Tarikh : Isnin, 4 Jun 2012M / 14/15 Rejab 1433H
Permulaan Gerhana : 18:00
Pertengahan Gerhana : 19:03
Mula Dapat Dilihat : 19:15
Akhir Gerhana : 20:06
Gerhana separa bermula apabila Bulan mula menyentuh bayang penumbra pada
jam 18:00. Pertengahan gerhana apabila Bulan berada di tengah bayang
penumbra pada jam 19:03. Kedua-dua keadaan tersebut tidak dapat dilihat di
Malaysia kerana Bulan belum terbit lagi. Bulan mula dapat dilihat
apabila ia terbit di timur pada jam 19:15 (di lokasi Tanjung Bidara
Melaka). Sebaik sahaja Bulan terbit, kita dapat melihat Bulan yang
sedang mengalami gerhana. Sebahagian kecil permukaan Bulan gelap.
Bahagian gelap ini semakin mengecil hingga Bulan kembali purnama.
Keadaan ini berlaku apabila Bulan meninggalkan bayang umbra pada jam
20:06, maka berakhir gerhana separa. Gerhana berakhir sepenuhnya apabila
Bulan meninggalkan bayang penumbra pada jam 21:18. Kita berpeluang
melihat gerhana ini agak singkat berbanding dengan gerhana Bulan yang
sebelum ini. Kali ini kita hanya berpeluang melihat selama 51 minit
sahaja. Bagi umat Islam boleh melakukan solat sunat gerhana sebaik
selesai solat maghrib.
Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
Bahawa dikabarkan dari
Rasulullah saw., bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya Matahari dan
Bulan tidak terjadi gerhana karena kematian atau kelahiran seseorang,
tetapi keduanya termasuk tanda kebesaran Allah. Maka jika kamu melihat
gerhana, kerjakanlah solat. Sahih Muslim [Bahasa Arab saja :1521]
Sumber: Al-Khawarizmi
1 comment:
alhamdulliah sempat juga nak tengok kebesaran ilahi kan...moh sesama solat sunat nnt
Post a Comment