Tuesday, June 25, 2013
KISAH KEBERKATAN
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.
Renung-renungkan dan selamat beramal........
* Jika kita yakin dengan Allah, Allah pasti akan beri yang terbaik buat hambanya. Banyak juga kisah sebegini yang saya pernah dengar.. Moga kita semua dapat mengambil iktibar.. Yang penting, jangan berhutang dan jaga amanah Allah dengan TERBAIK.
Thursday, June 20, 2013
SUDAH SEMINGGU NENEK PERGI MENINGGALKAN KAMI
Assalamualaikum w.b.t.
Sudah seminggu berlalu.. Walaupun aku bukanlah cucu yang terapat dengan nenek, tapi kehilangan nenek tetap ku rasa.
Nak diputar masa sukar dirasakan.. Tapi yang aku ingat, 8 June 2013, aku menyampaikan jemputan buat semua kaum keluarga termasuk sepupu, mak cik pakcik dan rakan-rakan ku yang paling rapat untuk menghadiri majlis aqiqah anak terunaku, Muhammad Akhtar Khawarizmi Bin Mohd Zaidi. Majlis berlansung di rumah mertuaku.
11 June 2013
Aku terbaca di status facebook mak cik ku yang bongsu, nenek sakit. Kemudian Ummi ku menelefon aku untuk memaklumkan hal yang sama.
12 June 2013
4.02 pm - khidmat pesanan ringkas SMS masuk. Dari Abah.
SMS berbunyi, " Memang berat utk diluahkn. Apa yg doktor info sbntr tdi, nenek harapn tipis utk pulih. nenek dpt serangn strok ke 2. Doktor tak leh wat apa, just rawatan antibiotik utk kuman, buah punggang semakin merosot.. Doktor inform, andai nenek dpt serangan jntung tiba2 n stop degupan, doktor tak akn buat CPR memandang faktor usia.."
Aku terus panggil hubby & tunjuk msg yang Abah bagi.
Actually, minggu ni agak sibuk dengan sebut harga & cabut undi. Kerja pun agak banyak. Tapi bila dapat msg tu, terus aku & hubby ambil anak & terus balik kampung.
6.00 ptg
Hospital Tengku Ampuan Rahimah - Wad 13A, 19
Memang keadaan nenek sangat kritikal. Abah, mak su, paksu, dan ramai lagi datang melawat nenek. Sempat aku bacakan Yassin untuk nenek. Aku pegang tangan nenek. Sejuk dan nafas nenek terasa berat. Aku berbisik di telinga nenek, mengalir air matanya..
Ketika kami semua pulang, nenek seolah-olah berat untuk melepaskan kami pergi.
Sempat aku & hubby singgah di rumah Ummi untuk berehat seketika. Abah juga menyatakan, tidak dapat hadir ke majlis aqiqah jika keadaan nenek masih begini.
11.30 mlm tiba di rumah kami.
12 June 2013
5.20 pg aku terjaga dari tidur untuk menjawab panggilan telefon. Aku menjangkakan sesuatu.
SMS yang ku terima sebelum itu, 3.04 pg nenek meninggal.
Terus kejut hubby & siap apa yang patut. Lawat tapak yang sepatutnya kami berdua hadir terpaksa digantikan dengan orang lain.
Semua berkumpul di rumah keluarga ku memandangkan Abah anak sulung dan berdekatan dengan rumah nenek.
Semunya sangat mudah dan cepat. Nenek kelihatan berseri. Ramai yang hadir.
Maksu @ Acik Eamy insan yang paling terasa kehilangan nenek sebab sejak nenek diserang strok pertama, nenek lebih selesa tinggal bersama Acik Eamy. Semuanya ingin dekat dengan Acik Eamy lantaran Acik Eamy merupakan anak perempuan tunggal dalam adik beradik Abah.
Moga roh nenek tenang & aman di sana. Syurga buatmu. Amin. Al-fatihah

Wednesday, June 12, 2013
[Tips] Gambar Bayi Comel Dapat Mengembalikan Dompet atau Beg Tangan Yang Hilang?
Tentu
anda pernah melalui saat di mana anda tertinggal dompet atau beg tangan
samada di restoran, panggung wayang atau kenderaan awam.
Apa
yang anda lakukan pada waktu itu adalah pergi semula ke tempat yang sama
untuk mencari semula dengan harapan ada orang baik yang akan simpankan
dan beri semula kepada anda.
Tidak banyak yang kita dapat lakukan.
Namun terdapat tips menarik untuk anda meningkatkan kebarangkalian dompet atau beg tangan ini dikembalikan kepada anda.
Menurut sebuah kajian, saintis mendapati gambar bayi comel dalam dompet atau beg tangan anda dapat menyelamatkan anda.
Kajian dilakukan dengan meletakkan 240 dompet di sekitar bandar
Edinburgh dengan gambar bayi, anak anjing, keluarga bahagia dan gambar
pasangan tua.
Hasil kajian mendapati, hanya gambar bayi comel
membuatkan orang yang menjumpai dompet itu menjadi lebih lembut dan
berhati mulia untuk mengembalikannya kepada tuannya. Gambar bayi juga
membuatkan si pengambil dompet berfikir mengenai generasi masa depannya.
90% daripada dompet yang mempunyai gambar bayi comel dikembalikan kepada tuannya.
Ini adalah tips baik kepada mereka yang sering tertinggal dompet dan
beg tangan untuk meletakkan gambar bayi comel seperti di dalam gambar.
Sumber: Facebook & Shahabuden Jalil
Friday, June 7, 2013
HAPPY BIRTHDAY SUAMIKU 4/6/2013
Assalamualaikum w.b.t
Jangan fikir negatif bila saya update blog untuk hari ini. Saya bukan lambat wished tapi lambat published.
Alhamdulillah, walau tiada hadiah yang canggih saya beri untuk suami saya, tapi saya tetap beri hadiah hasil usaha saya sendiri. Seminggu saya merancang (itupun ada je yang berubah). Tambahan anak kesayangan kami demam teruk (padahal bf dah tu), terkejar-kejar saya nak urus apa yang patut untuk meraikan sang suami tercinta.
Demi suami, tekun saya siapkan kad ucapan sendiri yang paling kreatif saya usahakan. Rasa keras tangan sebab lama tak buat handmade hadiah. Gigih buat sampai bawa barang-barang ke utara lagi time bercuti Khamis - Ahad (30 Mei - 2 June 2013) lepas. Nyorok-nyorok dari pandangan mata orang.
Namun, berbaloi.. Waktu office hour di pejabat, 4 June 2013, saya beri hadiah pada suami. He love it! Itu pun nak terkantoi dah.. Sebab suami hampir tahu bila suami nak masuk bilik saya (kami satu tempat kerja), dan tiba2 saya jerit jangan masuk my room. ^^
Mungkin ini hanya usaha kecil saya dan belum mampu memberikan yang terbaik sebaik Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah atau Siti Fatimah. Saya masih belajar dan akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk cinta hati, jiwa dan raga saya, suamiku Mohd Zaidi. Sayang kanda sangat2.

![]() | |
| [Di Restoran Puncak Mutiara, Bukit Mertajam] |
![]() |
| [ 3 hero berjumpa tapi hero seorang tu demam, moga cepat baik anakku sayang, Akhtar.] |
Labels:
Cinta,
Personal - aku rase,
Personal - family,
Rumah Tangga
Tuesday, May 28, 2013
SEBUAH KASIH SAYANG
Aku melihat tidak seperti Dia melihat,
Aku lalai..
Aku leka..
Hanyut...
Tidak sedar ada yang memerhati
Penuh rahsia
Namun, demi sayang, tetap Dia mekar
Dihulur pelukan rahmat
Lembut menikam
Tajam menusuk
Pedih terhiris
Tetap bertahan demi Aku yang BODOH
Manusia apakah aku ini??
Ego!
Sombong!
Marah!
Dendam!
Tetap disambut dengan SABAR..
Lewat aku sedar..
Lewat aku bangkit..
Lewat aku tergadah..
RUGI!!!!!!!!
Terasa sia-sia membuang masa setahun lebih..
ALLAH...
Besar rahkmatMu..
Aku malu..
Sangat malu..
Tetap lembut Engkau menyambutku..
Semuanya kerana SAYANG
Penghayatan yang tak aku peduli sebelum ini..
ALLAH...
Kuatkanlah aku menerima dakapanMu
Sabarkanlah aku menerima teguranMu
Semaikanlah aku menerima cintaMu
Tabahkanlah aku meniti ujianMu
Tak terungkap kata-kata..
Engkau lebih tahu betapa nasuhanya aku
Engkau lebih layak menilai aku
Engkau tahu isi hatiku
Peluang ini tidak akan ku sia-siakan lagi..
Tolong 3x
Aku ingin bersamaNya
Kerna Engkaulah penghuni hati ini..
.....
Baru aku sedar, cintaMu sangat indah.....
Syukur Ya Allah
Thursday, May 23, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)