Sunday, July 3, 2011

SETIAP HARI PASTI ADA UJIAN...

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur alhamdulillah umurku masih panjang untuk berada di bumi Allah lagi. Sebenarnya 3 4 hari sebelum ni ada ujian yang berlaku. Itulah kehidupan.. Tak selamanya di atas.. Allah nak uji lagi untuk tambah nilai diri saya dipandanganNya..huhu..

Macam entri sebelum ni, saya kata saya stress tapi nak buat macam mana, kena hadapi masalah dan rasa stress tu.. Bagaimana saya nak mengatasi waktu sukar ditempat kerja dan apa-apa je masalah, saya sendiri yang kena kendalikan diri saya..huhu.. Orang lain tak boleh bantu pun.. Bagi nasihat je yang mereka boleh..huhu..

Semalam memang waktu yang sukar dan alhamdulillah banyak simpulan dalam otak ni dah terungkai sedikit.. Sebenarnya bila ada masalah, jangan senyap..luahkan pada yang anda percaya.. Jika tak mampu nak luah masalah, ngadu pada Allah.. Allah suka.. (gembira atau sedih, rujuk pada DIA)

Lepas orang tukang pulang (rumah keluarga saya tengah dalam proses baik pulih a.k.a renovation) dan dah solat asar, saya heret Acik dan Uda pergi Jusco tengok wayang..huhu.. Nak shopping memang tak ada hati sebab semua dah ada (saya akan bershopping jika perlu dan tak suka nak membazir). Walapun gaji dah dapat tapi semua saya tak ingat.. Yang saya tahu hajat nak tengok orang ramai dan menonton wayang dengan hero-hero kesayangan saya terlaksana...

Terapi stress saya ni macam-macam.. Luah pada Pencipta sudah.. Luah pada keluarga sudah.. Luah pada sahabat yang terdekat pun sudah.. Tapi manusia kan..saya ni bukan super woman tak ada perasaan, so dengan melihat orang yang ramai kat Jusco tu dan menonton wayang dengan adik-adik, itulah cara saya.. Boleh dibilang dengan jari cara macam ni saya buat.. Tak apalah.. Ikut hal masing-masing..

SEKALI LAGI...


Kami main terjah je apa cerita yang ada tapi ikut waktu yang sesuai lah.. Ingat nak tengok cerita aksi ke tapi semua penuh.. Mujur cerita Sekali Lagi ni ada ruang lagi untuk kami bertiga.. On je.. Jiwang pulak..huhu..

Sinopsis cerita:

Arman (Shaheizy Sam) sedang merancang untuk berkahwin dengan Farina (Shasha). Walaubagaimanapun Arman mendapat satu petanda dalam mimpinya agar tidak meneruskan perkahwinan tersebut. Satu hari ketika selesai fitting baju kahwin, Arman telah diganggu oleh seseorang yang berniat jahat terhadapnya namun diselamatkan oleh Amy (Mia Sara Nasuha) dan meraka bersahabat baik.

Sementara itu, Shiela (Lisa Surihani) iaitu emak Amy meminta Haris (Bront Palarae) menjaga Amy ketika dia bekerja. Haris sebenarnya sangat sayangkan Amy dan menyintai Shiela tetapi Shiela tidak memberikan jawapan kerana masih dihantui kenangan bersama suaminya yang dianggap telah mati.

Tetapi segalanya berubah bila Shiela melihat Amy yang begitu gembira bersahabat dengan Arman dan mengetahui siapakah Arman dan kisah yang berlaku disebaliknya..

Apakah yang berlaku???? Hehehe... Tengok lah sendiri.. Kalau tak nak pun tunggu ia disiarkan di televisyen nanti..

Tapi memang jalan ceritanya lain dari yang lain.. Apa yang saya dan hero-hero fikir tak sama dengan cerita yang ditayangkan.. Cuma ia satu perubahan yang baik dalam industri filem tempatan kita..

Tapi kan, saya lihat dalam filem ni dah ajar anak-anak bercinta ketika di sekolah. Memang lah ia terpulang pada hak masing-masing tapi biarlah beri contoh yang baik. Ni bercinta sampai tuang kelas macam mana tu? Siapa yang nak jawab? Ibu bapa yang ambil berat akan hal anak-anak zaman sekarang ni memang bagus dan terbaik.. Sebab sangat-sangat mencabar dunia akhir-akhir ini..

Bila kat Jusco pun saya tengok macam-macam gelagat orang.. Fesyennya hebat-hebat belaka.. Dengan kelompok masing-masing.. Memang hal masing-masing tapi adakah yang sudi tegur jika kita tersilap? Adakah yang sudi bantu jika tersesat pilih arah? Adakah yang betul-betul berniat baik ketika kita susah? Fikirkanlah...

Apa yang kita lihat dan rasai kadang tak sama dengan antara satu manusia dengan manusia lain.. Orang lihat buruk terus nilai dia buruk dan tak nak bantu.. Orang lihat baik terus ingat dia baik tanpa perlu ditegur...

~ Tajuk tak sama dengan cerita ke? Boleh la... Ambil iktibar ye mana yang baik..

5 comments:

Niena Muhammad said...

suka nama ini, Marjan.. :D mutiara

erm..psti bertujuannya setiap dugaan itu

anumuchan said...

salam.visit here..sekali lagi ni cerita baru ke..huhu..first time pulak dgr..

Brilliant Marjan said...

to niena >>

tq ye..hehe..memang ada hikmah setiap ujian tu..kt yg berakal ni kenalah fikir sedalam-dalamnya..

Brilliant Marjan said...

to frommetoyou >>

Sekali Lagi ni filem baru keluar pada 30 Jun 2011..boleh tahan jalan ceritanya..

dwatyKNY said...

lumrah kehidupan... pasti ada naik turun...