Thursday, July 1, 2010

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN SAHABAT SAYA (26 & 27 JUN 2010)

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya tak terlewat untuk saya mengucapkan tahniah buat Norsarizan & suaminya, Mohd Asnawi. Semoga berbahagia ke anak cucu, berkekalan jodoh hingga ke syurga dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t selalu. Mereka selamat diijabkabulkan pada 26 Jun 2010 di masjid Sungai Rambai.

Sebenarnya, saya dimaklumkan lewat oleh seorang lagi sahabat saya iaitu Akma Emillia. Bayangkan dalam pukul 3.00 petang 26 Jun 2010, Amy (panggilan buat Akma) menghubungi saya supaya menemankannya ke majlis nikah Ijan yang bermula selepas Asar. Mujur saya tiada urusan dan memikirkan perlu mendapatkan udara segar, saya menyetujui perlawaan Amy. Tapi kami tak sempat juga ke majlis nikah Ijan kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Sebenarnya saya sangat gembira memenuhi perlawaan sahabat saya apatah lagi kita dituntut untuk meraikan pengantin baru yang kemungkinannya amat jarang diamalkan sekarang ini. Mengapa saya berkata jarang, sebab, ada yang kata tak penting pergi kenduri kahwin, malas, hanya orang tua sahaja yang perlu pergi dan macam-macam lagi. Salah sikap tersebut. Selagi kita mempunyai kelapangan, kita wajar meraikan pengantin baru sebagai tanda sokongan kepada mereka dalam melangkah ke alam baru. Lagipun ia sunnah. Apatah lagi jika ia adalah meraikan sahabat kita sendiri.

Apa yang penting budaya menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah diteruskan supaya tuan rumah tidak kebaziran makanan yang dihidangkan untuk tetamu, dapat mengeratkan silaturahim, membuang sikap sombong dan mencari semula rakan atau saudara yang terpisah dan jarang bertemu.

Tak mau cerita panjang, saya sediakan bingkisan untuk anda menatapinya...

(bermula penyatuan dua jiwa)


(saksi pernikahan)


(Asnawi & Sarizan)


(gambar yang sangat menarik!!)


(baju nikah ni dibuat atas idea Ijan sendiri.. class!!)


(hasil buatan tangan Ijan untuk Asnawi)


(rona biru buat lelaki)


(rona pink dari Asnawi buat isteri tersayang..)


(putih yang sangat cantik..tertawan habis)


(mas kahwin RM 300..hantaran RM 12,000...saya??)


(meraikan 2 pasangan; Ijan dan adik lelakinya)


(cak!!!)


~ Semua sahabat sudah bertanya bila giliranku...tiada jawapan...mungkin lepas habis belajar

No comments: