Saturday, May 15, 2010

JANGAN BENCI MANUSIA

Assalamualaikum w.b.t


Setiap manusia yang dilahirkan, pasti tidak lepas dari melakukan kesilapan kecuali para nabi dan rasul. Sudah sememangnya ia akan berlaku, tetapi setiap kesilapan yang telah dilakukan hendaklah disusuli dengan keinsafan dan taubat.

Insan mana yang sukakan kesilapan. Betul tak? Jika kawan anda mahupun sesiapa sahaja insan di sisi anda, janganlah membenci mereka kerana diri mereka telah melakukan kesilapan. Bahkan, kita hendaklah menyayangi diri mereka tetapi membenci perangai atau tingkah laku mereka..

Kalau kita telah membenci diri mereka, adakah diri kita sendiri akan membantu mereka ke jalan yang benar tanpa ada rasa sayang pada mereka? Tentu tidak boleh bukan.. Namun, kalau kita benci akan perbuatan mereka tetapi kita menyayangi diri mereka, pasti kita akan membantu mereka ke jalan yang benar, jalan yang lurus. Anda setuju?


Sebagai contoh:

Suatu hari, si A membuat satu kesilapan, dan si B memarahi dia lalu membenci. Adakah ia satu konsep yang betul? Dimana letaknya cara Islam mengajar kita untuk saling menyayangi sesama manusia kerana Allah?

Akhirnya, daripada si A yang telah terbukti bersalah menjadi semakin dekat padaNya, tetapi  si B menjadi lagi jauh dariNya.Punca dari sebuah kesilapan kawan, akhirnya kita pula yang terhayut membawa dosa. Kerana mungkin dalam proses membenci itu, anda telah memfitnah dan memaki hamun.

Jangan kita tunjuk sikap suka jaga tepi kain orang, tetapi kita tunjuk yang kita mengambil berat tentang diri orang lain.

Apabila kita mengambil berat tentang orang lain, pasti ia lahir dari sebuah perasaan sayang kepada orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang, kelak nanti kita sendiri yang terkena akibatnya.

Sayang dan ubah peribadi. Semoga dengan diri kita menyayangi orang lain, orang lain juga akan menyayangi diri kita semula..=)

~ Sumber: Share Motivasi

3 comments:

Ibu Ilyanie(s) said...

berbuat baik berpada-pada... buat jahat JANGAN SEKALI pun!! berpegang pada prinsip what goes around comes around... what u give u get back... :D

Sufy said...

terbaek!! nice..:)

Brilliant Marjan said...

to Fatin >>

Terima kasih kerana sudi bg komen.apa yg saudari ckp tu btl..walau bukan sekarang, akan dtg balasan tu akn dtg juga pd kita..jadi sentiasa berwaspada

to sufy >>

terbaik??siapakah??

~moga kita sentiasa menjaga tingkah laku kita