Saturday, December 19, 2009

~ NEVER GIVE UP ~

Salam Semua..

Sekadar berkongsi motivasi yang sangat2 berguna tuk kalian yg melawat blog ini dan juga tuk diri sy sendiri..

Lelaki itu hidup susah. Di Universiti, rata-ratanya semua hidup senang dan orang kaya. Lelaki itu hidup bersama bapa saudaranya kerana ibu bapanya telah meninggal dunia sejak ia masih kecil. Kehidupan yang susah, pengajian yang meletihkan dan terpaksa bekerja siang ke malam dalam waktu yang sama ia belajar. Kadang-kadang dia terpaksa mengambil upah memandu apabila shift bekerja memasak, mengemas rumah dan sebagainya diambil oleh orang lain. Namun, ia tetap meneruskan pengajian di kampus dengan perasaan yang malu dan segan. Biasiswa yang diterima pula sangat minima memandangkan yuran pengajian kampus yang sangat tinggi. Dengan upah yang diperoleh, kehidupannya menjadi lebih senang sedikit.

Dalam kehidupannya yang sederhana kini, ia mampu tidur lena, tenang dan puas, mendapatkan tempat tinggal yang lebih luas, pakain yang berganti dan makanan yang cukup. Namun, semakin lama semakin banyak tekanan, kesibukan dan gangguan. kehidupannya menjadi resah dan gelisah kembali.kenapa??

Sewaktu pengajian pula, lelaki itu selalu berharap untuk menjadi yang terbaik. Dia berusaha keras dan kadang-kadang langsung tidak pejamkan mata. Setiap kali menyerahkan kertas ujian, hatinya sangat bimbang sekiranya hasratnya tidak tercapai. Apabila result yang ditunggu keluar, keputusannya hanya sederhana. Ada yang baik dan ada yang kurang baik. Hati memang sedih namun usaha tetap diteruskan.

Masuk semester terakhir untuk pengajian degree, semangat belajarnya semakin berkobar-kobar. Kali ini, usahanya dilipat gandakan lagi. Namun, apa yang terjadi? Lelaki itu hanya mendapat markah lulus malah gagal dalam subjek tertentu. Kemurungan, kesedihan dan kegelisahan kini menyelubungi lelaki itu. Malah, teman sekampus turut memandangnya sinis dan seperti mengejek. Berhari-hari ia tidak dapat melelapkan mata kerana merasakan ia sudah melakukan yang terbaik dan sepatutnya memperoleh keputusan cemerlang..




Setiap kali memikirkan kesedihan, ia menjadi kuat semula dan mula berfikiran positif. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya kan..Setelah itu, tahap yang lebih mencabar ditempuh untuk meraih segulung Master (MA). Seperti sebelum ini, lelaki itu turut menyimpan harapan yang tinggi untuk menjadi best student dan keputusan cemerlang. Ternyata, usaha dan keyakinannya selama ini tidak sia-sia. Ia memperoleh kedudukan yang sangat bagus..Tetapi, hatinya tetap murung dan sedih kerana merasakan dirinya tidak layak meraih gelaran dan kedudukan pertama itu. Kemudian, seorang temannya bertanya, sekiranya ia tidak memperoleh gelaran Master (MA) dengan pencapaian yang cemerlang bukankah ia akan bersedih hati?memang benar kan..

So, persiapkan diri kita dengan segala kemungkinan yang paling buruk agar tidak cepat berputus asa dan bersedih..dan....dalam menghadapi sesuatu situasi, bayangkan kita akan mengalami kerugian yang teruk jadi lebih mudah menerima apabila mendapati sedikit kerugian saja yang dialami...dan jangan pula kita lupa bersyukur atas segala nikmatNYA...



***************************************************


 

Alhamdulillah kerana aku belum penah gagal teruk tetapi aku juga bukanlah insan terbaik yg sentiasa mencapai kejayaan berterusan. Sejak di sem2 akhir pengajian ketika di degree dulu telah membuatkan aku buka mata dan sedar akan tanggungjawab yang harus aku pikul. Akhirnya, alhamdulillah tak terhingga, tesis aku mendapat A walau aku tidak tersenarai penerima anugerah dekan. Tetapi kerana semangat yang aku ada itulah membuatkan aku bangkit balik tuk tebus apa yg pernah aku terlepas sebelum ini. Hanya kerana tesis dan bantuan insan2 yg sangat akrab denganku  membuatkan aku tak menoleh lagi dengan keputusan ini. 

Namun perjalanan yang aku lalui ini masih baru (sambung in MBA MUAMALAH). Semuanya serba baru apatah lagi 2 Muharam 1431H, masih baru kita lalui. Azam baru dijadikan ukuran buat penentu kejayaanku kelak. Ada harga yang perlu aku bayar. Aku sangat bersyukur kerana aku masih ada keluarga yang menjadi tulang belakangku dan masih disayangiNYA. Terima Kasih Buat Dirimu..Peniup Semangatku

"Buat yang terbaik bila amik MBA ni..tebus balik kegagalan lalu. Akak hebat cz abah tau engkau macam mane. Jadi lecturer atau pegawai bank lepas ni. Abah tak dapat buat PhD, harapnya kakak dan anjang dapat sambung la"~ insyaAllah..aku berazam tuk jadi Adawiah yg sangat2 hebat dan luar biasa bagus dan sentiasa berpijak di bumi nyata; syukur padaNYA

6 comments:

Sufy said...

sis, u hebat...teruskn perjuangan...hopfully dpt capai spt yg abah sis nak..gud luck k..:)

UstazCahaya said...

"Bila kita diuji dengan kemiskinan, kita mampu untuk bersabar tetapi bila kita diuji dengan kesenangan, kita mudah lupa diri dan alpa. Biarlah kita hidup dalam kesederhanaan"

Anggaplah kegagalan sebagai anak-anak tangga. Semakin banyak anak tangga yang kita daki, semakin tinggi kita berada;-)

Brilliant Marjan said...

sufy>>

tq..insyaAllah ^_^

Brilliant Marjan said...

ustaz cahaya>>

nasihat yg baik.terima kasih..semoga Allah merahmatimu

anaklaut said...

salam...

entri yg sangat bagus..

saya menghayatinya...


p/s: lagu yg best..

Brilliant Marjan said...

anak laut>>

wslm.terima kasih ^_^