Friday, September 25, 2009

~ SMS KEPADA ALLAH S.W.T ~

SALAM

Entri p’mulaan ini mungkin tidak ada kaitan tetapi sekadar berkongsi peristiwa yg dialami…Khuyuk tak bila korang solat?korang sendirilah jawap dlm hati…tp benarlah, khusyuk dlm solat itu penting kerana itulah bukti kita cintakan Allah s.w.t..sy teringat seorg sahabat sy..punyalah risau dan asyik memikirkan tesis yg perlu disiapkan dan dihantar tepat pada waktunya, sehinggakan dia terlupa rakaat solat zuhur yg ingin dilaksanakan…kami tak endah ketika itu ttp bila dia tergelak sendiri di rakaat kedua dan menyebut “apalah aku ni…asyik ingat tesis je…solat pun t’bayang tesis..” disusuli dgn gelak kami semua…bkn sekali ttp dua kali dia t’silap…parah tu…korang penah alami?
Kes lain pulak…ni imam yg kadang tersilap baca ayat, lupa ayat and lupa rakaat samaada terlebih atau terkurang….bulan puasa yg baru dilalui tentu best bila ikut terawikh secara berjemaah…tambah best bila imam2 muda yg fasih hafaz Quran…adeh..syg la pulak bila bacaan dah sedap tp terlupa surah yg dihafal…betul! Memang susah nak hafal and ingat tp tulah…ingatan kena jaga…semuanya kena jaga…tak boleh buat main2..bukan lupa sekali hafalan tp byk kali…kes berat ni…adik sy penah kata “jika imam byk kali lupa hafalan lagi2 yg muda ni, kena cepat kahwin..”, itu jugalah yg dinasihatkan ustaz adik sy kpd pelajar lelaki kelasnya..betul ke kena cepat kahwin?? Fikirlah sendiri…
*************************************************


Ok, bercerita tentang SMS, korang perasan tak? Dalam solat, kita sebenarnya sentiasa menghatar ‘sms’ kepada Allah..
Sebagai contoh waktu rukuk, ‘sms’ yang kita hantar:
"Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya."
Waktu iktidal pulak, kita hantar ‘sms’:
"Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian."
Lepas tu waktu sujud, kita hantar 3 kali lagi ‘sms’
"Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya."
Duduk antara dua sujuk, ‘sms’ kita panjang sikit:
"Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, lindungkan aku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku."
Dan pentuup solat, kita bagi ‘sms’ yang panjang..
"Segala penghormatan yang berkat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah...."
Dan tahukah korang?, bahawa setiap ‘sms’ yang korang hantar kepada Allah itu, sebenarnya Allah terima dan balas balik bagi mereka yang khusyuk…
Contohnya dalam Al fatihah:
‘sms’ korang:
''Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.''
‘sms’ dari Allah:
"Hamba-Ku telah memuji-Ku."
‘sms’ korang:
''Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.''
‘sms’ dari Allah:
"Hamba-Ku Mengagungkan-Ku."
‘sms’ korang:
''Raja di Hari Pengadilan.''
‘sms’ dari Allah:
"Hamba-Ku berserah diri kepada-Ku."
‘sms’ korang:
''Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.''
‘sms’ dari Allah:
"Inilah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."
‘sms’ korang:
''Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau anugerahkan kepada mereka yang Engkau cintai, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang Engkau sesatkan.''
‘sms’ dari Allah:
"Ini milik hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."
***********************************
Lepas tu pulak, bila korang dah habis solat, maka korang akan hantar ‘sms’ panjang panjang mengikut hajat masing masing.. dan tahukan korang?, apakah tanda ‘sms panjang’ kita itu diterima?
Menurut seorang sahabat Tabein yang bernama Thabib Bananni Rahmatullaalahi, beliau menyatakan seorang wali Allah akan dapat mengetahui akan ‘sms’ manakah yang di ‘hantar’ oleh beliau yang diterima oleh Allah, iaitu beliau setiap kali badan rasa bergetar, air mata mengalir, bulu roma meremang dan satu ‘vibrate’ dalam dada berlaku di setiap kali hamba Allah ini berdoa, maka ‘vibrate’ dalam dada itulah antara salah satu petunjuk yang menandakan ‘sms’ beliau telah di terima oleh Allah.. hebat bukan?
Sila lihat ini

*************************************

p/s: Sebelum nak mula solat tu..baca surah an-Nas bagi menjauhkan diri dari diganggu syaitan. Fahamkan butiran ayat yg dibaca bg mendapatkn solat yg sempurna...Kalau dah terlupa tu, jgn lupa buat sujud sahwi ae...

No comments: