Sunday, January 10, 2010

WATCH UR MOUTH!!!

Salam semua..


Sebelum anda lanjutkan pembacaan anda, anda pastikan diri dan hati anda bersih menerima ilmu pada hari ini..Ingat, jangan lupa jaga percakapan anda selepas ini..Jom layan…




17 bahaya lidah adalah:
  1. Kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  2. Kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
  3. Adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
  4. Lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
  5. Satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
  6. Kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
  7. Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
  8. Gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
  9. Bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
  10. Terlalu banyak bergurau dan bersenda.
  11. Suka menghina orang lain.
  12. Menyebarkan rahsia.
  13. Berjanji lalu mendustai janji itu.
  14. Akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
  15. Mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
  16. Menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
  17. Memuji yang melampau-lampau.
Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.

Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.

Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan.

Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.

Jika hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai Anda.

Sumber: iMotivasi

~ Ingat, jangan jadi mulut ‘longkang’ tanpa sebab. Berhati-hati dengan setiap kata2 yang ingin dituturkan..Fikir sebelum buat..Jangan layan orang yang buat masalah dengan anda jika masalah tersebut boleh dielakkan. Lidah dan mulut adalah amanah Allah..akhirat nanti keduanya akan menjadi saksi di atas perbuatan kita..

~ Saya tak kan lupa kata2 yang telah dilemparkan seseorang kepada saya..Sape yang pernah fitnah tu, pasti tak kan terlepas..Langit tak selalu cerah…
 



6 comments:

OneSue said...

info yang berguna....

white rose said...

salam ziarah...
masya'Allah...bgus info ni...ana nk ambik sbgai info dlm blog ana...

Faarihin said...

Assalamualaikum kak..
nice entry kak.. (^__^)

lidah memang sgt2 merbahaya.. takut sgt2 ngan lidah ni.. dulu disbabkan lidah ini juga lah.. telah berlaku sesuatu yg tak sepatutnya.. aduhai.. sedihnya.. (TT__TT)

Brilliant Marjan said...

to sujaihah>>

sharing for caring,
caring for loving..(^_^)

Brilliant Marjan said...

to white rose>>

wslm..silakn..jgn lupa link kn sy..hehe

Brilliant Marjan said...

to faarihin>>

Wa'alaikumsalam w.b.t..
lepas ni kena ati2 k..cuba sebolehnya m'jaga p'cakapan..manusia ada akal tuk ingat dan tau pe yg kita wat..

~sis pn kena jg tutur kt juga..