Sunday, February 6, 2011

BANDUAN HAFIZ AL-QURAN DIBERI PENGAMPUNAN

Manama: Banduan yang menghafal Al-Quran layak diberi pengampunan, kata Kementerian Hal Ehwal Agama Islam di Kuwait.

Keputusan terbabit adalah sebahagian daripada usaha untuk memulih banduan dan membantu mereka untuk berhadapan dengan masyarakat.

"Kuwait memilih program pendekatan agama sebagai sebahagian daripada dasar memulih banduan," kata kementerian terbabit yang dipetik media tempatan.

"Di bawah progarm terbabit, tahanan menghadiri kuliah dan pembelajaran Al-Quran untuk memberikan latihan kepada sikap mereka. Kejayaan mereka akan memboleh mereka untuk menerima pengampunan ketua negara."

Kementerian itu berkata, 137 tahanan terbabit dalam program itu, berkurangan daripada lebih 200 dalam program yang sama sebelumnya.

Pada masa ini, tiada peraturan yang khusus membenarkan tahanan yang mengingati ayat dalam kitab suci itu untuk dimasukkan dalam senarai pengampunan, kata Kementerian Kehakiman. - Agensi.

Sumber: Berita Minggu

~ Bagi saya ini merupakan pendekatan yang sangat baik selain belajar menjahit, berniaga dll. Manusia perlu dididik secara rohani agar ia kekal terpahat disanubari. Sebagai manusia, kita memang tidak lepas daripada melakukan kesilapan sama ada hal yang dilakukan itu kecil atau besar. Jika kita melakukan taubat nasuha, insyaAllah kita diibaratkan sebagai kelahiran semula seperti bayi yang baru lahir. Itulah nilaian kita di mata Allah s.w.t. Namun untuk memenuhi tuntutan hidup bermasyarakat, kemaafanlah yang layak kita pohon kepada mangsa yang teraniaya jika kita melakukan kesilapan terhadapnya.

~ Peringatan untuk diriku jua.. --'

1 comment: