Tuesday, June 26, 2012

Pembonceng Motosikal Yang Seksi

Assalamualaikum w.b.t.

Lama juga tak kongsi pemerhatian saya dengan korang semua.. Tapi rasa tak tahan dengan kes semalam lah. Pemandangan biasa bila kita lihat penunggang motosikal membawa pembonceng. Tapi luar biasa bila si pembonceng tu berpakaian yang ntah pape. Terutamanya pembonceng perempuan.

Sebelum tu, saya tak de niat nak kutuk mana2 pihak atau tujukan pada sesiapa. Sekadar berkongsi pandangan sahaja. Saya juga bukan insan sempurna. Banyak cacat celanya..

Otw nak ke tempat kerja tu, saya dok perhati setiap makhluk Allah di atas jalan raya. Macam2 hal kaedahnya. Namun, ntah mata saya ni terperasan dengan kelibat penunggang motosikal berserta si pembonceng. Mak aih...seksinya makcik tu.. Saya tak nampak muka tapi kelibat belakang badannya sahaja. Tu yang agak makcik kot.

Pakai kain belah naik motor skuter.. Aiseh..Cam ne tu.. Habis terangkat.. Mujur di cover dengan badan  suaminya. Saya tengok pun malu..Istighfar je dalam hati..

Actually, sejak dari kecil ustazah, ustaz or cikgu2 pernah pesan, bila naik motor atau basikal tu cuba pakai pakaian yang elok iaitu memakai seluar panjang di dalamnya jika memakai baju kurung atau jubah. Tak delah terdedah sana sini.

Saya tau, anda semua memiliki anugerah yang paling indah namun cuba hargai dengan menutupnya sebaik mungkin. Kan lagi manis.. Saya jadi sakit mata bila tengok keadaan macam tu. Tak tahu kenapa..

Kalau nak senang, pakai je seluar so tak adalah nak terselak sana sini.

Imbas kembali, teringat masa form 3 dulu, masa tu saya lepas habis program Kem Arabic di sekolah. Bila dah sampai kedai Tapen tu, saya tunggu Abah ambil dan kebetulan Abah naik motor virago. Dan kebetulan juga, ada abang handsome senior saya di sekolah yang turut serta program tu sedang memerhatikan saya. Jarak antara kami tak jauh pun.

Saya rasa gelabah gak sebab bonceng motor besar dengan Abah, malu kot abang handsome tengok. Tapi bila saya naik je, hehe alhamdulillah everything is cover. Saya pakai seluar dan stokin yer kawan-kawan.. Tidak lah abang pengawas satu kampung dengan saya tu nampak terkejut nanti.

Lega...senyum je saya.. Sebelum naik motor tu, Abah sempat tanya, "Akak pakai seluar panjang tak?".. Saya angguk je..

Moralnya: Dari kecil kena biasakan anak gadis pakai seluar atau kain dalam jika pakai baju kurung atau jubah. Lagi satu cover juga dengan stokin panjang bukan yang kecik2 tu. Senang untuk apa2 hal yang tidak diingini. Tak de lah orang lain tengok free show tiang elektrik bergerak : P

Walaubagaimanapun, sentiasalah berpakaian sopan mengikut syariat. Faham sendiri ye..

Tapi kan, apa pula pandangan korang bila lihat, seorang ibu membonceng motosikal duduk simpuh sambil pegang baby. Bahaya kot!!!!!!! Agak2 lah nak sopan pun... Saya risau & tak boleh lupa pemandangan tu..

3 comments:

C'Jai said...

ish..! ada ke yg dok bersimpuh atas motor cam tu...memang bahaya la... bahaya pada ibu dan anak..

Brilliant Marjan said...

tulah terkejut..dia pakai baju jubah..org panggil duduk simpuh la kan bila bonceng motor..macam gadis ayu gitu..sy ingat jarak dekat agaknya tapi jauh juga..masalahnya ada empat penumpang jika tak silap..huhu..ngeri beb

izan mama mia said...

salam kenal....
saya dah lama tak naik moto..