Tuesday, July 6, 2010

KAJIAN TEMPATAN - LAWAK

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya hidangkan anda sekali lagi dengan cerita lawak yang tak kurang hebatnya..

*******************************

KENAPA AKU LETIH BEKERJA

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1..7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.


1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku....

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak...

Sumber: LAWAK 

*** Macam saya terasa lah pulak...huhu

Sunday, July 4, 2010

ENGKAULAH YANG MAHA ESA

Assalamualaikum w.b.t


Setiap hari pasti ada cerita terbaru yang berlaku dalam hidup kita. Cerita itulah yang akan membuatkan hidup kita berubah samada ke arah lebih baik atau sebaliknya. Dengan cerita itu juga, kita akan semakin matang menghadapi usia dan ujian yang dilalui dengan penuh sabar, bertawakal, menyerah dan berlapang dada terhadap pencipta alam ini iaitu Allah s.w.t.

Macam pakar motivasi pula saya pagi Ahad ni. Erm, setiap dari kita ni boleh memotivasikan orang sebenarnya. Nak dengan tak nak je. Tentu anda pernah diminta memberi nasihat kepada seseorang kan? Tak kisah lah tentang apa sekalipun. Dan tentu anda akan cuba memberikan bantuan yang sebaiknya. Lihatlah! Terbukti setiap dari kita diberikan tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah samada diri sendiri, keluarga dan orang yang disekeliling kita. Itulah kualiti kita sebagai KHALIFAH ALLAH. Cuma caranya berbeza di antara kita.

Ok. Jom kita berfikir sejenak tentang cerita di bawah ini. Semoga ada nilainya...

***************************************

Ya Allah, mengapa hatiku ini sering buntu mencari erti hidup. Perlahan-lahan jari jemariku melipat sehelai kertas berwarna putih lalu menjadi sebuah kapal terbang.

"Cantiknya," detik hatiku berkata.
Sudah lama kurasakan seperti ini. Jiwaku kosong tanpa isi yang ranum. Acap kali ku bermimpi untuk kembali ke pangkuanNya, tapi...
"Entahlah..Ya Allah beratnya dugaanMu untuk ku." Sapa diriku keseorangan.

Dingin yang kurasakan ini ibarat memakan diriku. Diriku sudah mula berasa rimas dengan suasana kehidupan ku sekarang. Terlalu kusut kurasakan. Buntu mencari penyelesaiannya.

Tiba-tiba bahuku disentuh dari belakang. Cepat-cepat daku mengelap air mata di pipiku. Namun, daku sudah tidak berdaya lagi untuk menyembunyikannya. Air mata terus menerus bercurahan. Rasa keinsafan sangat ku harapkan.

"Afifi, kenapa ni nak. Ceritalah kat ibu." Tersentak ibuku melihat diriku begini rupa. Tidak disangka, anaknya yang selalu senyap sejak kebelakangan ini akhirnya menitiskan air mata dihadapannya.

Ibuku menarik tanganku, lalu dipeluknya dengan penuh kasih sayang.

"Ibu, berdosakah Afifi? Jawablah ibu.." ujarku sambil menarik nafas yang panjang.

Terkedu ibu disitu. Rasa kasihan kepada anak yang tercintanya terlalu mendalam, apatah lagi melihat kesedihan anaknya yang begitu dirasai. Air mata yang berlinangan ku tadi kini menjadi empangan yang semakin nazak temboknya.

"Afifi.."
"Ye ibu."
"Jangan bersedih lagi ye. Allah sentiasa bersama kita." kata ibuku dengan penuh kasih sayang. Diambilnya sehelai tisu lalu dilapkan kepipiku. Dia tahu apa yang tersirat dihati anaknya itu. Dia amat mengerti kepiluan yang sedang dirasai. Tapi baginya, semuanya telah berlalu.

"Tapi ibu.. Afifi dah.." Sambungku tetapi cepat-cepat persoalanku dipatah semula oleh ibuku.
"InsyaAllah Afifi, kita doakan yang terbaik ye. Takde gunanya kita terus menerus menangis dengan apa yang telah berlaku. Tetapi kita perlu menyesali apa yang telah kita lakukan."

Terdiam aku dipangkuan ibuku. Nasihatnya benar-benar mencuri jiwaku yang sedang kesedihan ini.
Mata ku tajam melihat raut wajahnya. Ibuku kelihatan tenang walaupun mengerti apa yang berlaku. Seolah-olah ada sesuatu yang membantunya kuat menghadapinya.

"Ibu, kenapa ibu sentiasa tenang walaupun Afifi dah banyak buat salah.." pertanyaanku akhirnya diucapkan. Aku bangkit seketika sambil merenung kearah ibuku. Terkelip-kelip mataku melihatnya.

"Sebab Allah sentiasa mengampuni setiap kesalahan yang kita lakukan. Ibu yakin, hidayahNya pasti akan datang untuk Afifi." Jawab ibuku.

"Betul ke ibu.." pintaku..
"Afifi, rahmat Tuhan itu luas. Yakinlah kepadaNya. InsyaAllah, Afifi akan bertemu jalanNya." Kata ibuku sambil tersenyum melihat ku.

Hatiku yang pilu tadi beransur-ansur hilang dari jiwaku. Terngiang-ngiang kalimah Allah di telingaku seolah-olah ada sesuatu berbisik kepada ku. Mengeletar jiwaku.

"Afifi, setiap hambaNya pasti melakukan kesilapan. Pada ketika itu, kita sedar kesilapan kita dan iman kita mula bersuara supaya kita kembali kejalanNya. Janganlah Afifi rasa kehilangan dariNya kerana Allah sentiasa bersama Afifi. Ibu selalu doakan untuk kebaikan anak-anak ibu. Ibu manakah yang sanggup melihat anaknya terus bergelumang dengan dosa." tangis ibuku. Suaranya semakin perlahan..

"Maafkan ibumu Afifi.. Ibu gagal untuk mendidik Afifi." ucap ibuku sambil menundukkan kepalanya. Air matanya mula menitis. Wajah yang tenang tadi akhir bertukar menjadi pilu.

Suasana rumah kian menjadi tenang secara tiba-tiba. Dahulunya resah dan pilu mewarnai ruang tamu bertukar rupa. Penyesalan ibu tadi membuatkan diriku benar-benar tersentak. Lalu daku mengangkat tangan ku, menadah kearahNya dengan sebenar-benar ikhlas...

"Ya Allah, tunjukkan kami kearah jalan Mu...." rintihku kepadaNya Yang Maha Esa.

                                                  ooooooooooo

Ya Allah, tunjukkanlah jalan kepada kami jalan yang diredhai oleh Mu. Berikan kami kebaikan dari atas kekuasaanMu. Kurniakanlah hidayah Mu kepada kami agar hati-hati kami sentiasa rindu kepadaMu.

Maafkan kesilapan yang telah kami lakukan, ampunilah segala perbuatan kami sewaktu kami lalai kepadaMu Ya Allah.

Hanya kepadaMu kami bermohon dan hanya kepadaMu tempat kami bergantung harap.

Berikan kami kehidupan yang sebenar-benar lurus dijalanMu. Janganlah Kau palingkan hati kami jauh daripada Mu Ya Allah.

Kasihanilah kami Ya Allah. Sesungguhnya, Engkau Yang Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Friday, July 2, 2010

SEJUTA KASIH SAYANG BUAT DIRIKU

Assalamualaikum w.b.t.


Jom kita berseloka pagi-pagi ini..

~~ P.A.G.I....
P : pancaran mentari mendamaikan perasaan
A : akan ku mulakan langkahan kaki ini dengan penuh semangat & keazaman
G : gerakan hati berbisik ukhwah yg tersimpul semakin mendalam
I : inilah kehidupan yang sering ku idamkan..

Semoga anda ceria selalu. Malam tadi inbox saya dipenuhi dengan kata-kata yang sangat memberi galakan. Saya sangat-sangat menghargainya lantaran kecewa dengan sikap manusia yang tidak memberi peluang untuk mendengar penjelasan. Apa salahnya menjadi pendengar sebelum mengkritik? Anggap diri sangat bagus. Itukah pentadbir yang diingini?? Walau siapa pun anda, tidak salah memberi peluang untuk seseorang itu meluahkan atau memberi pendapatnya kepada anda. Berlapang dadalah.. 

Andai anda dipilih untuk berkongsi masalah oleh seseorang yang tidak rapat atau mungkin rapat dengan anda, bersyukurlah kerana harga dirimu sangat mahal kerana sifat pendengar yang setia dan pemudah cara ada pada diri anda. Bukan senang untuk menjadi tempat luahan masalah dan tiada orang yang mampu menghadapinya melainkan jika dia berkualiti untuk menjadikan sifat tersebut realiti yang sangat mengkagumkan untuk orang lain. 

Antara kata-kata yang paling terkesan disanubari saya... Terima kasih buat sahabatku Adik Comel

Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri, supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu

~Tq Miss Aini sebab dialah yang beri kata-kata yang indah ini...Tq untuk Nawwar juga sebab quote pagi itu dari dia...

Thursday, July 1, 2010

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN SAHABAT SAYA (26 & 27 JUN 2010)

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya tak terlewat untuk saya mengucapkan tahniah buat Norsarizan & suaminya, Mohd Asnawi. Semoga berbahagia ke anak cucu, berkekalan jodoh hingga ke syurga dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t selalu. Mereka selamat diijabkabulkan pada 26 Jun 2010 di masjid Sungai Rambai.

Sebenarnya, saya dimaklumkan lewat oleh seorang lagi sahabat saya iaitu Akma Emillia. Bayangkan dalam pukul 3.00 petang 26 Jun 2010, Amy (panggilan buat Akma) menghubungi saya supaya menemankannya ke majlis nikah Ijan yang bermula selepas Asar. Mujur saya tiada urusan dan memikirkan perlu mendapatkan udara segar, saya menyetujui perlawaan Amy. Tapi kami tak sempat juga ke majlis nikah Ijan kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Sebenarnya saya sangat gembira memenuhi perlawaan sahabat saya apatah lagi kita dituntut untuk meraikan pengantin baru yang kemungkinannya amat jarang diamalkan sekarang ini. Mengapa saya berkata jarang, sebab, ada yang kata tak penting pergi kenduri kahwin, malas, hanya orang tua sahaja yang perlu pergi dan macam-macam lagi. Salah sikap tersebut. Selagi kita mempunyai kelapangan, kita wajar meraikan pengantin baru sebagai tanda sokongan kepada mereka dalam melangkah ke alam baru. Lagipun ia sunnah. Apatah lagi jika ia adalah meraikan sahabat kita sendiri.

Apa yang penting budaya menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah diteruskan supaya tuan rumah tidak kebaziran makanan yang dihidangkan untuk tetamu, dapat mengeratkan silaturahim, membuang sikap sombong dan mencari semula rakan atau saudara yang terpisah dan jarang bertemu.

Tak mau cerita panjang, saya sediakan bingkisan untuk anda menatapinya...

(bermula penyatuan dua jiwa)


(saksi pernikahan)


(Asnawi & Sarizan)


(gambar yang sangat menarik!!)


(baju nikah ni dibuat atas idea Ijan sendiri.. class!!)


(hasil buatan tangan Ijan untuk Asnawi)


(rona biru buat lelaki)


(rona pink dari Asnawi buat isteri tersayang..)


(putih yang sangat cantik..tertawan habis)


(mas kahwin RM 300..hantaran RM 12,000...saya??)


(meraikan 2 pasangan; Ijan dan adik lelakinya)


(cak!!!)


~ Semua sahabat sudah bertanya bila giliranku...tiada jawapan...mungkin lepas habis belajar

BABY




Justin Bieber - Baby ft. Ludacris

Ohh wooaah Ohh wooaah Ohh wooaah
You know you love me, I know you care
Just shout whenever, And I'll be there
You are my love, You are my heart
And we will never ever-ever be apart

Are we an item. Girl quit playing
"We're just friends"
What are you sayin?
said theres another and looked right in my eyes
My first love broke my heart for the first time,

And I was like
Baby, baby, baby ooh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ooh
Thought you'd always be mine, mine

Baby, baby, baby oohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
Thought you'd always be mine, mine


For you,i would have done what ever
And I just cant believe we ain't together
And I wanna play it cool, But I'm losing you
I'll buy you anything, ill buy you any ring
And I'm in pieces, Baby fix me
and just shake me til' you wake me from this bad dream

I'm going down, down, down, down
And I just can't believe, my first love won't be around

And I'm like,
Baby, baby, baby oooh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ooh
Thought you'd always be mine, mine

Baby, baby, baby oooh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ooh
Thought you'd always be mine, mine

Luda, When I was thirteen, I had my first love
There was nobody that compaired to my baby
And nobody came between us
or could ever come above
She had me going crazy
Oh I was starstruck
She woke me up daily
Don't need no Starbucks
She make my heart pound[wwwhhhooo]
and skip a beat when I see her in the street
and, At school, on the playground
But I really wanna see her on the weekend
She know she got me dazing
Cuz she was so amazing
And now, my heart is breakin'
But I just keep on sayin'

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
Thought you'd always be mine, mine

Baby, baby, baby ooh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby oooh
Thought you'd always be mine, mine

(Now I'm all gone)
Yeah, Yeah, Yeah
Yeah Yeah Yeah
(Now I'm all gone)
Yeah, Yeah, Yeah
Yeah, Yeah, Yeah

(Now I'm all gone)
Yeah, Yeah, Yeah
Yeah, Yeah, Yeah
Now I'm all gone, gone, gone, ooh
I'm gone


~ Masa untuk merehatkan minda...Tekanan perasaan ni.. Nak jadi macam kanak-kanak tak boleh pula. So dengar jelah lagu budak-budak ni.. Macam best..Semoga diriku terhibur

Tuesday, June 29, 2010

CREATIVE OF FOOD

(help.....i need some water...please help me..)


(fear of apple..skeleton face)



(nyum2x with the small object)



(hohoho...can i it the bread?)



(go go butterfly...fly)



(oh no!! the fork can kill us..)



(looks so cute...)


Taken from: PICULOUS

Sunday, June 27, 2010

LAWAK! ANDA PATUT CUBA (^_^)

Assalamualaikum w.b.t

(gambar hiasan dari google..best je jadi baby ni..nothing to worry)


Semoga anda sihat sentiasa hendaknya. Maaf sebab saya kurang update blog sejak kebelakangan ini. Sekarang mood pun dah ok tambahan bila saya hadiri kenduri sahabat lama saya. Macam-macam Allah nak tunjukkan hikmahNYA.

Bagi sesiapa yang stress tu jom kita buat aktiviti ini.. Pasti anda terhibur


Ayat2 Tarikh Lahir

1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:

January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku cium
May--------- ----aku terajang
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling


2-Ambil ayat dari hari lahir korang:

1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------lesung batu
18-------pedang aku
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ ninja
22-------Chuck Norris
23-------mee kari adik aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun

3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan:

1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di dalam jamban
4 ---------di bawah katil
5 ---------di atas motosikal
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan

4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!

Contoh ayat lahir pada 13/3/1985 (p/s:untuk tahun ambik no akhir ajer)

* aku karate ahli bomba di atas motosikal sebab aku betul2 serius nak lakukan


So, sambung ikut macam * contoh yang diberikan...hehehehe..


 Sumber: LAWAK

~ Sekadar hiburan ringan..tiada berkaitan dengan yang hidup ataupun yang meninggal dunia. Ubat untuk mudah tersenyum