Tuesday, September 22, 2009

.:: PEREMPUAN ::.

APE YANG PEREMPUAN TIDAK GUNA??!!…
Perempuan memang tidak Pakai baju nipis sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak oleh PEREMPUAN JALANG !!!. Hmmmmmm….
Perempuan MEMANG TIDAK GUNA tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya .!!! Sememangnya ia menjadi tatapan mata LELAKI yang JAHAT & terkena panahan Syaitan..Pesan Rasulullah seperti yang disuruh oleh Allah dalam surah al-Ahzab ayat 56..
Perempuan TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunekan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung ini, akan Nampak juga bahagian yang sepatutunya ditutup rapi daripada pandangan ajnabi, Rendah diri kepada Allah itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara terbaik!!.
PEREMPUAN MEMANG TIDAK GUNA rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya.Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain lebih-lebih lagi LELAKI JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah Annur. Krincing!!! Cing !
PEREMPUAN MEMANG TIDAK GUNA kata-kata yang keji kerana dia rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap gunakah perkataan yang buruk @ tahu siapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang jahat, adalah seperti sepohon yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim..
PEREMPUAN MEMANG TIDAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan Tegas. Bahaya suara wanita yang bercakap gaya memujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki yang bukan mahramnya dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab.
PEREMPUAN MEMANG TIDAK GUNA memakai minyak wangi yang baunya semerbak. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh Nabi. Sabda Junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukanlah tidak boleh berwangi-wangi , tetapi bersederhanalah dalam pemakaiaan wangian tersebut..
PEREMPUAN MEMANG TIDAK GUNA alat solek make-up untuk menonjolkan KEJELITAANNYA melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslimah kerana semestinya kecantikannya adalah hak eksklusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Oleh itu, usah biarkan diri anda menjadi fitnah yang tiada berkesudahan. Kelak tidak menjadi Qudwah kepada Generasi
by: Ibtisam Solehah

No comments: