Saturday, September 15, 2012

HADIAH DARI KELANTAN

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat berhujung minggu semua. Sebelum tu, saya nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk adik bongsu perempuan saya, Hidayah. Lepas zohor nanti kami nak celebrate birthday dia secara kecil-kecilan.

Terus ke tajuk utama, dah lama saya nak share cerita ni tapi tak sempat..Tapi rasanya tak basi lagi. Tetap memorable!! ^_^

Memandangkan suami saya mempunyai darah campuran Perak dan Kelantan (saya Kedah dan Jawa Selangor),  jadi raya tahun ni, kami boleh dikatakan ronda-ronda Malaysia. Kami beraya di Selangor, Perak dan Kelantan.

Nak kata pengantin baru pun ia juga kami ni. Sebab suami tak bawa saya melawat saudara di sebelah Kelantan lagi. Bila datang Tumpat pada raya ke 4 baru ni, sambutan yang diterima sangat mesra. Orang baru lah katakan + bakal dapat orang ketiga pula..

Datang rumah adik beradik Abah (pak mentua) dan tok sedara yang lain di Chabang Empat & Kg. Simpangan, Pengkalan Kubor, ada je barang yang diberi sebagai hadiah. Saya terima je walaupun segan.

Rupanya, adik ipar (Nor) sempat berbisik, ini memang cara orang Kelantan jika sambut ahli baru dalam keluarga yang baru pertama kali datang. Saya tak pasti betul ke tak..tapi saya ok je.. Orang nak bagi, kita terima dengan tangan terbuka.

Adik ipar yang bongsu (Jiha), sibuk bertanya, "Kak dapat apa?" "Bertuahnya akak dapat hadiah! Jiha pun nak kahwin dengan orang Kelantan jugalah!"

Saya senyum je.. Tapi rasa teruja juga walaupun hadiah yang diberi kecil saja..

Hah, ni dia antara barang yang saya dapat...Tapi abaikan latar gambar ye..

[ Telekung..Tok Da bagi ke atau anaknya yang bagi..Lupa dah ]
[ 8 helai kain batik.. Untuk suami kain pelikat tapi  satu je ^_^ ]
[ Kain ela.. Tunggu lepas bersalin baru buat baju]
[ Ni saje nak interframe.. Kad raya dari member sekolah yang telah menjadi penulis novel, Noraz Ikha dan Dysha blogger doodle yang comel, kawaiidyshastudio. ]

Itu je coretan saya buat masa ini. Ada lagi yang saya nak kongsikan... Stay with me ya!

~ From bottom of my heart, thank you so much for the lovely present. Only Allah can bless them!

Friday, September 14, 2012

Petua Untuk Keharmonian Suami Isteri Hingga Akhir Hayat


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan kucupan.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras\ menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
Sumber: Facebook.
~ Bila tengok gambar kapel veteran yang cumel ni, saya teringat Ummi & Abah saya. Tapi mereka lagi cooomel.. Nak bahagia macam Ummi & Abah saya. Dah veteran pn masih lagi penuh dengan gelak ketawa sebab masing-masing cuba buat lawak yang memang menggelikan hati kami adik beradik. Memang happening!

Wednesday, September 12, 2012

HIDUP VS MATI

[Klik untuk besarkan..]
Letakkan DUNIA itu di tangan, AKHIRAT itu di hati. Supaya senang DUNIA itu dibahagi-bahagi dan AKHIRAT itu di bawa mati.

Sumber: Facebook

Tuesday, September 11, 2012

[MTV] Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)



Lirik: Muara Hati - Hafiz ft. Dato' Siti Nurhaliza

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

~ Bestkan lagu ni.. Novel Adam & Hawa memang dah lama ada dalam simpanan saya..

GOOD LUCK FOR UPSR STUDENTS

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ini peperangan dunia untuk adik-adik yang menduduki UPSR telah bermula. Saya doakan yang terbaik untuk kesemuanya termasuk untuk sepupu saya, Fahmi, Syafiqa dan sahabatnya Fatimah.

Ada cerita sebenarnya tentang sepupu saya yang perempuan tu. Syafiqa merupakan sepupu disebelah suami saya. Tak silap saya dalam bulan 5 macam tu, Mak Yang dah minta saya bantu anak dia untuk mengajar tuisyen UPSR & SPM..

Memang dok lari mana pun, ada juga yang minta khidmat saya walhal saya memang tak minat bidang pendidikan. Ajar adik sendiri pun dah menangis sebab kakak dia garang sangat dan bantu kawan dalam pelajaran pun ada yang tak faham. Itu yang jadi ketakutan pada saya sejak dulu lagi. Bos tempat kerja lama minta njagar tuisyen part time dan kawan india  minta ajar anak dia kelas tambahan kat rumah pun saya bagi alasan yang ntah relevan ke tak.

Anak-anak Mak Yang punyalah semangat nak minta bantuan saya (maybe saya graduet comel yang lemah lembut kot - tafsiran yang salah tu..). Saya jadi tak tahan lagipun waktu tu kandungan masih muda lagi dan saya kerap tak sihat.

Tapi sekali lagi 2 minggu akhir bulan Ogos, Mak Yang minta juga jasa baik saya untuk bantu anak daranya itu untuk berjaya. Saya tak mahu ramai anak murid sebab saya bukan nak mengajar tapi untuk membantu sahaja. Tapi apakan daya, ada juga kawan rapat sepupu saya nak turut serta.

Suami pun bagi galakan agar dapat income lebih.. So, bermulalah kelas saya yang tak seberapa. Actually, mereka minta saya ajar banyak subjek tapi saya hanya mengatakan subjek yang mereka lemah sahaja.. Rasanya sayalah mentor yang paling tak senonoh sebab tergelak bila budak-budak ni panggil saya , TEACHER (kelas pertama, subjek B.I). Mulia dik oi panggilan tu.. Saya bukan Teacher. Panggil Kak A je..

Zaman sekolah rendah ni dah lama i tinggal, so jenuh juga nak cari latihan yang bersesuaian sebab format dah jauh menyimpang. Rajin lah i godek-godek info untuk exam UPSR dan SPM. Macam mak-mak je bila cari buku-buku latihan kat Popular, Wangsa Walk. Tapi tak beli pun. Beli buku untuk diri sendiri je..

Saya cuba yang termampu untuk membantu sepupu saya dan sahabatnya berjaya. Ibarat macam adik sendiri. Ada juga yang kena cubit dan kena tarik telinga sebab geram sangat. Tak serius nak buat latihan sebelum ni. Kan dah kena!

Tapi saya doakan mereka perolehi A untuk semua subjek. Amin. Dah usaha kena tawakallahkan... ^_^

Monday, September 10, 2012

Padah Tiru Video Gangnam Style

El Monte – Sekumpulan penyelamat kolam renang di sini menyangka usaha mereka beraksi menggunakan rakaman video rap muzik Korea Selatan akan mendapat pujian, tetapi sangkaan mereka meleset.
Majikan mereka tidak bersetuju dengan usaha itu dan memecat 14 penyelamat kolam renang berkenaan yang bertugas di sini, minggu lalu.
Diberi tajuk Lifeguard Style, video lebih dua minit itu meniru gaya bintang pop Psy yang mempersembahkan Gangnam Style, rentak sensasi internet tahun ini.Dalam aksi mereka, 14 penyelamat itu memakai pakaian renang merah dan meniru gaya Psy serta menyapu krim kulit sesama sendiri.
Dalam satu aksi yang disiarkan YouTube, seorang daripada mereka menari dengan seorang rakan di celah kangkang.
Disifatkan tak senonoh
Ketua mereka nyata tidak memberi sokongan atau terhibur dengan gelagat mereka dengan menyifatkan ia tidak senonoh dan memalukan, kata salah seorang penyelamat terbabit, Gabriel Gonzalez kepada NBC.
Pihak berkuasa perbandaran pula menjelaskan, kumpulan penyelamat itu bersalah menggunakan harta benda awam termasuk kolam renang dan pakaian mereka untuk kegunaan peribadi, menurut laporan.
Penyelamat terbabit yang mahu bekerja semula di tempat sama sudah mewujudkan laman web di Facebook berjudul Bring Back The El Monte Aquatic Center 14, yang sudah mempunyai 584 peminat dan mendapat tandatangan sokongan hampir sama.
“Kami rasa tidak adil kena pecat menggunakan alasan itu”, kata seorang lagi penyelamat, Alexander Huerta kepada CBS.
Setakat ini, lebih 359,421 sudah menonton aksi penyelamat terbabit di YouTube.

Sumber: MyNewsHub

~ Kuat juga pengaruh yang dibawa Psy. Tapi, saya tak tengok lagi video dia & tak berminat pun. Saya setuju juga penyelamat tu dipecat sebab mereka tak fikir sebelum bertindak..

7 Ancaman Kesihatan Wanita

BERDASARKAN kajian didapati ancaman besar terhadap kesihatan wanita sebenarnya boleh dicegah. Dalam bab menjaga kesihatan diri sendiri, tiada orang lain yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab ini.
Mungkin ramai tidak sedar, menjaga kesihatan yang menjadi harta paling berharga dalam hidup kita adalah satu amanah kerana ia membolehkan kita menjalankan tugasan harian termasuk bekerja, menguruskan rumah tangga dan menjalankan ibadat dengan lebih baik.

Memang tidak dapat dinafikan, wanita lebih peka dalam menjaga kesihatan. Namun ia perlu dipertingkatkan kerana tugas dan tanggungjawab wanita kini lebih besar dan mencabar.

Berdasarkan statistik daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), ada tujuh ancaman utama kepada kesihatan wanita. Mari kita sama-sama belajar cara untuk mengurangkan risiko ancaman ini.

1. Sakit jantung - Sakit jantung bukan penyakit lelaki saja walaupun jarang kedengaran wanita diserang penyakit ini. Sebelum menopaus, hormon wanita melindungi kita daripada serangan penyakit jantung tetapi selepas putus haid, risiko untuk mendapat penyakit ini sama seperti lelaki.

Jadi ambillah langkah pencegahan dari sekarang supaya kita tidak termasuk dalam statistik rakyat Malaysia yang mendapat serangan jantung. Antara yang boleh dilakukan ialah:


  • Berhenti merokok jika anda merokok. Ada banyak kaedah terkini yang boleh membantu anda berhenti. Pergilah ke mana-mana klinik berhenti merokok atau minta doktor rujukkan anda kepada pakar yang sentiasa bersedia membantu anda berhenti merokok.



  • Amalkan pemakanan sihat - Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, kurangkan makanan mengandungi banyak lemak, gula dan garam.



  • Kawal penyakit anda dengan baik terutama tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi dan kencing manis.



  • Bersenam - Ini sangat penting. Bersenamlah sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit sehari, empat atau lima kali seminggu. Jika dapat dilakukan setiap hari, kesannya lebih baik.



  • Kekalkan berat badan yang sihat. Penambahan berat badan akan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung.



  • Hadkan pengambilan alkohol, terlalu banyak alkohol akan meningkatkan tekanan darah, namun lebih baik jika ia dihentikan terus.



  • Tangani tekanan. Luangkan masa untuk belajar kaedah menguruskan tekanan dengan cara yang sihat dan menggembirakan.

    2. Kanser - Walaupun secara umumnya punca sebenar kanser tidak diketahui tetapi ada pelbagai cara yang boleh diambil untuk mengurangkan risikonya.



  • Jangan merokok. Merokok adalah faktor penting yang boleh mendekatkan anda dengan kanser. Pada masa sama, cuba elakkan menjadi perokok sekunder (tidak merokok tetapi kerap terdedah kepada asap rokok).



  • Kerap bersenam. Pilih senaman yang anda suka. Ia bukan saja boleh menjadi terapi minda malah mampu mengawal berat badan. Ada pakar berkata penurunan berat badan secara tidak langsung mengurangkan risiko kanser.



  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.



  • Lindungi kulit daripada cahaya matahari yang terik.



  • Menyusukan anak. Penyusuan badan dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara.



  • Ambil langkah pencegahan dengan menjalani ujian pemeriksaan seperti mamogram dan lumuran Pap.

    3. Strok - Ada sesetengah faktor risiko strok tidak boleh dikawal seperti sejarah keluarga, umur dan keturunan. Namun faktor lain boleh dikawal contohnya:



  • Kawal penyakit anda. Jika anda ada masalah tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi, ambil ubat mengikut jadual. Jika ada kencing manis, pastikan paras gula berada dalam julat normal.



  • Jangan merokok. Jika anda merokok, berusaha untuk berhenti.



  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan paling penting - kerap bersenam.



  • Pelajari tanda awal strok dan kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga serta rakan baik. Minta ahli keluarga dan rakan segera membawa anda ke hospital jika anda menunjukkan tanda strok.

    4. Penyakit saluran pernafasan bawah kronik - Dalam erti kata lain, ada masalah dengan paru-paru anda. Ini termasuk bronkitis dan emfisema. Jadi, ambillah langkah untuk menjaga kesihatan paru-paru dengan:



  • Tidak merokok



  • Hindari tempat yang banyak pencemaran (kimia dan udara)



  • Cegah jangkitan saluran pernafasan dengan kaedah paling mudah - mencuci tangan dengan baik.


    5. Penyakit Alzheimer - Meskipun tiada kaedah khusus untuk mencegahnya, tetapi pakar sependapat risikonya boleh dikurangkan melalui:



  • Kawal penyakit anda. Penyakit seperti tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, sakit jantung, strok dan kencing manis dikatakan boleh meningkatkan risiko mendapat Alzheimer.



  • Jangan merokok. Sesetengah kajian mendapati ada kaitan antara Alzheimer dengan rokok.



  • Bersenam, tidak kira apa bentuk senaman pun, semuanya boleh memberi manfaat.



  • Jaga kesihatan minda dan sosial dengan menyertai aktiviti kemasyarakatan, membaca, melakukan perkara yang mencabar fikiran termasuk mempelajari benda baru.

    6. Kemalangan - Kemalangan jalan raya juga disenaraikan sebagai ancaman utama kepada kesihatan wanita. Patuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya, sama ada anda memandu atau menggunakan kenderaan awam.

    7. Kencing manis - Ini penyakit yang sangat lazim di negara kita. Untuk mencegah kencing manis, amalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan selalu bersenam, khususnya bagi mereka yang ada sejarah keluarga menghidap penyakit ini.

    Jika anda sudah menghidapnya, ambillah langkah proaktif supaya paras gula anda berada dalam julat sihat kerana kencing manis yang tidak terkawal akan merosakkan saraf khususnya pada kaki dan mata. Selain itu, ia juga meningkatkan risiko mendapat sakit jantung dan mengalami kerosakan buah pinggang.




  • Sumber: Metro

    ~ Semoga Opah & Nenek kembali sihat seperti sediakala