Saturday, July 31, 2010

ARAH YANG TAK TENTU ARAH

Assalamualaikum w.b.t

 (Imam Muda Asyraf)

Sebelum saya menyentuh tajuk topik di atas, terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah buat Imam Muda Asyraf yang mana beliau menjadi johan untuk musim pertama pencarian Imam Muda. Hadiah yang dimenangi sangat-sangat berbaloi. Hati cukup tertarik tatkala melihat Imam Muda Asyraf melaksanakan tugas di kampung halamannya di Pulau Pinang.

Imam yang mengajak remaja menunaikan solat walaupun setelah keletihan bermain futsal. Tetapi kerana panggilan Ilahi itu lebih penting, maka ditunaikan juga dikawasan permainan futsal. Itulah Imam yang dikehendaki oleh masyarakat pada masa kini. Bukan setakat hebat mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran dan berkhutbah tetapi Imam yang sanggup turun padang untuk mendekati setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja untuk sama-sama mengajak ke arah kebaikan. Tidak hanya tunggu dan lihat tetapi Imam mesti turut gerak bersama mencari mereka yang inginkan cahaya kebaikan.

Di sini, kita sudah nampak matlamat dan halatuju program ini. Objektif utama untuk mencari golongan muda yang perkepimpinan dalam menjadi pelapis Imam yang sedia ada untuk menarik seramai mungkin para remaja ke arah kebaikan dan mengelakkan mereka dari terjebak ke arah yang tidak baik.

Tetapi bagaimana pula jika, kita tidak tahu arah dan halatuju kita?? Apakah kita tahu dan sedar tentang matlamat hidup kita di dunia dan di akhirat kelak? Adakah kita sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku?

Dengan itu, mari kita ikuti cerita pengajaran di bawah ini. Moga ada manfaatnya bersama.

......................................................



Seorang lelaki yang sedang sesat jalan, berada di empat persimpangan.

"Mana satu simpang yang harus saya pilih?" tanyanya kepada seorang yang kebetulan berada di situ.

"Kamu hendak ke mana? Ke mana destinasimu?"

"Saya tidak tahu..." jawab lelaki itu.

"Kalau begitu, apa dikisahkan simpang yang mana... Pilih saja mana-mana satu."

Moral cerita:

Tidak ada angin yang memihak kepada kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju. Sebaliknya, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan dalam hidupnya. Tanpa panduan wahyu, manusia akan sibuk mencari. Namun, mencari sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti, apakah mungkin ditemui?

~ Jadi binalah matlamat anda.. Bulatkan hati untuk membuat sebarang keputusan. InsyaAllah hidup anda akan lebih terarah.

No comments: