu pun sewaktu balik dari kerja, Acik sempat berkata pada saya, "Kak, Ummi dan Abah nak bertolak dah. Akak tak sedih ke? Acik macam sedih je.." - soalan provok ke ni?

Tak semana-mana, saya sudah mengalirkan air mata. Huhuhu.. Tanggungjawab berat lepas ni.. Ok, stop pasal cry-cry ni.. Tak bestlah kan.. Doakan yang terbaik je untuk Ummi dan Abah. Moga Ummi dan Abah mendapat haji yang mabrur dan dimudahkan semua urusan ketika di sana. Amin.

Sampai di Kelana Jaya dalam 10.42 malam. Kami tiba awal agar dapat memudahkan semua urusan walaupun Ummi dan Abah mendaftar pada jam 1.30 pagi. Alhamdulillah semua adik beradik ada termasuk tunang Angah. Ina atau Kak Lang isteri Alang hanya sempat berbual dengan Ummi melalui hand phone je kerana tugas. Cuma Utih je tak berkesempatan mengiringi disebabkan terikat dengan tugasan di tempatnya belajar. Tapi Utih dah balik awal sebelum tu =)

Ummi and Abah registered with Gemilang package dalam tahun ni juga. Semuanya bagai dimudahkan sehingga dipanggil untuk mengerjakan haji pada tahun ini juga. Alhamdulillah.

Pihak Tabung Haji membuat pengumuman dalam 10 minit awal sebelum 1.30 pagi untuk para jemaah check in dengan mearahkan para jemaah membawa sendiri bagasi. Ketika tu, kami risau sebab Ummi tak larat nak bawa beg. Lagipun Ummi kurang sihat. Sempat makan ubat selsema sebelum bertolak.

Kami adik beradik sudah berbaris di sebelah sisi bangunan untuk lihat Ummi dan Abah. Kelihatan Abah tercari-cari kami dari arah kanan di mana tempat kami berdiri ketika Ummi dan Abah nak masuk ke bangunan. Ntah macam mana, Abah menoleh juga ke belakang dan kami cepat-cepat melambai.

Ummi kelihatan sayu dan hati kami pun syahdu sekali lagi. Sebelum itu juga, sempat kami adik beradik memohon ampun maaf di atas segala sikap kami dan mencium Ummi dan Abah. InsyaAllah, kami mendoakan segalanya dalam perlindungan Allah s.w.t.

Selamat mengerjakan ibadat haji 1432 kepada semua hujjaj. Semoga Allah kurniakan haji mabrur dan semoga selamat menyelesaikan ibadat haji dan selamat tiba di kampung halaman. أمين
~ Kami pasti menyusul selepas ini.

Thursday, October 20, 2011

DOA ASIAH

Tulisan ini membawa kalimah bermakna.

Kalimah yang di abadikan di dalam al-Quran agar terus diingat sepanjang masa.

Kalimah yang keluar dari mulut seorang perempuan yang hatinya telah diliputi keimanan.

Perempuan itu berdiri sambil berseru tanpa menghiraukan kemilau dunia yang fana.

Dia berkata dengan bahasa sikap dan ucapannya, "Ya Tuhanku, bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga."

Sungguh, tidak ada lagi tempat bagi dunia dalam hatinya.

Maha Suci Allah, seluruh hati perempuan itu dipenuhi dengan cinta kepada Tuhannya!

Di atas jalan Tuhannya, perempuan itu tetap bertahan sekalipun sering ditimpa seksaan yang bertubi-tubi.

Di atas jalan kebenaran, perempuan itu tetap berpijak, langsung tidak beralih sekalipun sering dilontar cacian hina.

Kalian yang membaca,

Perempuan yang saya maksudkan ialah Asiah, isteri Firaun.

Seorang isteri yang tidak dicintai oleh suaminya.

Tetapi, sangat dikasihi oleh pemilik hatinya, Allah S.W.T.

Istimewanya Asiah, doanya diabadikan di dalam al-Quran:
"Ya Tuhanku, bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga." (at-Tahrim:11)


Al-Hafiz Ibn Hajar berkata:
"Antara keutamaan Asiah, isteri Firaun, adalah dia lebih memilih mati dan diseksa di dunia daripada memperoleh kesenangan yang telah didapatkannya sebagai isteri Firaun." (Fathul Bari, 6/516)

Ibn Kathir pula berkata:

"Dengan sanadnya, Ibn Jarir meriwayatkan dari Sulaiman at-Taimi, bahawa isteri Firaun sering diseksa di bawah terik sinar matahari. Dia diseksa oleh suaminya, namun apabila Firaun meninggalkannya setelah menempatkan Asiah di bawah terik sinar mentari, para Malaikat terus menaungi Asiah dengan sayap-sayap mereka, lalu Asiah dapat melihat rumahnya di dalam syurga." (Tafsir Ibn Kathir, 4/394)


Mulianya isteri Firaun, Allah S.W.T menyebutnya di dalam al-Quran:
"Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika dia berkata, "Ya Tuhanku, bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya; serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim."
 

Alangkah bahagianya Asiah, doanya dimakbulkan Allah S.W.T.

Pahit maung seksaan yang menimpanya menjadi manis setiap kali melihat rumahnya di syurga.

Allahu Akbar!

Ya Allah, jadikan kami wanita yang langsung tidak silau dengan kemilau dunia, fatamorgana yang menipu manusia!

Sumber: iluvislam.com

~ Dewasa ini, ramai yang memilih kekayaan dan kemewahan tanpa mempedulikan hubungan dengan pencipta dan sesama manusia. Ada yang sanggup menggadaikan agama kerana inginkan hidup mewah tanpa memikirkan akibatnya..Jadikan kisah Asiah sebagai iktibar untuk kita semua dalam memelihara jiwa agar sayangkan agama dan jangan biarkan kes 3 Ogos 2011 berulang kembali. Akidah diperkotak katikkan dengan sesuka hati... Generasi muda, kuatkan jiwa untuk mengenal diri dan Islam.

Wednesday, October 19, 2011

JANGAN AMALKAN BERPRASANGKA BURUK


ISLAM menganjurkan umatnya mengeratkan silaturahim serta hidup rukun damai. Kerana itu kita dilarang melakukan perkara yang menjejas dan merosakkan hubungan baik sesama manusia, antaranya bertelingkah, bermusuh-musuhan serta berprasangka buruk.

Perihal ini dinyatakan Allah SWT dalam Surah Al-Hujarat ayat 12, bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.” Berdasarkan ayat ini, sesungguhnya sebahagian prasangka itu perbuatan dosa kerana ia timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang, yang kemudian menimbulkan tuduhan tidak berasas kepada seseorang sehingga menyakiti hati orang itu.

Ingatlah, setiap perbuatan yang dilakukan, sama ada baik atau buruk, pasti menerima pembalasan di akhirat.
Oleh itu, sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat, hendaklah kita menjaga pertuturan dengan berbicara yang baik atau lebih baik diam saja.

Ini sebagaimana riwayat Imam Al-Bukhari menyatakan Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam.” Bagi mengelak kita berprasangka buruk, teliti dan selidiki dulu perkara yang kita dengar dan jangan terus membuat andaian bukan- bukan.

Peringatan ini dinyatakan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, selidikilah untuk menentukan kebenarannya.” (Al Hujuraat, ayat 6) Rasulullah SAW juga mengingatkan umat Islam supaya tidak cepat terpengaruh dengan berita disampaikan seseorang yang belum pasti benar-benar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Orang dimaksudkan Rasulullah dikenali sebagai orang fasik di mana baginda SAW bersabda: “Jauhilah oleh kamu prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta perkataan.” (Riwayat Imam Al-Bukhari) Dalam soal ini, ulama menetapkan bahawa prasangka buruk terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Pertama: Prasangka yang mendatangkan dosa dan haram Prasangka yang mendatangkan dosa dan haram termasuk prasangka terhadap Allah SWT, walaupun di dalam hati, serts prasangka terhadap orang yang dikenali baik (orang yang tidak fasik) dan orang yang tidak melanggar hukum syarak.

Kedua: Prasangka yang tidak mendatangkan dosa adalah keadaan di mana kita berprasangka buruk terhadap seseorang tetapi ia terbatas di dalam hati dan tidak dinyatakan atau dizahirkan kepada orang lain.

Prasangka ini juga dalam keadaan apabila kita berwaspada mengenai keselamatan diri, harta dan keluarga daripada ancaman anasir jahat, contoh daripada orang yang berniat jahat.

Tidak menjadi kesalahan kita berprasangka seseorang itu ingin membuat kejahatan, asalkan kita berwaspada dengan tindakannya dan jangan sewenang-wenangnya melepaskan tuduhan sedangkan seseorang itu tidak melakukan kesalahan itu.

Tetapkan dalam diri kita bahawa Allah SWT mahukan hamba-Nya hidup dalam keharmonian. Oleh itu, sewajarnya kita mengamalkan sifat berkasih sayang dan belas kasihan sesama manusia.

Hindarilah daripada berprasangka buruk yang sememangnya diketahui akan merosakkan perpaduan kehidupan manusia, mudah-mudahan kita dapat mengekalkan ukhuwah sesama insan yang sememangnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan Islam.

Sunday, October 16, 2011

REAL STEEL



A gritty, white-knuckle, action ride set in the near-future where the sport of boxing has gone high-tech, Real Steel stars Hugh Jackman as Charlie Kenton, a washed-up fighter who lost his chance at a title when 2000-pound, 8-foot-tall steel robots took over the ring. Now nothing but a small-time promoter, Charlie earns just enough money piecing together low-end bots from scrap metal to get from one underground boxing venue to the next. When Charlie hits rock bottom, he reluctantly teams up with his estranged son Max (Dakota Goyo) to build and train a championship contender. As the stakes in the brutal, no-holds-barred arena are raised, Charlie and Max, against all odds, get one last shot at a comeback.



Sumber: Trailers

~ Siapa yang suka robot gusti, boleh lah layan cerita ni.. Memang best bagi menaikkan semangat untuk berjuang. Bukan kecil sebarang kecil tapi ada jiwa yang kuat, pasti boleh! Saya tengok pun sebab terpengaruh dengan Alang dan Soleh.. Actually bila tengok cerita ni, saya teringat nasihat Ummi sebab saya suka kata tak boleh padahal belajar dah memang tinggi cuma minat terhadap kerja yang kita buat ketika ini tiada. Tapi Ummi tetap kata, " Jangan merungut! Kakak boleh..Sabar je. Kakak dah cuba untuk dapatkan apa yang akak nak tapi belum masanya.. Sabar je.."

PIRAMID BAWAH TANAH

TIDAK MENGANCAM... pembinaan piramid terbalik ini membolehkan bangunan warisan di sekitar Mexico City terus terpelihara.

JIKA bandar raya lain berbangga dengan pembinaan menara pencakar langit, di tengah Mexico City, arkitek kini sibuk merealisasikan pembikinan bangunan lebih luar biasa - pencakar bumi.

Mengikut rancangan, mereka mahu membina bangunan 65 tingkat sehingga 300 meter ke dalam tanah.

Berbentuk seperti piramid terbalik, bangunan itu bakal dibina di ibu negara Mexico dan sepatutnya memiliki ketinggian kira-kira sama dengan bangunan lain di situ.

Daripada 65 tingkat itu, setiap 10 daripadanya dikhaskan untuk kediaman dan kedai, selain sebuah muzium serta 35 tingkat lagi untuk dijadikan pejabat.

Di bahagian paling atas bangunan ini dipasang lapisan kaca untuk menutup lubang empat segi sama seluas 240 meter x 240 meter.

Selain bertindak sebagai bumbung, ia juga membolehkan cahaya matahari digunakan bagi menerangi bahagian lebih rendah di dalam tanah.

Pegawai firma arkitek BNKR Arquitectura, Esteban Suarez, berkata bangunan itu turut menempatkan sebuah pusat kebudayaan baru untuk Mexico.






Katanya, permintaan untuk ruang pejabat, pusat komersial dan kediaman sentiasa tinggi di Mexico City tetapi pada masa sama, tiada kekosongan ketika ini.

“Undang-undang Pusat dan kerajaan tempatan pula melarang sebarang bangunan bersejarah dimusnahkan.

“Jika ia dibenarkan pun, peraturan semasa mengehadkan pembinaan bangunan hanya setinggi lapan tingkat,” katanya.

Di sebalik kekangan itu, katanya, pusat bandar raya Mexico City yang bersejarah itu perlukan perubahan.

Justeru, kata Suarez, mereka tidak ada pilihan kecuali satu - membina bangunan jauh ke dalam tanah.

“Pencakar bumi ini mengekalkan kewujudan bangunan yang menjadi mercu tanda Mexico City dan bangunan bersejarah lain di sekitarnya,” katanya.

Melalui lubang yang ada di tengah-tengah piramid terbalik itu, kata Suarez, semua penghuni bangunan berkenaan dapat menikmati cahaya semula jadi dari matahari.

Aspek pengudaraan juga diberi perhatian dengan mengekalkan sistem sedia ada, membolehkan penghuni menggunakan sumber semula jadi.

“Apabila bangunan ini siap nanti, pelbagai aktiviti masih boleh terus dilangsungkan di tengah bandar raya, seperti konsert, pameran terbuka dan perarakan tentera,” katanya.

Piramid memang memainkan peranan besar dalam sejarah seni bina Mexico.

Ribuan tahun lalu, pembangunan di negara itu banyak dipengaruhi struktur piramid.

Ketika kaum Aztec tiba di Lembah Mexico, mereka membina piramid di atas tasik yang mereka temui di situ.

Sejajar dengan perkembangan dan pengaruh empayar Aztec, mereka membina piramid baru dengan saiz lebih besar - bukan di kawasan baru, sebaliknya di sekitar piramid asal.

Piramid tradisional merangkumi pelbagai lapisan sejarah, sesuai dengan era tertentu.

Apabila penjajah Sepanyol tiba di Amerika dan akhirnya menguasai Aztec, mereka membangunkan gereja Kristian di atas piramid berkenaan.

Akhirnya, seluruh bandar raya kolonial itu dibina di atas tapak tamadun Aztec.

Pada abad ke-20, banyak bangunan kolonial diruntuhkan untuk memberi ruang kepada pembinaan bangunan moden di atas tapak bersejarah.

Justeru, Suarez berkata, pihaknya mahu mengelak kesilapan itu berulang.

“Bangunan pencakar bumi ini dibina jauh ke dalam tanah untuk membolehkan kami menemui asal usul tamadun Mexico,” katanya.

Sumber: Metro

~ Saya rasa kagum jika kita masih kenal di mana bumi kita pijak. Berpusu-pusu orang nak jaga sejarah di bumi sendiri. Tapi kita yang muslim ni, adakah kita cintakan sejarah negara kita dan ketamadunan Islam? Saya tanya pada diri sendiri... Apa-apa pun kita kena hargai sejarah yang tercipta.

Friday, October 14, 2011

TERKINI: Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14



KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. – BERNAMA

~ Kat ofis baru je letak gambar agong, maklumlah ofis baru..lepas ni kena tukar segera

7 FASA HIDUP MANUSIA

1. Fasa Alam Roh

Dari unsur tanah kita diciptakan. Di alam roh, Allah memberitahu bahawa kita telah mempersaksikan ketuhanan-Nya. Kita hadir ke dunia daripada setitis air yang tiada erti untuk membuktikan kesaksian itu.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Kami telah menciptakan kamu, maka mengapa kamu tidak membenarkan (hari berbangkit)? Maka terangkanlah kepada-Ku tentang nutfah (air mani) yang kamu pancarkan. Kamukah yang menciptakannya, atau Kamikah yang menciptakannya? (Surah al-Waqi'ah: 57-59).

2. Fasa Alam Dunia

Ketika ini, roh ibarat pemandu dan jasad adalah kenderaan. Kadangkala, kehebatan sesebuah kenderaan, BMW contohnya, menyebabkan pemandunya lupa diri lalu memandu sesuka hati tanpa menghiraukan peraturan jalan raya atau keselamatan diri sendiri.

Roh yang lupa Tuhan akan memandu jasad berbuat dosa. Hidup di dunia hanyalah seketika. Hari akhirat itu tiada batas masa. Firman Allah SWT.:

“Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu siang atau pagi hari. (Surah al-Naziat: 46)

3. Fasa Alam Barzakh

Barzakh bererti sesuatu yang terletak di antara dua benda atau penghalang. Kubur adalah permulaan alam akhirat, sempadan antara alam dunia dan alam kebangkitan. Alam barzakh akan memperlihatkan destinasi akhir kita nanti. Itulah yang diterangkan oleh Rasulullah SAW sebagai azab kubur. Firman Allah SWT.:

“Kepada mereka diperlihatkan neraka, pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat.” (Surah al-Mu’min: 46)

Saat telah diwafatkan, jasad kita ke kubur dan roh kita pergi ke alam barzakh. Tiada satu roh pun boleh terlepas daripada soalan malaikat walaupun dia tidak mempunyai kubur seperti mati ditelan ular sawa atau lemas di laut.

Firman Allah SWT.:


“(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, “Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan.” Sekali-kali tidak! Sungguh itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan.” (Surah al-Mukminun: 99-100)

             Kisah: Perbualan 2 orang Profesor

Prof. Chea: Prof. Faris, cuba lihat mayat ini. Saya dah buat observation selama dua hari, tiada langsung bukti saintifik yang boleh membuktikan ada malaikat yang datang menyoalnya seperti yang anda dakwa. Jelas, itu tidak berlaku kepada orang yang mati.
Prof. Faris: Prof. Chea, cuba lihat dia. (menunjukkan isyarat tangan kepada seorang pembantu makmal yang sedang tidur lena di atas sebuah kerusi di salah satu sudut makmal)
Prof. Chea: Kenapa dengan dia?
Prof. Faris: Prof. pernah bermimpi?
Prof. Chea: Dah tentu.
Prof. Faris: Prof. dapat melihat mimpi orang itu sekarang?
Prof. Chea: Tidak.
Prof. Faris: Lihat, observation kita semata-mata tak mampu menjangkau ke dalam mimpi orang yang tidur. Apatah lagi nak mengjangkau ke alam orang mati.

4. Fasa Dibangkitkan

Malaikat Israfil akan meniup sangkakala untuk membangkitkan kita dari alam barzakh.
Firman Allah SWT.:
“Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti datang, tiada keraguan padanya, dan sungguh Allah pasti akan membangkitkan sesiapapun yang di dalam kubur.” (Surah al-Haj: 7)

5. Fasa Alam Mahsyar

Alam Mahsyar mengumpulkan umat manusia dari zaman Adam a.s. hinggalah  Muhammad SAW untuk menanti saat pengadilan terbuka oleh Allah SWT. Firman Allah SWT.:

 “Kami telah menentukan kematian masing-masing kamu dan kami tidak lemah. Untuk menggantikan kamu dengan orang-orang seperti kamu (di dunia) dan membangkitkan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui. (Surah al-Waqiah: 60-62)

6.Fasa Dihisab dan Menerima Buku Catatan Amalan

Hisab Allah SWT. merangkumi sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Amalan kita takkan terlepas dari perhitungan meskipun sebesar biji sawi. Firman Allah SWT.:

Maksudnya: Maka adapun orang yang diberi surat (perhitungan) di sebelah kanannya, akan berkata: Marilah bacalah suratku (ini). Sesungguhnya (memang) aku percaya, bahawa aku bertemu perhitungan ku (yang baik). Maka (adalah) ia dalam penghidupan yang diredai. (Surah al-Haaqah: 19 )

Kisah:

Lelaki A: (Sambil memegang telefon bimbit) Alah Celcom ni, hantar mesej tulis ‘ok’ aje pun dikira. Habis satu sen.
Lelaki B: Itu baru kiraan Celcom. Kiraan Allah nanti lagi dahsyat. Tak ada satu detik lintasan hati pun yang tak dikira.
(Lelaki A bercucuran air mata)

Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. (Surah al-Nur: 24)

7.Fasa Syurga atau Neraka

Nama-nama Syurga

Syurga Firdaus
Surat Al Mu'minuun, ayat 9-11.
"Dan orang-orang yang memelihara solat: Mereka itu adalah orang - orang yang akan mewarisi (yaitu) yang bakal mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya".

Syurga Adn
Firman Allah SWT di dalam surat Thaaha, ayat 76.
"(Yakni) syurga 'Adn yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, didalamnya mereka kekal. dan itulah (merupakan) balasan bagi orang yang ( dalam keaddan ) bersih ( saat didunianya dari berbagai dosa )".

Surah Shaad, ayat 50 :
"(Yaitu) syurga'Adn yang pintu - pintunya terbuka bagi mereka".

Syurga Na'iim
Surah al Hajj, ayat 56. Allah SWT. berfirman :
" Maka orang - orang beriman dan mengerjakan amal shaleh ada di dalam syurga yang penuh kenikmatan".
Firman-nya lagi dalam surat Luqman, ayat 8 :
"Sesungguhnya orang - orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh, bagi mereka bakal mendapat syurga yang penuh kenikmatan".

Syurga Ma'wa
Surat As Sajdah, ayat 19 Allah berfirman:
"Adapun orang - orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh. maka bagi mereka mendapat syurga - syurga tempat kediaman, merupakan pahala pada apa yang telah mereka kerjakan".

Syurga Darussalam
Dalam surat Yunus, ayat 25 :
"Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (yakni syurga),
dan memimpin orang yang dikhendaki-Nya kepada jalan yang lurus".

Syurga Daarul Muqoomah
Surah Faathir, ayat 34-35:
"Dan berkatalah mereka : Segala puji bagi Allah yang telah menghapus (rasa) duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami adalah Maha Pengmpun lagi Maha Mensyukuri: Yang memberi tempat kami di dalam tempat yang kekal (syurga) dan kurnia-Nya".

Syurga Maqoomul Amiin
Surah Ad Dukhan, ayat 51:
"Sesungguhnya orang - orang yang bertawakal tinggal di dalam tempat yang aman (syurga)".

Syurga Khuldi
Surah Al Furqaan, ayat 15:
"Katakanlah : "Apa (siksa) yang seperti itu yang baik, atau syurga yang kekal, yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa, sebagai balasan dan kediaman kembali mereka".

Nama-nama Neraka

Huthamah
Surah Al-Humazah (104) ayat 4-5.
Di dalamya ditempatkan orang-orang Yahudi.

Hawiyah
Surah Al-Qori'ah (101) ayat 9-10.
Di dalamnya ditempatkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir.

Jahannam
Surah al-Hijr (15) ayat 43.

Jahim
Surah As-Syu'araa (26) ayat 91.
Di dalamnya ditempati orang-orang musyrik.

Saqar
Surah Al-Muddatstsir (26) ayat 26-27,42.
Di dalamnya ditempati orang-orang penyembah berhala.

Sa'ir
Surat An-Nisa' (4) ayat 10; Surat Al-Mulk (67) ayat 5,10,11 dan lain-lain.
Di dalamnya ditempati orang-orang Nasrani.

Wail
Surah Al-Muthaffifin, ayat 1-3.



Sumber: Sebarkan Bahagia