Saturday, July 9, 2011

AIR KOSONG PENAWAR PENYAKIT


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Sumber: iLuvislam.com

~ Teringat kisah sahabat adik saya yang diceritakan oleh Ummi.

Kisahnya begini...di sebuah gerai makanan...

Adik: Mat (bukan nama sebenar), aku tengok ko tak minum air masak pun. Kenapa?

Mat: Sepanjang hidup aku, aku tak pernah minum air masak. Aku tak suka!!

Adik: Ko jangan macam tu.. Bahaya nanti..

Mat: Aku minum air lain lah.. Air apa-apa yang boleh diminum tapi bukan air masak.

Adik: Aku rasa ko memang tak lama ni..

Tup tup..

Baru-baru ni sebelum masuk daftar sesi pengajian baru....

Mat dimasukkan ke ICU kerana mengalami kencing manis yang kronik..Umurnya baru 22 tahun..

Anda fikir-fikirkanlah... Ini bukan cerita rekaan tapi cerita sebenar..

Hiduplah dengan penuh sihat dan kuat.. Apa yang baik diambil sebagai pengajaran.. Walaupun air kosong tetapi ia tetap penawar yang mampu menyembuhkan.. InsyaAllah..

2 comments:

snow queen said...

semoga boleh menjadi amalan buat diri ni...:)tenkiu for the info...

Brilliant Marjan said...

your welcome..

*_*